Tuesday, September 21, 2010

Ketuanan Melayu (153): KERAjaan Pusat Beku 118 Projek Di Kelantan..!

Kerajaan Kelantan kesal di atas tindakan kerajaan Pusat yang membekukan sejumlah 118 projek yang melibat sejumlah 1,086,278 hektar atau melebihi 2,500 ekar dari sepuluh jajahan di negeri ini yang bermula dalam RMK 6 hingga sekarang ini, demikian dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias di sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi (Merujuk Kepada Ekonomi Kelantan) di Dewan Teratai Kota Darulnaim pagi ini.

Mohd Aiseri berkata tindakan kerajaan Pusat ini boleh membantutkan pembangunan di negeri ini dan ia juga dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti” ujar beliau.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan” katanya lagi

Menurut Mohd Aiseri pengambilan tanah tersebut melibatkan16 kementerian dan makluman ini akan disampaikan kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Diantara kementerian ialah,Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain lagi.

Menyentuh kepada kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Pusat dalam pengambilan tanah untuk dibangunkan, Mohd Aiseri berkata bermula dengan RMK 9, ia kini tidak lagi memerlukan kelulusan dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini” katanya lagi.

Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang.

Ketika mengulas soal pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Mohd Aiseri berkata ia adalah harapan rakyat yang amat tinggi kerana bila adanya lapangan terbang yang boleh menerima penerbangan antarabangsa dan ia akan memudahkan penjanaan ekonomi negeri ini.

Sumber - GegarKelantan.net

8 comments:

  1. ahli politik dan pegawai kerajaan dari negeri atau persekutuan tak ingat akhiratkah? apa yang anda lakukan akan dihisab nanti! dunia ini adalah sementara sahaja dimana kita mengumpul pahala dan dosa yang akan dibawa ke akhirat nanti. jangan ingat mati itu seperti tengah tidur sahaja!

    ReplyDelete
  2. 1.Kalau akulah!!aku tak suka kerajaan bn!tak hingin aku segala bantuan dari depa!!tak hingin aku dok melalak!dok minta sedekah kat kerajaan bn tu!!
    2.Lagipun apa susah!!hangpa nantilah duit minyak nanti!!
    3.Satu lagi!hangpa tak baca surakkhabaq hari ini!satu syarikat derma 1 bilion kat kerajan pas kelantan!!duit dan aset depa ada sampai angka trilion!!
    4.Rupanya yang terkaya dimalaysia bukan robert kouk!bukan annanda!bukan al-bokhary!!tapi haji rahim dari kelantan!!ish!ish!ish!!awatlah depa tak bagi tau kisah yang sebenar noooo!!!!
    5.Dapat duit derma!1 billion!duit royalti 1 billion!!!dapatlah buat masjid dkelantan nanti!!!dapatlah pi dakwah puak orangasli diguamusang yang murtad masuk kristian dah dok buat gereja hebat dalam hutan tu noooo!!!dannnnn dapatlah pakat-pakat tukaq merc hitam berkilat sorang sebijik nanti nooooo!!!

    ReplyDelete
  3. Bukankah selama ini kita dah saksikan betapa pembohong dan pembelitnya pemimpin umno ni.Begitulah juga pra pencacai kat kampung-kmapung...terutamanya JKK yang dikuasai oelah kuda-kuda umno.Mereka hanya mementingkan tembolok mereka dan waris-waris mereka sahaja.
    PEMIMPIN UMNO INI ADALAH PEMIMPIN YANG DISOKONG OLEH PUAKPUAK YANG SEKUFU DENGAN MEREKA JADI TAK HAIRANLAH UMNO TERKENAL DENGAN KERJA PEMBELIT DAN MEMBOHONG RAKYAT.

    ReplyDelete
  4. mcam mana nak bantu....bila bantu dinafikan,dikeji tak bersyukur.....memfitnah kepada yg membantu....lu pkir la sendiri!tahu ckap saje...buat ceramah mintak sedekah..tak mahu usaha!

    ReplyDelete
  5. tak kisah lah beb!..

    Kerajaan Kelantan dah kayo rayo..

    Hari ni dapat derma RM4 billion dari dermawan Islan/Melayu yang dah berjaya!

    Gerenti projek-projek yang lepas dapat dilaksanakan.. tak perlu lagi wang ehsan..

    Kah..Kah.. pada juak juak UMNO.. Ini gerenti berkat doa Nik Aziz..Allah panjangkan usia Nik Aizi..

    Penyokong setia PAS Pilah Tongah

    ReplyDelete
  6. jenis makhluk cam ni yang nak suruh melayu bersatu???padahal kat belakang dah wat taik???


    kalo Pas bersatu ngan umngok,tobat sampai mati aku tak undi sape2...

    ReplyDelete
  7. Nie baru nak tolong melayu......tolong jahanamkan Melayu.....org BN nie memang bangsa Yahudi...apa dia kisah!!!!

    ReplyDelete
  8. JH Yip Management Sdn Bhd
    Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 51200 Phone:03-6274 5352
    Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?