Sunday, September 05, 2010

Terengganu Negeri Yang Kaya... Kelantan Negeri Yang "Miskin"...

“Menyambut Aidilfitri dengan meriah memang tidak pernah terlintas di fikiran kerana setiap saat, saya hanya memikirkan kemungkinan dihalau dari pondok yang dibina di atas tanah tumpangan ini,” kata Mohd Riffin Hassan, 47, dari Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini.

Menurutnya, pendapatan sebagai pemandu bot penambang sebanyak RM16 hingga RM18 sehari tidak mampu menampung perbelanjaan isteri dan enam anaknya berusia enam bulan hingga 18 tahun yang masih di bawah tanggungannya.

Katanya, lebih memeritkan mereka sekeluarga, rumah yang dibina di atas tanah milik orang sejak 20 tahun lalu, berukuran lapan meter panjang dan enam meter lebar itu tidak mempunyai tandas dan bilik tidur.

“Sekiranya ingin membuang air, anak lelaki akan ke masjid berhampiran atau ke tepi pantai manakala bagi wanita, mereka ke rumah saudara atau jiran berdekatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Riffin berkata, lebih menggusarkannya apabila dia tiga kali dimaklumkan oleh tuan tanah supaya keluar dari tanah tumpangan berkenaan.

Malah katanya, untuk mendapatkan bekalan elektrik, dia terpaksa menyambung punca bekalan itu daripada rumah kakak iparnya yang terletak di hadapan pondoknya dan berkongsi membayar bil.

Katanya, telur dan nasi juadah utama mereka sekeluarga berbuka puasa, namun mujur anak-anaknya memahami kesempitan hidup serta pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pemandu bot penambang.

Mohd Riffin berkata, Aidilfitri tidak ubah seperti hari-hari biasa kerana dia sendiri tidak mampu melakukan persiapan untuk menyambutnya kerana kesempitan hidup meskipun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat RM400 sebulan dan sekiranya ada sedikit lebihan wang pun, ia akan digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

“Bagi anak-anak saya yang kecil, ibu saudara mereka ada membelikan mereka baju raya berikutan saya tidak mampu membelikan untuk semua anak-anak saya,” katanya.

Menurut Riffin, isterinya Che Kembang Mamat, 37, seorang suri rumah dan selain menyara enam anak, dia turut menyara seorang adik isterinya yang bisu.

Sumber - myMetro

TPU - Terengganu..?

Terengganu Negeri yang kaya dengan hasil Minyak dan Gas tapi rakyatnya miskin...

Kelantan Negeri yang "miskin" tetapi rakyatnya Kaya... yang aku heran, KERAjaan Pusat yang dok war-warkan Kelantan "Negeri yang miskin" selama beberapa tahun ni kerjanya hanya merompak hasil Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang miskin...

Kes pertama di Malaysia dan mungkin jugak di dunia - SiKaya merompak SiMiskin...

8 comments:

  1. Satu lagi projek tipu melayu oleh kerajaan BN pimpinan Apco Malaysia. Macam tulah asyik melayu dok kena tipu, tapi padan muka dia orang kerana tak percaya pada rezeki Allah. Menurut ajaran Apno, rezeki tu Apno-umco yang bagi.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni beruk UMNO nak taburkan duit pulak kat Negeri Kelantan.

    Jenis muka tak malu.

    Dah la merompak....dah lah melanggar perjanjian....lepas tu nak berlagak dengan duit hasil rompakan tu kunun baik hati...pemurah nak bantu rakyat Kelantan.

    Kah...kah...kah...

    Perompak jenis muka tak malu...

    Tengok muka beruk2 UMNO ni...terbayang muka2 perompak.

    ReplyDelete
  3. hoi berok...lu penah ke datang sarawak???
    lol...

    ReplyDelete
  4. Kadang2 pelik aku tengok perangai manusia ni disebabkan duit yg tak seberapa, mrk yg berkereta malah ada juga kontaktor rela menebalkan muka menerima apa yg dikatakan wang ehsan, bantuan kwam, zakat dll yg dikatakan utk mrk yg berpendapat bawah RM 1000. Klu tak percaya tengoklah masa majlis berlangsung, jem dgn kenderaan. Logik tak dgn gaji sebanyak tu dpt pakai kereta?

    Manusia oh manusia! kenapalah kamu tak tahu malu! Ini pun merompak juga - hak utk yg betul2 susah tp diabaikan sbb ...... (fikirlah sendiri).

    ReplyDelete
  5. Uiks...

    Ye ke rakyat kelantan kaya? aku rasa dok kot.... kelate nie, 40% jelah yang ada duit... ramai yang miskin lagi..

    Ambil le perangkaan dekat JPP kalau g perbadanan menteri besar sure katanya zero miskin.

    Hamprak... blog sampah nie aku singgah bila rasa-rasa nak buang sampah je...

    ReplyDelete
  6. Patutnya Terengganu dah jadi cam Qatar dah. Tapi sekarang antara negeri yang termiskin di Malaysia. Ape sebab ek? Tiris ke?

    ReplyDelete
  7. Patutnya Terengganu dah jadi cam Qatar dah. Tapi sekarang antara negeri yang termiskin di Malaysia. Ape sebab ek? Tiris ke?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?