DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:
1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.
2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225)
PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya: Pemilikan kotor (haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)
Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya: sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. (Al-Majmu' , 9/428)
Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain:-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya: Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)
Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)
RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
KESIMPULAN
- Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
- Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
- Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
- Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
- Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
- Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010
1.Oklah tu!pakat-pakat pulangkan duit haram tu!!bukan saja was-was!memang dah tau sumber puak-puak kapiaq harbi nii!!!haram belaka!!
ReplyDelete2.Ish!ish!ish!!bab duit derma ni!!siap publish zaharuddin net!!bab mlm!!siap iklan lagi tempohari!!awat dok diam jeee!!hampir semua syarikat mlm dimalaysia haram la!!
3.Belambaq puak kelantan terlibat dalam sistem MLM yang haram!termasuk nik abduh!!awat pakat-pakat buat bodoooo jeeee!!!!
SALAM MEKEDARAH TAIK UTK BEWAK2 AMENO (SERUPA SALAM 1MALAYSIA JUGA)
ReplyDeleteAMENO PEBODO MELAYU. ADA KA AMIK SAMPAH TAK SCORE SPM JADI CIKGU. HEMPA PIKIAQ LOGIK, CAMANA CIKGU2 BODO NAK AJAQ ANAK2 MURID JADI PANDAI?
BILA TAK ADA MURID PANDAI AMENO KUTIP BUDAK2 BODO PIANG DAPAT 3 CREDIT BUAT DEGREE. AMBOI SENANG AIH BUAT DEGREE KAT MESIA NI.
BILA KLUAQ DEGREE HOLDER SPM 3 CREDIT SUSAH CARI GHEJA. AMENO KUTIP LAGI BAWA MASUK KPLI, JQAF, JTK MAKLUMLAH NAK PERABIH DUIT RAKYAT.
HEHEHE SAJA NAK MELAWAK NGAN BEWAK2 AMENO.
anon 2:00
ReplyDeletemu.. ni manusia jenis apa..x reti langsung nak hayati kandungan kenyataan dan ulasan saudara zaharuddin.. boso menate puak umno hati gelap..
1.Ish!ish!ish!berjuta sumber rezeki yang halal!mengapa pilih yang harus!macam duit derma judi tu!!
ReplyDelete2.Berjuta sumber rezeki yang halal!mengapa pilih MLM yang harus malah haram itu!!
2.Itulah anom 2.23!!!!!!
3.ish!ish!ish! tergamak hangpa makan duit haram puak kapiaq harbi tu!!
kebanyakan ahli umnongok memang jahil ugama sebab mereka malas pergi mengaji dan mendengar pengajian ugama! mereka ingat selagi umno memerintah mereka tak akan mati! jahilah nkorang selamanya sebaba dengan umno apa pun boleh dibeli, tak begitu? golongan ugama dalam umno pun tak berani nak menegur ahli, inikan pula menegur pemimpin yang buat kemungkaran! tanda awal dunia dah hampir kiamat!
ReplyDelete"inikan pula menegur pemimpin yang buat kemungkaran! tanda awal dunia dah hampir kiamat"-mat kambing.
ReplyDelete1.Sambung sikit lagi tentang tanda awal kiamat....
2.puak ngaji agama akan jual ayat Al-Quran dan guna agama untuk kepentingan sendiri!
3.dah berlaku pun sekarangkan!!!!
woi PERJUANGAN UMNO berlandaskan AL-QURAN dan HADIS...dan..DUIT GENTING..CUKAI IMPORT ARAK..
ReplyDeletehuishhh...geng yahudi cakap pasal duit judi lar....
ReplyDeleteuiii..takutnya aku....
wei..nanti cakap kat azhar ibrahim ngan anak merican..pulang balik duit tu elok2 ye..jgn lupa wat siaran langsung kat tv yeee...
jgn rembat plak pegi joli2 kat genting..
wakakakakakakakakakaka
Kpd anom 2.00pm
ReplyDeleteMLM tu haramkah? Kan ada lesen dikeluarkan oleh kerjaan BN!!!
kesian kat melayu penang. dah la miskin tegar.. bodo pulak tu. asyik dok kena buli dgn mamak jaa.
ReplyDeletedah judi itu haram.. dan hasil judi pun dah gerenti haram.. buat ape nak justifikan..
ReplyDeletebudus piang betul Khalifah LGE ni.. kan senang kalau awal-awal asingkan sumber judi dan sebagainya.. untuk orang Islam beri dari sumber yang halal..
Ni tidak.. dah kantoi sanggup pulak menipu..dan yang banyak kena tipu ni puak-puak yang begitu taksub macam puak-puak PAS yang masih tak pas-pas lagi.
Bekas Penyokong Setia PAS Pilah Tongah
anon 12:54
ReplyDeleteApa beza hasil judi kerajaan pulau pinang ngan hasil judi kerajaan malaysia bahlol...?
WOI ULAMAK Pelacur Agama Selamanya! yg haram tetap haram la bodoh!
ReplyDeletekalau Guan Eng bagi RM100 tapi UMNO bagi RM1000 suruh pulangkan wang tu apa agaknya orang UMNO yang biasa terima pelikat dan batik buat????
ReplyDeletemacamlah UMNO bersih sangat dan tak seleweng wang dan rasuah?
ReplyDeleteUMNO sanggup lakukan apa saja tak kira halal haram untuk menang PRU13
ReplyDeleteKepada pemimpin UMNO P.P tak kan duit RM 100 pemberian kerajaan negeri kepada warga tua jer haram, elaun-elaun yang kerajaan negeri bagi tu tak haram ke bila pulak nak pulang kan balik?
ReplyDeleteitu semua datang dari pemikiran sempit orang2 umngok sendiri....yang memandai mandai suruh penerima wang tu serah balik duit kononnya haram...haram jadah betul..
ReplyDelete