Sunday, January 23, 2011

Praktikal "Keadilan" Di Dalam UMNgOk: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, KEZALIMAN Diutamakan..!

Lebih dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan!

Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati yang baik dan murni.

Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, akibat perbuatan terlanjur manusia.

Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara.

Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak.

Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya.

Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan.

Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang! Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti nasib yang menimpa Mohd Azam ini?

Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang lama terpisah.

Sumber - http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html

3 comments:

  1. 1.Oii!!hangpa ingat dengan masuk umno!!boleh lakukan apa saja!!!!termasuk palsukan kelahiran!!
    2.lepasni!!pakat-pakat masuk umno!kemudian!!pakat-pakat makan RASUAH!!
    3.lepasni hangpa belala pulak khir yoyo!!
    4.kih!kih!kih!

    ReplyDelete
  2. Salam persaudaraan buat tuan....
    Monolog kisah Dr.Azam kadang-kadang turut membuat saya teraba dan mencari konklusi sebenar mengenai pemberhentian tauliah tersebut. Kadang-kadang masa dan peranan seorang juga menjadi kekaburan diatas tindakan yang telah diambil.Saya kira tentunya badan tatatertib yang perlu menjadi sumber rujukan diatas apa yang berlaku.

    Mungkinkah sudah dibawa bicara atau telah dibuat rayuan atas apa yang terjadi pada badan tatatertib?. Saya kira beliau mempunyai banyak langkah untuk menjawab persoalan ini seperti mana catatan penulis.Apa pun langkah sewajarnya adalah terpulang kepada beliau untuk majukan dan menjelaskan tindakan positif beliau biarpun sampai ke mahkamah pengadilan.

    Untuk saling menyalahkan bukanlah jalan terbaik mencari penyelesaian dan kekusutan dalam apa jua masalah....walahualam.

    ReplyDelete
  3. dalam umno mane ade hukum hakam...hahaha...undang2 ditangan pak menteri...mahkamah cume boneka je...takziah buat dr.azam...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?