Tuesday, March 09, 2010

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

NOTA EDITOR: Rupanya Tulang Besi tidak berkeseorangan di dalam mengetahui kelentong Zul Nordin sewaktu isu Keracunan Arsenik dahulu. Alhamdulillah.

Berikut adalah tulisan Zul Sulong yang begitu baik dan jitu di dalam mendedahkan siapa si Zul Nordin yang sebenar.

Selamat membaca

Tulang Besi

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Biarkan Zul Nordin Sendirian…......

Sebenarnya sepanjang beberapa tahun ini, punya ramai yang datang beritau saya si Zul Nordin ni tidak boleh dipercayai. Malahan, beberapa tahun sebelum Zul Nordin bertanding PRU 2008 pun saya sudah diberi amaran oleh pihak-pihak yang saya kenal sebagai orang yang beradab dan amat menjaga pertuturan mereka. Bahawasanya, Zul Nordin ini tidak boleh dipercayai. Malahan, ada yang memberitahu Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch.

Sepanjang masa mendengar khabar-khabar ini saya tidak pernah mempercayainya. Saya menolak terus khabar-khabar ini dan menganggap mereka tersilap atau iri hati kepada Zul Nordin.

Namun, selepas memenangi kerusi Kulim Bandar Baru, Zul Nordin menunjukkan taring beliau yang sebenar. Segala isu “agama” yang beliau perjuangkan rupa-rupanya “front” untuk perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO.

ARWAH USTAZ FADZIL TAK PERCAYA PADA ZUL NORDIN

Kalau mengikut laporan Bakaq@Penarik Beca, Arwah Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempercayai Zul Nordin. Malahan, untuk berjumpa dengan Zul Nordin pun Ustaz Fadzil tak mau. Sehingga ke tahap, Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh.

Nampaknya, Anwar Ibrahim tidak mahu mengambil iktibar dari sahabat karib beliau itu dalam isu Zul Nordin.

ZUL NORDIN TERLIBAT DALAM KONSPIRASI MUZAKARAH/KERAJAANG PERPADUANG

Dari seorang kenalan saya yang rapat memberitahu saya Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan Kerajaan PAS-UMNO sejurus selepas PRU 2008. Beliau terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia yang melibatkan Roslan SMS, Suwardi Yaakob, Ustaz Nasa dsbnya. Beliau adalah antara perancang utama usaha membawa PAS kepada UMNO.

Dengan kata lain, sikap UMNO Zul Nordin terserlah sewaktu mula-mula lagi kita memang dan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Saya tak paksa para pembaca untuk mempercayai khabar yang saya bawa. Saya kenal teman saya ini dan keperibadian beliau. Jelas, beliau seorang yang amanah dan tidak pernah berbohong. Dan sumber ini juga terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia membincangkan strategi membawa PAS kepada UMNO sejurus selepas menangnya PR dalam PRU 2008.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA

Biarkan si Zul Nordin ini kekal hidup sendirian dan sebatang kara. Walaupun saya sendiri lebih setuju kalau KeAdilan hanya sekadar menggantung jawatan Zul Nordin dan tidak memecat beliau, namun rasanya KeAdilan terpaksa mengambil sikap dan tindakan yang tegas dalam isu ini untuk memelihara disiplin parti mereka.

Saya sendiri tidak bersetuju dan menentang keras IFC dan beberapa pendirian Sivarasa Rasiah sebelum ini. Namun, cara terbaik adalah dengan berhujjah dengan Sivarasa Rasiah. Saya sendiri pernah berhujjah dengan Sivarasa Rasiah.

Apa masaalahnya kita berlawan hujjah dgn mereka yang jahil dalam Islam? Sivarasa Rasiah adalah satu-satunya konduit pendakwah Islam kepada puak-puak liberal di Malaysia.

Saya rela berhujjah dengan geng-geng liberal seperti Sivarasah Rasiah hatta dalam sebuah majlis forum yang terbuka di mana sahaja baik dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu.

Namun, saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah. Beliau cuma bertindak atas emosi dan bukan ilmu. Ini kerana tujuan beliau bukan memperjuangkan Islam tapi membuat kacau dalam Pakatan Rakyat.

ISU KALIMAH ALLAH MENDEDAHKAN KETAATAN ZUL NORDIN YANG SEBENARNYA

Misalnya dalam isu Kalimah Allah, siapa beliau kalau dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Qardhawi? Kenapa beliau terlampau emosi sangat dalam isu yang Islam tidak mengharamkannya?

Jawapannya adalah isu Kalimah Allah ini adalah isu “klimaks” UMNO yang telah dirancang sejak sekian lama. Saya pernah mendedahkan email Mahaguru58 yang menceritakan mesyuarat beliau dengan Zahid Hamidi berkenaan dengan isu “Kalimah Allah” ini semenjak Februari 2008 lagi. Ertinya, isu ini memang sudah dirancang sejak sekian lama dan Zul Nordin adalah antara “aktor” utama isu ini.

Kita lihat waktu mula-mula isu ini meletup, dalam PAS sendiri melihatkan mereka yang terkait dengan konspirasi membawa PAS kepada UMNO yang terlampau kehadapan sangat memperjuangkkannya (kecuali Ustaz Taib Azamuddin). Sehingga Ustaz Harun Din mengeluarkan fatwa kufur kepada mereka yang mempersetujui dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Syukur PAS lebih rela mengikut Islam dari mengikut emosi beberapa NGO Melayu dan Islam yang rela melacurkan diri mereka untuk kepentingan UMNO.

Keadaan sekarang telah berubah. Rakyat Malaysia yang Krisitan lebih mempercayai PAS dari UMNO dari segai mempertahankan hak asasi mereka. Sikap PAS mengikut AL Quran menyebabkan UMNO jatuh dalam perangkap mereka sendiri.

PENUTUP

Anwar Ibrahim WAAJJJIIIIBBBBB menapis dengan lbih ketat siapa yang naik dan siapa yang turun dalam perjuangan PKR. Sebelum ini ramai yang telah memberi amaran kepada DSAI berkenaan dengan Dato Salehuddin Hashim. BEtapa beliau tidak mempunyai akhlak Islami dan kuat mengerjakan benda-benda haram. Beliau juga tidak menjaga ibadah puasa dan solat beliau dan beliau juga bukanlah seorang korporat yang baik.

Tapi, Anwar kononnya merasakan beliau mahu menjaga dan mendidik Salehuddin Hashim dan menukarkan Salehuddin menjadi lebih baik. Anwar kena belajar dari Ustaz Fadzil yang lebih bijak dalam memberi kepercayaan.

Walaupun ada orang yang Ustaz Fadzil dahulu tak menjadi, tapi rata-rata mereka2 yang diberi kepercayaan oleh ustaz Fadzil kekal dan istiqamah. Misalnya adalah Amiruddin Anak Bukit yang skrg ini menjadi Exco Kedah.

Biarkan Zul Nordin ini keseorangan. Biarkan dia kembali ke tempat asal sebenar beliau, yakni kembali ke pangkuan UMNO Bahagian Bukit Bintang bersama-sama Azalina Othman dan Syed Hamid Albar. Tapi, silap besar juga kalau dia balik ke geng asal beliau itu sebab Najib Tun Razak tak percaya pada bekas2 UMNO Bukit Bintang ni.

Tulang Besi

p/s - ikuti kesah Zul Nordin di pecat dari PAS di sini.