Thursday, September 16, 2010

Dulu "Kondem". Hari Ni - Cutiii...!!!

Aku harap, mereka-mereka dinamanya tersenarai dekat bawah ni berada di pejabat atau tempat kerja masing-masing hari ni... kalau ada mana-mana yang tersenarai dekat bawah ni yang ikut sama bercuti, memang dia tu Super Samdol...

Kenyataan-kenyataan mereka-mereka ni kita kutip dari arkib berita... sama-sama kita hayati kenyataan-kenyataan kaki-kaki kondem yang gua yakin ikut sama bercuti hari ni... Samdol...!!!

1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.

2 - ARKIB UTUSAN: ruangan SMS - 04/09/2008.

JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan ‘agenda’ anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.

BOSAN, KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis ‘angkat sumpah’ PM baru kononnya? - HAMID JB

SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa - 0199919XXX

SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk - 0194434XXX

TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin - MAN ENDA

NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.

3- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar.

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum. ”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum. Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.

4 - ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)

Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.

Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan “kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.”

Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September.

Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rakyat Malaysia sebagai
tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.

Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.

Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.

5 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit.

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

6 - ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008.

019-292XXXX - PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka
dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu memberi cuti umum pada 16 September.

DEN GOMBAK - 16 SEPTEMBER, cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara,
adakah baik kita ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan? Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti!

013-936XXXX - ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim ‘beri’ cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit.
ARKIB UTUSAN : 02/09/2008 – Anwar cadang 16 Sept. cuti umum (Idea asal penubuhan hari Malaysia)

BUTTERWORTH 1 Sept. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum.

Beliau berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah, sama seperti 31 Ogos. ”Kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.

”Jadi, kita harap lima negeri yang kita kuasai sekarang boleh diberi cuti umum pada 16 September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya Pas negeri, Saleh Man. Kit Siang yang turut berucap pada majlis itu mencadangkan perkara yang sama.

26 comments:

  1. SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

    rakyat tak akan lupa sejarah! harapan pr memerintah negara selapas pru13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Thanks bro...

    Selamat Menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti.. Kalau bukan kerana DSAI tak merasa la cuti hari ini..

    ReplyDelete
  3. TP, kan Mahadiaq dah kata..."Melayu UMno mudah Lupa"

    Bertambah2 buih la mulut si Subery tu bila tahu 16 Sept dijadikan hari cuti umum......Malunyaaaaaa

    ReplyDelete
  4. 1.Malu kerana perkara kecik seperti sapa tiru sapa bab cuti 16 september!tiada masalah!!semua pakat-pakat tumpang cuti noooo!!!
    2.Tapi MALU besaq bila:
    2.1.slogan hukum hudud dan negara Islam dah dihumban kelaut!!
    2.2.Dulu akan jadi kapiaq,kalau kawan dengan puak kapiaq!!lani sama-sama perangai macam kapiaq kot!!!
    2.3.nama Allah pun dah digadai kat puak musuh Islam!!
    2.4.Penjenayah!gangster!kapiaq bunuh diri!disanjung!!sesama islam dipedajai!diporakperandakan!!
    2.5.Last sekali jadi hamba!jadi barua puak kapiaq harbi!!atas alasan dakwah!!!!!!!
    3.Habistu!!!!apa makna cuti 16 september!!!

    ReplyDelete
  5. Salute kat ko. Ko layak dipanggil perisik rakyat. Lengkap ko punya arkib. Dahsyat woo. kalo bagi nama dan gambar mereka kan lagi baik.

    ReplyDelete
  6. anon 9.44am adalah pencacai yang tak faham-faham tentang politik semasa! nko ni bawah sikit tahap gaban braheng alkataki. nko gi dakwah ngan pemimpin supaya tak bunuh diri dan membunuh orang! kan dah lupa kot?

    ReplyDelete
  7. Wahai MasnKerbau...

    Kau tahu kenapakah gerangannya si anon 9:44 tu BENGONG macam tu?

    Sebabnya ialah kerana si Anon 9:44"Dah tertelan bergelen2 ludah pemimpin2 dia tu....kunun2 pemimpin2 dia tu nak ludah PR....tapi alih2 termasuk kedalam mulut si Anon 9:44 tu"

    ha...ha...ha... sebab tu BENGONG memanjang.

    ReplyDelete
  8. ha...ha...ha... sebab tu BENGONG memanjang.

    1.bengong bab politik!!oklah!!asai jangan bengong dalam semua perkara macam puak hangpa sudah!!!!dahla bengong dalam politik!!sebab tu kena cucuk idung dengan puak kapiaq harbi!!dahla tu bengong dalam akademik!!jadi pencacaila jawabnya noooo!!!dapatla sekupang dua!!!!
    2.Tapi BENGONG bab hukum agama!!susahla!!
    3.Tak laghattt jawan nanti di"sana"
    nooooo!!!!!!

    ReplyDelete
  9. wakakakakkakakakkakak....ada malaun cuba konar baring kat sini....

    malu la tu nak mengaku....pemimpin dan pencaci terlanjur kata..last2 bagi cuti gak..


    eeeeeee..tak malu ye ye..tak malu ye ye....

    kalo nak meyuruk..pegi taiwan yekk...sambil2 wat lawatan tanam sayur kailan...

    ReplyDelete
  10. September 16, 2010 9:44 AM
    anon ini melalut ..
    x bangkang x ada ilmu ..
    ayat macm orang kena gam je

    ReplyDelete
  11. geng amno langsung tak boleh berhujah pasal cuti 16 sep ni... yang mereka pandai kasi pusing isu je... kasi lari tajuk...

    hujah pun tahap tadika je...
    Kalau pun malu... diam je lah.. atau pi main jauh2... atau buka FB najib tanya mcm mana nak jawap isu ni.. he he he

    ReplyDelete
  12. anyway utk anon bangang...16 sept ni adalah satu lg kemenangan PR dlm memperjuangkan hak....ko punya pemimpin ikut jer langsung xde idea sama mcm ko bengong...PAS ada gak dakwah kat non-muslim tp pemimpin ko dah ikut stail non-muslim siap jd baruah mca lg...org melayu x leh berckp pasal hak melayu sbb takut bukan melayu x sokong so umno pun menjarakkan diri dgn perkasa.....kuang...kuang...kuang...kesian ko kan ...tp aku rasa ko mesti menteri umno sbb dari statement ko ni memang mencermin pemimpin umno yg baghal lg huduh...

    ReplyDelete
  13. PAS ada gak dakwah kat non-muslim tp pemimpin ko dah ikut stail non-muslim siap jd baruah mca lg-anon 7.38.

    1.Yalah tu!!puak hangpa dok dakwah puak kapiaq harbi!!
    2.Sampai terlebih dakwah kot!sampai terkeluaq statement terbaru!hudud ambil masa untuk dilaksanakan!!apa punya mentaliti ni!!
    3.Dahlah tu!!pakat-pakat bukan main takut lagi nak sebut negara islam!undang-undang islam!!
    4.Tak sakit idungkan dicucuk idung oleh kalpal singh tentang negara islam dan hudud!!
    5.Last sekali keluar kenyataan!isu ni tak boleh dibincang!!penakut nak mampus!!!!
    6.Hangpa beranganla!!berangan puak kapiaq dap akan sokong hangpa!!macam kebodohan hangpa sokong puak dap a.k.a anak cucu chin peng!!!!

    ReplyDelete
  14. Hujah geng UMNO ni menampakkan Iq mereka.Tu sebab merek sokong UMNO.Aku tak pelik geng geng ni masih setia dgn UMNO sampai skg.Otak kurang berfungsi

    ReplyDelete
  15. ituler ko ni bengap lansung xde strategi *ulur dan tarik* atau kata org putih *give and take*. ko nak samakan PR dgn cara umno mana boleh bro....bg org umno bila masuk islam otomatik jd melayu pastu sikap pemimpin ko pun langsung x seiring dgn islam..otak mundur, xde idea yg korang tau makan suap so selama ni diaorang pikir yg islam tu mundur dan x amanah..insyallah satu hari nanti akan termaktub juga hukum hudud di negara yg aku cintai ni...selagi pejuangnya ikhlas dgn islam...dan satu lg yg menariknya itupun kalu ko membaca la....ketua pemuda sosialis dap dh kuar statemnt yg dia paham hukum hudud adalah utk org islam bukan untuk non-muslim dan rata2 pemuda dap yg aku kenal pun berkata seiring dgn pemimpin diaoarng ni kalu yg x berapa terima bila diberi pencerahan nmpak mereka positive...so aku rasa xde masalah jika satu ari nanti mereka akn nmpak islam yg sebnar dan yg unggul...bukannya islam ikut acuan umno...mcm isu non-muslim masuk surau ari tu la...diaoarng tanya betul ke kalu nak buat baik pun masih lg dilarang masuk dlm surau tp bila tunjukkan ayat al-quran dan gambar yg dok berlegar dlm internet pasal non-muslim masuk masjid kt luar negara ada yg ketawa pasal selma ni rupa2nya org umno ni memang buta ilmu islam...

    ReplyDelete
  16. ketua pemuda sosialis dap dh kuar statemnt yg dia paham hukum hudud adalah utk org islam bukan untuk non-muslim dan rata2 pemuda dap yg aku kenal pun berkata seiring dgn pemimpin diaoarng ni kalu yg x berapa terima bila diberi pencerahan nmpak mereka positive...anon.

    1.Beranganlah hangpa anon!!hangpa tu ngaji bidang gitu-gitu jee!!hangpa bukan tau belang puak kapiaq harbi dap nii!!!
    2.Dahla tu!hangpa dok kelantan!!bersaing dengan puak melayu dan islam jee!kalau hangpa lahir dok negeri lain!!hangpa dok motong getah jeeni!!yang tinta itam tu!!lulus itm!bersaing dengan puak melayu jee!!kalau bersaing dengan puak kapiaq harbi!dia lani dok potong rumput tepi jalan jee!!
    3.Hairan jugak noo!!hampir 100 melayu dan islam!!balak boleh kat puak kapiaq harbi!!give and take la tu!!atau menunjukkan mentaliti lapaq duit puak kelantan!!
    4.Apa kisah!!kita tengukla nanti noo!!!nasib baik pun!jadi macam perak dulu jee!!jadi barua puak kapiaq harbii!!

    ReplyDelete
  17. 1.Lupa pulak kat tinta itam!!siangmalam dok cakap tentang mentaliti!iq!yalah hang sorang je ada Phd!!
    2.Tu dalam blog TB!tak jawabpun soalan yang diberi!!
    3.Ulang soalan sekali lagi!!hang boleh beri jaminan kalau pr menang dalm PRU 13 nanti!!undang-undang islam dan hudud akan dilaksanakan dimalaysia!!
    4.Kalau hang iq tinggi!!soalan ala budak ni!!hang yang ada kelulusan tinggi tolong jawabla nooo!!!

    ReplyDelete
  18. Woiii Anon 9:58

    Hang tak payah la merepek kat sini.
    Seluruh dunia dah kenai dengan perangai busuk UmnoNgok tu. Hari ni kata lain...esok kata lain....

    Hang ni beranak tahun bila hahhhhh??? Bengong memanjang.

    Dulu Pas Kelantan nak lansanakan Hukum Hudud di Kelantan....hang agak2 Parti Melayu mana yang paling lantang menentang? Hang agak2 parti melayu mana yang nak ambil tindakan undang kalau kerajaan kelantan laksanakan jugak? Hang agak2 parti melayu mana yang kuat sangat menanamkan perasaan rasa takut dan nampak zalim pada Hukum Tuhan tu pada kaum bukan islam? Hang agak2 parti melayu manakan yang mengatakan kalau dilaksanakan hukum hudud habis semua orang islam tak ada tangan? Hang agak2 parti melayu manakah yang mengatakan kalau hukum rejam di laksanakan, akan habis batu2 kat malaysia ni. Hang agak2 parti melayu manakah yang terang2 menyatakan rasa sangsi, was2 dan ketidak-adilan tentang kebersanan hukum tuhan ini jika ia dilaksanakan malah sanggup dan tergamak mengatakan ia tidak sesuai di laksanakan di malaysia kerana masyarakatnya majmuk.???

    Jadi....SIAPA PARTI MELAYU INI???

    Jangan jadi BENGONG DAN BANGANG kalau tak tau sejarah cerita hujung dan pangkalnya.

    ReplyDelete
  19. Ni smua kna dok pakat ngaji balik siasah syar'iyah n fiqh daulah dlm bab tahalluf siyasi. Jom ngaji sesama, pahtu kta brainstorm la kt cni..
    Maaf mencelah, cuma kmi xsuko tgk org y ngaku islam, dok gna ayat2 kesat..

    ReplyDelete
  20. Wahai AnA Im Tiyaz..ini cadangan aku laaaa...

    Baguih jugak kalau hang panjang lebarkan ilmu hang tu kat sebelah sini dan jangan lupa kat sebelah sana.

    Aku pulak yang paling benci bila ada ahli ilmu agama TAPI jadi "SYAITAN BISU" dan "LEMBU DI CUCUK HIDUNG" bila tak kena dengan fahaman mereka.

    Jadi....bila ada org yang mengaku berilmu dah jadi macam kat atas tu, kami yg kat bawah ni sure mendidih punya...nak "PANG" aja orang macam ni. Tak boleh di harap. Ada ilmu nak sorok2...takut nak bersuara.


    Amacam.....hang tulis ja kat sini dan kat sana ilmu hang tu biaq senang orang baca. Jangan nak sorok2 lagi.

    ReplyDelete
  21. nak cakap sikit pasal balak dinegeri perak ni, yang dapat kawasan balak adalah kaum umno-bn. yang mengusahakanya adalh cukong mca yang mempunyai kilang papan. negeri dan orang umno menerima hampas sahaja, fikirkanlah. semasa pr memerintah sekejap berganda pendapatan negeri dengan cukai balak, tetapi sekarang negeri telan air liur sahaja! mat black pun ikut mb umno seperti sebelumnya.

    yobrizab.

    ReplyDelete
  22. Apa nak buat wahai Anon 9:05

    Bukan tak tau perangai beruk2 ni.

    Mintak aja kelulusan dan surat sokongan utk tender atau utk payment dpd pemimpin2 beruk2 ni, pasti akan kena "CUKAI" punya. Paling koman pun 10% kunun utk parti beruk depa. TAPI...bila nak isu cek.... alih2 atas nama pemimpin beruk2 ni.

    Patut la....baru sepenggal jadi YB, rumah dah besar....kereta dah besar 3-4 bijik,holiday kat oversea with their family and balik tayang kat orang kampung.

    Rupa2nya jadi penyamun......!!!!!

    ReplyDelete
  23. Maaf bnyk2,
    Cek pn xhbis ngaji lg..
    Tp insya' Allah, ada masa cek akn kongsikn apa y cek ngaji..

    Sbnrnya, cek cma nk habaq, xp'lu kot gna ayat2 y trlampau kekesatannya, walaupn ayat trsebut layak ntk mreka trima..

    Dn cek lansung xbniat nk mmbela sapa2, kcuali y bnr2 mnegakkn y hak..
    Cmna kta nk tau mana btui mana salah, tu y sama2 kna ngaji. Ngaji tu skopnya luas..
    Saling brsoal jwb pn slh satu cr ntk dptkn ilmu..
    Brtnya dgn para ustz dn para ulama' tntg sesuatu y kta musykil..

    Mohon maaf bnyk2..
    wallahhu a'lam

    ReplyDelete
  24. HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!HIDUP BN !!!!
    HIDUP BN !!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?