Monday, January 18, 2010

Zaid: Kenapa Saya Saman Hudud...

  • "Saya saman kerana ia bertentangan dengan perlembagaan dan patut dibuat dalam Dewan Rakyat," kata Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan kenapa beliau menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud dalam DUN Kelantan.
*Ikuti penjelasan lanjut Zaid dalam wawancara khas dengan beliau di bahagian akhir ini.

Semasa Datuk dalam Umno dahulu, melalui firma guaman Datuk, Zaid Ibrahim & Co, Datuk telah menyaman undang-undang hudud yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ketika itu, kenapa Datuk bertindak sedemikian. Dan ketika ini, bagaimana hubungan Datuk dengan para pemimpin PAS pula khasnya Tok Guru Nik Aziz sendiri berdasarkan sejarah itu?

Zaid: Saya sudah pun jelaskan banyak kali mengenai perkara ini dan saya pecaya Tok Guru Nik Aziz pun faham mengenainya. Walaupun saya saman PAS, saya bertanding di Kota Bharu, saya masih menang. Kalaulah PAS marah sangat pada saya, tak mungkin saya boleh menang kerusi yang kita kalah 15 tahun. Saya percaya penjelasan saya diterima.

Sebabnya begini...dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Saya cuma hendak kemukakan kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan. Hak negeri kekal dengan negeri. Kalau kita tidak jelaskan perkara ini maka kita akan menghadapi masalah kerana setiap Dewan Undangan Negeri mesti menggubal undang-undang jenayah sendiri. Jadi akan bercelaru dalam sistem perundangan.

Jadi tindakan saya itu hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan. Memanglah kalau kita fikir, orang politik tidak patut buat macam itu. Boleh mati politik dia. Tapi saya berpegang kepada sesuatu prinsip. Kalau saya rasa hal ini mustahak untuk dijelaskan kepada rakyat, saya perlu jelaskan. Kalau saya tidak maju dalam politik sebab ini tidak mengapalah.

Macam saya dalam BN dulu, kalau saya nak kekal sebagai Menteri pun boleh tapi apabila Kerajaan buat sesuatu yang melampau sangat, saya rasa ini tidak betul. Itu cara sayalah. Saya bukan nak hina PAS atau nak provok PAS atau hina agama. Itu tidak timbul. Cuma soal bidang kuasa siapa yang boleh ubah undang-undang sebegini.

Kes itu telah ditarik balik atau bagaimana?

Zaid: Sebelum kes itu dibicarakan, masa itu Pak Lah Perdana Menteri dan saya masih lagi dalam Umno. Saya pula kena tekanan daripada Umno. Pak Lah minta, melalui Datuk Seri Najib bagitahu saya sebab orang akan menganggap Umno yang suruh saya buat. Jadi saya tersepit. Orang PAS kata saya begini, orang Umno pula kata saya menyusahkan Umno. Jadi saya bagitahu, saya bukan berniat nak menyusahkan Umno tapi bagi saya inilah sepatutnya prinsip yang Umno patut pegang dan jelaskan kepada rakyat tapi mereka kata ini keputusan parti, minta saya tarik balik. Saya sebagai orang yang pada masa itu setia lagi dengan parti, tarik balik.

Selepas keluar dari Umno dan menyertai PKR, Datuk dilihat hilang banyak perkara.Jawatan, perniagaan, bahkan dalam PKR pula Datuk mengalami sedikit tentangan dari dalam. Apa komen Datuk?

Zaid: Saya sudah jangka bila saya masuk ke parti pembangkang ini, saya terpaksa berhenti daripada bisnes saya sebagai peguam kerana kalau saya kekal lagi dalam firma itu sudah tentu firma itu mendapat tentangan dan macam-macam lagi serta menyusahkan orang lain lagi. Jadi saya buat keputusan, tidak apalah, saya berhenti. Saya tidak ada bisnes lain sebenarnya. Jadi saya tidak bimbang sangatlah. Saya tidak ada konsesi apa-apa, jadi saya tidak perlu bimbang tindakan pusat. Pada saya dalam perjuangan politik ini kta kena 'pay the prize'.

Kadang-kadang inilah yang kita lalui. Apa yang kita lalui, kita kena terimalah. Saya tidak rasa kecewa, menyesal seolah-olah adakah keputusan ini keputusan yang baik, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. Saya jelas saya akan memberi komitmen 200 peratus kepada kejayaan Pakatan dan saya rasa kita boleh menang. Apa pun tipu helah BN, saya rasa pilihanraya akan datang kita akan menang dengan syarat kita semua buat pengorbanan jugalah. Kalau kita perlu muafakat, kita muafakatlah. Kalau kita terpaksa tinggalkan pendirian kita sedikit sebanyak, ubah suai sedikit, kita perlulah buat. kalau kita tidak begitu cekap dulu, tidak begitu menjaga kepentingan orang ramai, sekarang ini kita kena pertingkatkanlah. Saya rasa masa telah sesuai.

Ekoran kemasukan Datuk ke dalam PKR juga, ada pemimpin Umno menuduh Datuk lupa diri, Umno telah memberikan kekayaan, kesenangan, segala-galanya kepada Datuk tiba-tiba sekarang Datuk menikam Umno balik. Jadi apa komen Datuk?

Zaid: Itu propaganda Umno. Mereka kata saya kaya. Bila saya tanya kaya bagaimana, mereka tidak jawab pun. Kalau saya dapat banyak dari Umno sudah tentulah mereka senaraikan semuanya. Utusan sudah tentu mengeluarkan ini saham yang saya dapat, ini projek yang saya dapat, tapi tidak ada pun disenaraikan. Saya tidak ada apa-apa. Sebab itu saya berani. Kalau saya kaya kerana Umno saya tak akan berani tinggalkan Umno. Itu dakyah mereka. Pada mereka bila seseorang itu berjaya, mesti sebab Umno.

Saya kata inilah cara Umno mengongkong Melayu. Maksudnya Melayu ni, kalau berjaya, tidak boleh sebab dia sendiri, mesti ada tongkat. Tapi dia kata nak buang tongkat. Kalau buang tongkat, Umno hilanglah. Itu cara Umno mengongkong pemikiran orang Melayu bahawa segala yang ada kerana mereka. Jadi saya tidak ambil kisah sangat tentang hal ini. Saya bukan bangga dengan kekayaan apa pun. Saya tidak mengutamakan kekayaan dalam hidup, saya dari keluarga miskin dahulu dan saya ada apa yang ada, cukuplah. Kalau saya betul-betul kaya seperti yang dikatakan, saya mesti tidak lari. Sebab itu susah orang Umno nak lari masuk ke pembangkang kerana mereka ada sesuatu yang nak dikekalkan.

Datuk Seri Najib dilihat cuba menarik balik sokongan bukan Melayu kepada Umno melalui pendekatan 1Malaysia tetapi dilihat sedikit terkongkong dengan dasar lama mereka seperti perkauman dan isu penggunaan kalimah Allah. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?

Zaid: Dia nak buat satu perubahan dalam dasar di negara kita samaada 1Malaysia ke, 2Malaysia ke, hanya akan berjaya jika Umno itu diubah. Pak Lah pun membuat pelbagai janji semasa 2004 dahulu. Kenapa beliau tak buat? Bukan sebab Pak Lah malas. Tapi sebab Umno yang tidak mahu. Manifesto Pak Lah dahulu, integriti, transparensi, perubahan macam-macam. Sebab apa tidak dilaksanakan? Sebab Umno tidak benarkan. Umno adalah Utusan Malaysia. Di situlah Umno.

Najib pula keluarkan 1Malaysia. Tapi beliau tidak boleh ubah Utusan. Najib pun sama seperti Pak Lah. Cakap tak serupa bikin. Jadi jangan bimbang dengan perubahan dalam Umno kerana ia tidak akan berlaku atau mungkin dia tidak berani. Najib tidak mungkin dapat menunjukkan satu kepimpinan yang luar biasa. Saya tidak yakin dia akan berjaya. Dari segi slogan berjayalah.Tapi dari segi dasar yang benar-benar menyelesaikan masalah pokok, Najib tidak boleh.

Soal rasuah, saya tidak dengar apa-apa perubahan lagi dari Najib. Soal masalah antara agama. Masalah kahwin, nikah, cerai, masalah terbaru penggunaan kalimah Allah, Najib tidak boleh selesai sebab Umno itu Utusan. Utusan kata kita tidak boleh benarkan Kristian guna nama Allah. Itu bukan dasar yang workable. Itu dasar keras kepala. Kita tidak boleh tadbir negara dengan cara keras kepala tapi kena cara perbincangan. Saya tidak yakin Najib akan berjaya. Rakyat mesti mengubah sokongan kepada pakatan baru kita boleh berubah secara total sebab kita telah lama dianiaya. Contoh mengenai ISA, Najib bukan main lagi bebaskan tahanan, lepas itu janji akan mansuhkan ISA. Tapi apa yang berlaku hari ini? Tak ada apa-apa yang berubah.

Politik Kelantan agak panas sejak akhir-akhir ini. Ramai yang melihat kerajaan PAS 20 tahun itu akan bermasalah ekoran apa yang berlaku. Apa komen Datuk sebagai orang Kelantan?

Zaid: Saya agak sedihlah. Sudahlah Kelantan tidak ada duit. Royalti minyak Kerajaan tidak mahu beri. Hasil pun tak banyak. Ditambah lagi dengan permasalahan yang melanda. Sudah tentu kita kecewa dengan perkembangan ini. Tapi walaubagaimanapun, dalam Usaha Umno BN nak ambil Kelantan, kita kena menjangka jugalah usaha-usaha perpecahan ini diperbesarkan. Cuma saya harap PAS dapat mengukuhkan balik kedudukan.

Soal perbalahan istana itu agak sukarlah. Biarlah diselesaikan dengan cara lain. Tapi soal pentadbiran, soal kepimpinan negeri, saya rasa eloklah mereka bersatu dan membuat keputusan tertentu, ke arah mana kepimpinan pentadbiran Kelantan harus pergi. Saya rasa sudah sampai masanya untuk mengkaji segala perubahan ataupun untuk mengurangkan politiking kerana kalau istana pun berpecah, pimpinan politik pun berpecah, perkara ini tidak baguslah. Sekurang-kurangya pentadbiran politik lebih baik maka harapnya perkhidmatan awam tidak berpecahlah. Kadang-kadang perkhidmatan awam sesebuah negeri bergantung juga kepada istana. Saya harap ahli politik dan perkhidmatan awam dapat memberikan tumpuan kepada pertadbiran negeri seterusnya dapat mengurangkan permasalahan ini.

Berdasarkan pengalaman Datuk bersama Umno Kelantan, adakah Datuk melihat Umno mempunyai pemimpin yang boleh mengambil alih Kerajaan Kelantan?

Zaid: Umno ada duitlah.Jadi parti yang ada duit ini kita kena awasi jugalah. Macam Sabah dulu jatuh sebab duit jugak. Dengan wang ehsan ini dia mesti guna duit jugak. Dia akan guna untuk menang pilihanraya. Kita tiak boleh mengambil mudah dengan beberapa ratus juta yang sepatutnya rakyat dapat, Umno akan guna duit ini. Sebab itu saya fikir baiklah Pakatan jelaskan perkara ini contohnya isu minyak.

Bagi saya bila Kerajaan tidak beri royalti minyak kepada Kelantan, sepatutnya rakyat Kelantan tidak undi lagi BN sebab ini satu penipuan besar-besaran. Apa sebenarnya wang ehsan? Kalau tidak ada hak langsung kenapa bagi juga? Kenapa tidak bagi kepada Johor atau negeri-negeri lain? Sebabnya mereka rasa berdosa kalau tidak bagi sebab itu wang rakyat. Tindakan BN dalam isu ini pada saya, kalau saya sebagai rakyat Kelantan, saya tidak boleh maafkan dan saya tidak akan undi BN lagi. Tapi tidak semua orang macam itu.Jadi jelas bagi saya, sebagai negeri miskin, kalaulah duit itu diberikan bukankah banyak benda yang boleh dibuat. Macam Datuk Mustafa kata kita tidak ada hak. Kalau tidak ada hak, nak bagi buat apa? Macam Terengganu. 19 tahun bagi royalti tapi bila PAS perintah dia panggil wang ehsan jadi rakyat tahu muslihat mereka ini. Tak perlu rujuk undang-undang antarabangsa. Berbalik kepada soalan tadi, saya bimbang dengan duit yang banyak ini, banyak perkara yang boleh mereka lakukan seperti di Manek Urai dulu. Mereka ada duit banyak, PAS menang tipis sahaja.

Jadi untuk mengatasinya, rakyat Kelantan mesti diberikan kesedaran politik yang tinggi. Yakinkan mereka bahawa masa depan negeri Kelantan, anak cucu mereka bergantung kepada politik yang telus dan jelas. Pakatan Rakyat akan memberi wang ini kepada Kelantan malah kita buat keptusan, sekiranya BN menang di Kelantan, dan kita mentadbir Kerajaan Pusat, kita akan bagi kerana rakyat pilih mereka. Kita kena hormat. Tapi BN mana tahu hormat undang-undang. Moral pun tidak ada. Kita kena sedarkan rakyat Kelantan. Dosa tidak bagi royalti ini tidak boleh dimaafkan. Bila kita bising, barulah ada wang ehsan. Kalau kita tidak bising, wang ehsan pun tidak ada. Patutnya Kelantan menolak BN sebab perkara ini.

Apa harapan Datuk kepada parti-parti dalam Pakatan dan para penyokong?

Zaid: Kita kena terus berkeyakinan. Kadang-kadang saya banyak juga dengar di kalangan kita sendiri pun banyak memperkatakan tentang kelemahan kita. Kumpulan ini mesti begini, kumpulan itu mesti begitu. PAS patut begini, DAP patut begitu, Keadilan patut begini. Saya lebih suka kepada pendekatan bagaimana kita nak tolong. Kalaulah PAS lemah dalam aspek-aspek tertentu, bagaimana kita boleh tolong PAS. Kalau kelemahan Keadilan dalam hal-hal tertentu, bagaimana kita boleh membantu.

Seperti yang saya katakan, Kelantan itu kerajaan PAS tapi PAS juga mesti membantu Keadilan di Kelantan supaya kuat dan kita dapat menangani masalah BN. Saya lebih ingin melihat misalnya di Terengganu secara tradisinya kawasan PAS. Tapi saya harap kita boleh nilai kembali untuk memilih yang terbaik di kalangan Pakatan untuk bertanding di sesuatu kerusi supaya kita boleh menang. Oleh itu perlu kompromi dalam Pakatan. Kita mesti lakukan sebab matlamat kita adalah untuk menang.

Sumber : HarakahDaily.Net

1Malaysia Cuci Motor Separuh Bogel..!

Aku tak tau pesta ni dekat mana tapi yang pastinya kalau korang perhati nombor plate motor tu "BFS 90". Plate Malaysia... korang pikir la sendiri..!

Bersedialah Melihat Anak2 Gadis Kita Jadi Pelacur Selagi UMNO Terus Memerintah (Nauzubillah)

Ramai yang agak marah bila saya kata begitu dalam artikel saya sebelum ini. Tapi, ini bukan saya kata kosong-kosong. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan kita dari negara jiran yang kita panggil Indonesia. Ertinya, ia bukan sekadar teori sahaja tetapi perkara yang berlaku dengan benar dan di depan mata.

Dahulu, Indonesia adalah sebahagian dari negara OPEC, yakni negara pengekspot minyak terbesar di Asia Tenggara. Sewaktu zaman Suharto memerintah, Indonesia dibanjiri dengan duit minyak yang amat banyak sekali.

Oleh kerana Suharto adalah diktator, maka hampir keseluruhan duit minyak Indonesia telah dirompak oleh beliau dan juga kroni-kroni beliau. Juga, tidak dilupakan yang merompak itu adalah anak-anak dan cucu-cucu Suharto.

Pada waktu yang sama, Suharto telah menurunkan harga beberapa komoditi dan makanan (i.e. beras) untuk menghalang majoriti rakyat Indonesia dari memberontak menentang pemerintahan beliau. Sewaktu Suharto, rakyat Indonesia majoriti tetap miskin tapi tidak merempat kerana ada wang minyak yang membantu sedikit sebanyak. Pada waktu yang sama, majoriti wang minyak masih dirompak Suharto.

TIBA TIBA WANG MINYAK HABIS

3 tahun sebelum kejatuhan Suharto, PERTAMINA telah pun bankrap. Wang minyak telah habis dirompak Suharto sekeluarga serta kroni. Apabila jatuh sahaja Suharto, tiba-tiba Indonesia menjadi papa kedana. Segala wang Indonesia telah hilang dan dibawa lari oleh perompak-perompak yang disokong Suharto.

Dengan sekelip mata, segala harga barang menjadi terlampau mahal. Tiada lagi wang yang ada untuk memastikan harga barang kekal murah macam zaman Suharto.

KESILAPAN REFORMASI

Kesilapan besar mereka adalah selepas kejatuhan Suharto, kekayaan Suharto dan sekeluarga tidak diambil balik. Sepatutnya jatuh sahaja Suharto, kesemua ahli keluarganya harus di penjara dan tidak dilepaskan selagi kekayaan mereka tidak dipulangkan sepenuhnya.

Apabila harga barang naik dan ekonomi Indonesia hancur, maka ramailah rakyat Indonesia yang kelaparan. Dalam keadaan sebegitu, maka hampir 1.5 juta gadis di Indonesia diketahui menjadi pelacur sepenuh masa di Indonesia sekarang ini. Dan jumlah ini semakin bertambah bukan berkurang.

Mereka terpaksa melacur demi menanggung keperluan hidup serta mencari sesuap nasi. Kalau mereka tak melacur, nescaya mereka akan mati kelaparan. Tak heranlah Dr Masyitah dulu dah siap-siap bagi fatwa melacur kerana kesempitan hidup tak salah.

Itu sebenarnya amaran secara tersembunyi dari Dr Masyitah akan masa depan anak-anak gadis Malaysia dalam masa terdekat hasil dari wang minyak kita habis dirompak UMNO dan BN. Kita nanti terpaksa berbuat demikian juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO bermula dengan Daim Zainuddin.

GADIS2 INDONESIA JADI PELACUR KESAN WANG MINYAK HABIS DIROMPAK

Di Malaysia, kita masih ada lagi minyak. Namun, saya diberitahu oleh sumber yang berotoriti bahawa hasil minyak Malaysia makin habis. Di waktu yang sama, sepanjang wujudnya Petronas, telah hampir RM460 billion telah diberikan kepada kerajaan Malaysia oleh Petronas

Itu jumlah yang kita ketahui hasil dari Dr. Mahathir menyerang Pak Lah baru-baru ini. Kalau Dr M tidak mengamuk pada Pak Lah, kita pun tak tahu berapa kerajaan dapat dari Petronas.

Kita semua tahu kerajaan Norway menggunakan keuntungan dari hasil Petroleum mereka untuk disimpan ke dalam sebuah tabung bagi menjamin masa depan dan hari tua rakyat Norway.

Soalnya sekarang kemanakah wang minyak Malaysia telah dibelanjakan.

BEBERAPA SOALAN YANG MENJADI PERTANYAAN

Saya bawa kembali dari artikel saya sebelum ini. Cumanya, saya nak tambah sedikit, semalam saya check EPF saya dan saya tak nampak ada apa-apa caruman dari Petronas ke dalam akaun saya.

Saya juga membawa satu komen dari pembaca saya yang menjelaskan keadaan sebenar berkenaan dengan wang minyak kita :

Anonymous said...
I am 40 years old now. I have NEVER EVER seen a single sen of Petronas's money for 40 years.

I believe as long as BN is still in power, I will NEVER EVER see a single sen of Petronas's money for the next 40 years.
January 18, 2010 10:40 AM


Kena bayar ke Petronas lagi ada bila isi minyak. Petronas nak bagi tandas dia bersih pun tak boleh.

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik.

Harga kereta pun mahal. 1/8 gaji tiap2 bulan terpaksa pergi ke kereta kita.

Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kenapa Petronas tak boleh bagi "Geran Rumah" kepada semua rakyat Malaysia yang baru berkahwin bagi memudahkan pembelian rumah? Negara takda minyak seperti Australia boleh beri? Dalam RM 50k bagi satu famili pun apa salahnya.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?

Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

HUJAH JUAK UMNO DALAM ISU INI DIJAWAB

Ada seorang juak UMNO telah cuba untuk menjawab artikel saya dengan menyenaraikan beberapa program kerajaan Malaysia yang kononnya wang minyak dibelanjakan. Ikutilah jawapan dari Sebatang Kara terhadap percubaan juak UMNO bernama Grand Marquis :

“ Sebatang kara said...
GM yang kata:

Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.

Buat KLIA - Berapa kerat yang dapat manfaatnya kalo bukan kroni and the gang. Airport LIMO sapa yang punya. Lagi MAB bagi insentif kat AIRASIA (kalo rakyat marhaen guna istilah subsidi). Projek inipun projek mega untuk kroni and the gang.

Putrajaya - projek mewah untuk pemimpin rakus dan rakyat kelas elit.

LRT, Monorel - Bagi projek kat kroni, lepas tuh, kerajaan abis beberapa Billion lagi untuk bail out.

Lebuhraya - Hawaq, kalau naik tak kena bayaq kerr. Lagi nak naik tol ada laaa.

KLCC - Satu lagi projek kelas elit dan bukan untuk rakyat marhaen. Ingat dulu dalam parlimen ada dibahaskan pasal layanan pengurusan Suria KLCC terhadap peniaga bumiputra. Sewa dinaikkan sesuka hati setiap tahun dan perlu mengikut standard yang ditetapkan (standard oghang putih) sehingga Restoran seorang Cina Muslim 'Kelantan Delights' terpaksa ditutup akibat tak tahan dengan tekanan pihak pengurusan pihak Suria KLCC.

Sepang - Baru-baru ini FIA melaporkan bayaran penganjuran oleh Sepang adalah tertinggi untuk menganjurkan Formula 1.

Satu lagi Petronas saya tak puas ati nih. Saya tak pernah tengok satu pun program CSR yang dianjurkan oleh Petronas. Mereka lebih suka menaja program ratusan juta ringgit luar negara berbanding program CSR untuk rakyat marhaen.
January 18, 2010 12:44 PM

Ertinya wang minyak MALAYSIA kekal hilang dan hilang selama-lamanya. Kita sendiri takkan menyesal sampailah nanti anak2 gadis kita terpaksa melacur diri untuk menyara hidup. Nauzubillah min zalik.

SELAGI UMNO TERUS MEMERINTAH, BERSEDIALAH ANAK2 GADIS KITA JADI PELACUR

Itulah dia hakikatnya. Selagi UMNO terus memerintah, selagi itu duit minyak kita terus dirompak oleh puak-puak UMNO ni.

Bodohnya NGO2 Melayu dan Islam berjuang isu Kalimah Allah padahal isu wang minyak ini lebih besar dan bermakna bagi Islam dan bagi menjamin anak2 gadis kita tidak perlu melacurkan diri di masa hadapan untuk mencari sesuap nasik.

Tulang Besi

MISTERI ABAD INI: Ke Mana Hilangnya Wang Hasil Petroleum Malaysia? Anak-Anak Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.

Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah :

  • The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]
Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway.

Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini. Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.

Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan.


Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia? Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA

Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia.

Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia.

Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?

Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini.

Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia.


Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta dan kita lihat sendiri penderitaan rakyat Indonesia.

Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia :

a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakan orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA.

Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini.

Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?

Tulang Besi

Oil Revenue Payments to Malaysian Government


On July 4, 2009 Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17. He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.[11]

RPK - Musa Hassan: Siapa "Memburu", Siapa "Pemburu"..?

Raja Petra Kamarudin

Umpan Musa Hassan tak mengena

KPN, Musa Hassan sedang memulakan satu ekspedisi memancing. Dia menyuruh semua pegawainya untuk menimbangkan semua cara bagi menangkap saya. Masalahnya adalah ramai antara pegawainya yang menyalurkan maklumat kepada saya, dan bukan kepadanya. Jadi, saya tahu apa yang dilakukannya pada pagi ini, malah apa yang sedang dia lakukan ketika anda membaca artikel ini.

Musa Hassan menyangka bahawa para pegawainya memantau pergerakan saya. Sebenarnya, tak satu pun daripada pegawainya yang benar-benar tahu akan kedudukan saya. Sebaliknya, saya mempunyai orang dalam yang memantau pergerakannya dan membuat laporan harian kepada saya tentang segala aktiviti yang berlaku di tingkat atas ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Pada mulanya, mereka fikir bahawa mereka dapat menggunakan anak saya bagi menjerat saya. Mereka memukul anak saya bagi memaksanya mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan jenayah. Tetapi apabila kes itu dibawa ke mahkamah, anak saya mendedahkan bahawa beliau telah dipukul dan dia menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Jadi, mereka tiada pilihan, selain membiarkan perbicaraan diteruskan. Nah, semasa perbicaraan itulah terungkapnya hakikat bahawa dakwaan terhadap anak saya adalah tidak benar.

Mereka kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu dan menghantar anak saya kembali ke Penjara Sungai Buloh, di mana dia terus dibelasah. Akibatnya, anak saya naik gila, lalu terpaksa dihantar ke wad psikiatri. Dia kemudiannya diasingkan kerana dianggap sebagai terlalu berbahaya untuk dibenarkan bergaul dengan lain-lain tahanan.

Ya, mereka sangka bahawa mereka dapat menyembunyikan perkara ini daripada saya. Tetapi akhirnya, saya dapat tahu juga. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak polis jika mereka ingin membunuh anak saya. Memanglah ini pernyataan yang saya kesali, namun anak saya adalah korban perjuangan. Sebenarnya, kita semua adalah korban perjuangan. Adakalanya, dalam perjuangan, nyawa perlu dikorbankan, sekalipun ia membabitkan nyawa anak kita sendiri.

Kita tentu pernah membaca suatu kisah semasa era Empayar Islam di Madinah, yang mana seorang ibu diberitahu bahawa anak lelaki terakhirnya telah syahid dalam peperangan. Dia menangis apabila diberitahu bahawa semua anak lelakinya sudah tiada. Tetapi dia sebenarnya menangis kerana dia tidak lagi mempunyai anak lelaki untuk dikorbankan demi perjuangan.

Inilah dasar kepercayaan kita. Perjuangan adalah lebih penting daripada segala-galanya. Adakah mereka fikir bahawa dengan membalun anak saya, maka masalah mereka akan selesai? Apa mereka fikir ia akan ‘menjinakkan’ saya? Tidak sekali-kali, malah ia akan menguatkan semangat saya kerana kini, bukan hanya perjuangan yang menjadi matlamat saya, malah ia melibatkan keadilan; darah mesti dibayar dengan darah jua.

Musa Hassan menyangka bahawa hanya kerana dia adalah pegawai tertinggi PDRM, maka itu juga bermakna bahawa dialah polis terpintar di Malaysia.

Anda nak tahu bagaimana cara polis yang pintar menjalankan siasatan? Meh saya beritahu rahsianya. Nak tahu apa yang dilakukan oleh Kevin Morais, Ketua Pendakwaraya SPRM semasa Krismas tempoh hari? Mesti anda tak tahu, bukan? Kalau anda nak tahu, dia merayakan Krismas dan Tahun Baru dengan kawan lelaki berbangsa Inggeris yang bertahun-tahun lebih tua daripadanya di Bromley, Kent, United Kingdom. Mesti anda tak tahu, bukan?

Musa Hassan, aku tahu bahawa kau mengugut para pegawai polis yang menandatangani Akuan Bersumpah yang menyabitkan hubungan kau dengan kongsi gelap Cina untuk mengubah kenyataan mereka, dan mengisytiharkan bahawa akuan berkanun mereka itu adalah pembohongan semata-mata.

Ah, dah terlambat pun. Akuan Bersumpah tu dibuat dua tahun yang lalu. Kalau nak suruh tarik balik, sepatutnya kau buat macam dengan Bala dulu… sehari selepas Akuan Bersumpah pertama keluar, Akuan Bersumpah kedua ditandatangani.

Adakah kau nak menafikan hal ni dan mengatakan bahawa RPK dan Malaysia Today berbohong? Jika ya, maka aku akan paparkan salinan semua dokumen-dokumen tu untuk membuktikan bahawa kaulah yang menipu. Bahkan kau dah digelar sebagai pembohong oleh Mahkamah Tinggi Sabah, dan dalam sedikit masa lagi, aku akan memaparkan bukti mengenai perkara ni dalam artikel yang lain.

Mereka yang berada di tampuk kekuasaan sedang berusaha meyakinkan kau untuk bersara dan seterusnya menjadi Duta Besar. Mungkin tulah yang sebaik-baiknya, memandangkan sebagai seorang anggota polis, kau memang tak boleh harap. Tapi kenapa Duta Besar? Mengapalah orang tak guna seperti si gatal yang suka meraba sering dilantik sebagai Duta Besar.

Dua negara yang sesuai untuk kau sebagai Duta Besar adalah Haiti ataupun Mongolia. Dah pasti orang Mongolia akan menyambut baik orang yang menghancurkan bukti pembunuhan Altantuya demi memastikan pembunuh sebenar terlepas dari hukuman.

Jadi, apakah rancangan kau sekarang, wahai Musa Hassan? Adakah kau akan mengemukakan 'bukti' bahawa aku memaparkan akuan-akuan berkanun palsu oleh pegawai polis, yakni supaya aku boleh didakwa di bawah Akta Multimedia? Kenapa kau tak buat begitu bagi akuan bersumpah aku sendiri? Mengapa aku disiasat atas sebab menandatangani akuan bersumpah palsu dan kemudiannya mendakwa aku melakukan Fitnah Jenayah, yang mana kebenaran akuan bersumpah tu tak material dalam dakwaan tersebut? Adakah kau takut bahawa kebenaran akan terungkap kalau kau mendakwa aku atas kesalahan menandatangani akuan bersumpah palsu?

Kau ingat aku tinggalkan Malaysia secara haram ataupun dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Kau fikir aku memasuki negara lain dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Malah kau tak tahu sama ada aku masih berada di negara ni ataupun tak kerana kau tak pun menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa aku berada di luar negara.

Polis jenis apa kau ni? Kau naik angin kerana kononnya aku memperbodohkan kau, walhal kau memperbodohkan diri kau sendiri. Rancangan kau adalah berasaskan andaian, tetapi kau sendiri tak pasti sama ada andaian kau tu betul ataupun tak.

Aku tahu lebih banyak tentang aktiviti kau berbanding dengan pengetahuan kau tentang aktiviti aku. Sebenarnya, lebih ramai pegawai kau yang menyalurkan maklumat kepadaku daripada kepada kau. Kau cuma tahu meneka lokasi aku dan rancanganku, sedangkan aku tahu segala gerak geri kau. Malah aku tahu bahawa ketua kuncu kau, Kevin Morais, sedang berseronok dengan seorang lelaki lain di ketika kau sangka kau dah berjaya memerangkap Dato' Ramli Yusuff dan Rosli Dahlan.

Musa, kau ingat kau lagi pandai daripada akukah? Aku tahu kau mendakwa seorang pegawai polis India atas pembunuhan Kugan sedangkan sebenarnya, terdapat tiga pegawai polis yang melanyaknya hingga mati di Balai Polis Subang Jaya. Kenapa hanya seorang pegawai polis berbangsa India yang didakwa? Kenapa tak dakwa lagi dua orang pegawai polis Melayu yang juga terbabit? Adakah ia kerana kau takut kes tu mungkin berubah menjadi isu perkauman jika semua orang tahu bahawa dua pegawai polis berbangsa Melayu juga memukul Kugan sampai mati? Jadi, adakah jika pegawai polis India membunuh seorang India yang lain, maka kerajaan kekal ‘selamat’? Kau fikir kita orang semua dah lupa bahawa pada mulanya, 11 pegawai polis 'digantung kerja' dan diberi tugas pejabat dek kerana kes Kugan?

Musa Hassan, kau bukan taraf aku, malah jadi Pegawai Penyiasat pun kau tak layak. Sejak 11 tahun yang lalu, aku dah jumpa ramai daripada Pegawai Penyiasat kau. Jadi, memang aku tahu bahawa kau tak setaraf dengan dia orang. Terima sajalah tawaran untuk bersara dan kemudian dilantik sebagai Duta Besar ke Haiti ataupun Mongolia… aman sedikit PDRM. Pada hari bersejarah tu nanti, seluruh pasukan polis akan mengadakan Mardi Gras selama 30 hari. Percayalah cakap aku. Aku tahulah… sebab pegawai kau semuanya beri maklumat kepadaku.

Selamat malam, Musa Hassan, di mana jua kau berada...

Artikel asal telah diterjemahkan oleh Jason Cheng

Malangnya Husam...

Dari Arkib - Detikdaily

PAS lebih 2 minggu lagi dan sudah tentu yang menarik dan tertarik adalah pemilihan pucuk pimpinan PAS. Perkara yang tak pernah menjadi isu akan menjadi isu besar (politiklah katakan). sebelum ini pena ini pernah merakamkan betapa Ulamak PAS tiba-tiba bersuara dan bernada seolah-olah kepimpinan ulamak yang menjadi nadi perjuangan PAS sudah terpinggir dan perlu pembelaan.

Ulamak PAS khususnya Dewan Ulamak PAS yang lebih banyak membisu dalam banyak isu tiba-tiba mengusulkan satu gagasan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS perlu dipilih dikalangan ulamak tetapi isu itu terhenti apabila TGNA menyatakan nak jadi ulamak tak perlu masuk pondok, dengan sentiasa mengikuti pengajian dan mendampingi ulamak pun kita boleh jadi ulamak.

Tiada siapa yang mengikuti perkembangan ini dapat menafikan isu ini timbul apabila Haji Husam dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. walaupun Hj Muhamad Sabu juga turut dicalonkan tetapi tempiasnya hanya Haji Husam sahaja yang menerimanya. yang lebih menggelikan hati lagi ialah apabila Dato Haji Mustapha Ali yang pernah mencabar ulamak untuk jawatan Timbalan Presiden pun lupa pada sejarah turut mengatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hanya sesuai untuk ulamak.

Ingatkan serangan pada Haji Husam dah berakhir apabila TGNA memberi pendapat tentang ulamak, sekali lagi Ketua Dewan Ulamak menyerang Haji Husam walaupun secara tidak langsung. Ustaz daud Iraqi berkata terdapat gejala rasuah seperti mengadakan jamuan dan membeli baju telah berlaku dalam PAS.

Sekali lagi Ketua Dewan Ulamak memberi bahan berita yang cukup sensasi kepada media. Apa motif sebenarnya? Walaupun secara tidak jelas ditujukan kepada siapa tetapi isu ini telah lama dibawa oleh beberapa penulis blog dan pemimpin PAS. Ustaz Abu Bakar Chik (Dato) contohnya banyak bercakap bahawa Haji Husam banyak tabor duit kepada PAS kawasan untuk pastikan beliau terpilih.

Dengar cerita Haji Husam mintak Dato’ ABC bersemuka dan memberikan bukti. Begitu jugak bila dibangkitkan secara terbuka oleh Ust Daud Iraqi Haji Husam minta dibawa bukti jangan hanya pandai membuat tuduhan.

Sekarang orang yang menuduh itu perlu membawa bukti. Haji Husam pernah dikatakan bermain dengan politik wang apabila beliau banyak menggunakan wang dalam pilihanraya kecil di Kelantan sedangkan wang itu digunakan untuk menggerakkan jentera dan bukannya untuk membukan beli undi.

Pilihanraya dimana-mana sekalipun memerlukan wang untuk jentera walaupun jentera sukarela tetapi makan minum perlu difikirkan.

Apa yang saya nak cerita sebenarnya ialah apabila ada YB yang cemerlang macam Haji Husam bukan setakat berkhidmat dalam kawasan yang diwakilinya atau negerinya sahaja, bahkan merentasi sempadan tetapi berdepan dengan tuduhan kononya memberi sogokan.

Beliau dinista kononnya membelanjakan banyak wang untuk meningkatkan populariti beliau dalam parti PAS. walaupun tidak dinyatakan secara terus tetapi ramai yang mengatakan semuanya itu dituju kepada Datuk Paduka Husam Musa.

Apabila Haji Husam minta Ustaz Daud Iraqi memberi bukti terhadap adanya tuduhan rasuah kepada segelintir orang PAS atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden PAS, ada yang secara sinis menuduh Haji Husam melenting kerana terasa panas dengan tuduhan tersebut.

Sebenarnya susah jugak jadi orang yang bernama Husam, naik dalam barisan pimpinan secara mendadak atas kebolehanya sendiri dan bukannya atas proksi mana-mana pihak. Haji Husam seorang yang bekerja kuat untuk PAS dan beliau akan berada dimana sahaja bila diperlukan. Beliau begitu peka dengan isu masyarakat.

Saya sendiri pernah ikut beliau (secara kebetulan) masa dia turun ke Kedah atas urusan PAS di SRIDU, sebelum terbang balik ke KL beliau minta kami membawa beliau menziarahi keluarga Cikgu Cina yang jatuh dari tingkat atas akibat lantai kayu yang reput, pada masa itulah baru orang tahu bahawa SRJK© perlu dibantu.

Haji Husam ziarah keluarga cikgu tersebut dan memberi sedikit sumbangan, katanya sumbangan dari Kerajaan Negeri Kelantan. Mana pemimpin PAS lain yang menziarahi keluarga mendiang? Slogan memasyarakatkan PAS hanya seronok dibahaskan dimarkas atau hotel-hotel sahaja.

Bila di lapangan terbang, pada masa itu kebetulan ramai pelajar nak ke Mesir, bila mereka Nampak Haji Husam masing-masing tak lepas peluang bersalam dengan Haji Husam tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan nak tunjuk pemurahnya pemimpin PAS, pelajar tersebut bukan bersalam dengan tangan kosong, Haji Husam selok poket bagi RM50 seorang, katanya buat makan atas kapal terbang.

Kalau orang UMNO ada pada masa tu mereka akan lihat betapa pemurahnya pemimpin PAS.

Kalau kita banyak berjalan dan mendengar, dikalangan pemimpin PAS, Haji Husamlah yang banyak memberi bantuan samada kepada sekolah agama mahupun PAS-PAS kawasan. Yang terbaru, Pondok Pak Ya (yang terpinggir dalam pemerintahan PAS di Kedah), apabila pihak pengurusan berjumpa Haji Husam, beliau tidak mengecewakan dan usahakan bantuan sehingga RM50,000.00.

Malah Harakah sendiri apabila hendak mengadakan sisipan KHAS sempena PRU12 baru-baru ini tak cukup peruntukan, Sdr Luthfi sendiri turun jumpa Haji Husam dan Haji Husam tetap tidak mengecewakan pihak Harakah dengan memberi peruntukan.

Soalnya orang kata Haji Husam bolehlah dia pegang duit kerajaan tapi semasa PAS memerintah Terengganu yang kaya, apa pemimpin PAS Terengganu bagi sumbangan untuk PAS negeri lain? Cikgu Pa yang menjadi EXCO kanan dan dikatakan mempunyai kuasa pemutus melebihi kuasa MB pada masa itu, apa yang Cikgu Pa sumbang?

Ada kawan dari PAS Tanjung Karang masa tu Dato’ Dr Hassan Ali orang kuat PAS Tanjung Karang tengah memprojekkan projek KOMPAS pergi jumpa Cikgu Pa di Pejabat EXCO, kawan tersebut rasa macam peminta sedekah pulak dan tidak dilayan.

Soalnya sekarang, salahkan Haji Husam mencari dana bagi membantu perjuangan PAS? Salahkah Haji Husam membantu PAS kawasan yang hendak menjalankan aktiviti parti? Di sini kalau kita lihat orang lainlah duduk tempat Haji Husam sudah tentu kepentingan diri adalah agenda yang diutamakan.

Berapa buah Bungalow yang telah Haji Husam dirikan untuk dirinya, rumah asal yang didirikan pun tidak diperbesarkan, kereta pun pakai kereta rasmi Mercedes yang lama. Beliau dituduh memperkayakan kroninya di Kelantan, siapa?

Tetapi ramai yang memusuhi beliau di Kelantan kerana tidak mendapat balak. Bermusuh dengan Husam kerana balak dan kalaulah Husam nak bina pengaruh, mengapa beliau perlu tolak permohonan balak oleh beberapa pemimpn PAS di Kelantan? Kalau dia nak bina pengaruh bagi sahaja balak tu. bukan milik dia pun tetapi disinilah amanah seorang pemimpin. Dia perlu pastikan hasil balak itu masuk ke kantung kerajaan dan akan digunakan untuk faedah rakyat.

Kadang kita hairan, kalau wakil rakyat yang gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing dan ada setengah tu jarang-jarang turun kawasan tetapi isu ini tidak diperkatakan malah ada wakil rakyat yang cukup kedekut. Balik kawasan jarang-jarang, tumpang kereta kawan dan balik kawasan tinggal kat rumah kawan.

Musim cuti sekolah tak Nampak muka takut dijemput makan kenduri duit habis. Bila tumpang kereta orang, sampai dekat tol buat-buat tidur, berhenti stesen minyak pun buat tidur dan bila singgah makan sanggup tidur dalam kereta, macamlah penat sangat jadi YB tetapi dah dasar kedekut.

Tetapi YB macam ini tidak dipedulikan orang sebaliknya YB yang bertungkus lumus menaikkan bendera PAS ke seluruh Negara digeletek dengan isu rasuah pulak? Mana kewarasannya? Apakah khidmat dan tanggyungjawab itu rasuah? Jangan kita suka sangat bercakap sehingga kita tidak sedar percakapan kita boleh mendatangkan fitnah pada jemaah? Ku buat salah, tak buat salah, jadi semua serba salah.