Thursday, September 23, 2010

UMNO & Judi Bahagian 3: UMNO & Magnum 4 Digit

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah UMNO sebagai penggalak kepada aktiviti pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…

Sumber - Roslan Alan روسلن الن

5 comments:

  1. 1.Judi hukumnya haram.
    2.MLM hukumnya harus tapi banyak yang haram!rujuk diblog zaharuddin net.
    3.Ramai puak pas yang terlibat dengan MLM yang HARAM!!macamnana!!!
    4.Nik abduh dengan kereta mewah!!MLM haram!!
    5.Sama-samalah puak umno dengan puak pas noo!!terlibat dengan perkara haram!!!!!!
    6.hang sendiri TP!!dok iklan MLM haram!!hang tak sedaqka!!sama-sama subahat dengan perkara HARAM!!!

    ReplyDelete
  2. Judi haram jadi halal pasal dapat lesen daripada orang yang makan benda haram... Jadi makan la makanan yang halal...

    Check kod makanan yang haram/syubhah..
    http://en.wikipedia.org/wiki/E_number#E100.E2.80.93E199_.28colours.29

    Kalau guna lemak / gelatin / pewarna untuk daging tertentu.. pastikan sumbernya halal...

    Baru la hati tak jadi gelap. Insya Allah...

    ReplyDelete
  3. rakyat marhain main judi kena tangkap, proletriat main saham judi bila nak kena tangkap?

    pomen seksen7

    ReplyDelete
  4. JH Yip Management Sdn Bhd
    Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 51200 Phone:03-6274 5352
    Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?