Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.
Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.
Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.
Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.
Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?
Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.
Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M
Maksud tok guru yang jahiliyah itu segala yang berpegang kepada sakular yang diformatkan oleh pendidikan barat, golongan formalis barat.
ReplyDeleteArtinya DAP dan PKR juga jahiliyah kerana mereka berpegang kepada isme sosialis demokratik (isme lahir dari sakular barat) dalam pendekatan politik mereka.
Tapi mung kato mung sahabat dgn setan laknatullah. Mung ni sahabat setan kah?
ReplyDelete1.cukup!cukup lah nik aziz!!
ReplyDelete2.ariffahmi !!nik amalina!!lulus agama atau sekular!!
3.rehatlah!!rehatlah dipenghujung senja!!
mengapakah ada lagi yang menutup pintu hati mereka dengan islam?
ReplyDeleteorang islam sendiri sudah tidak yakin dengan islam sekarang.apakah sebenarnya punca semua ini?
lihatlah apabila seorang TUAN GURU bersuara ramai pula yang tiada lulusan agama bersuara,menentang dan menghina kata-katanya.
bukankah menyampaikan ilmu itu satu kewajipan?dan menuntut ilmu itu juga satu kewajipan?hanya mati yang akan mengakhiri kewajipan ini.perjuangan nabi Muhamad SAW juga terhenti selepas baginda wafat.namun perjuangan tersebut di sambung oleh para sahabat dan khalifah yang lain.tidak ada erti rehat dalam sejarah nabi Muhamad SAW dalam menyampaikan ajaran islam.ilmu agama ialah ilmu yang sangat penting bagi umat islam.mengapa mahu diakhiri ilmu tersebut?mahu ke neraka kah?
-amar makruf nahi mungkar-
Salam, di DUN Tenang undi Melayu kpd calun PAS kita Cikgu Mala kurang dari 800undi, undi Cina bagi kat dia 2000 undi....nampaknya kita dah tak laku pada org Melayu dan Tok Guru kita pun org Melayu dah tak hormat. Jadinya parti PAS kita terpaksa berkongsi rebut undi Cina dgn DAP,PKR,MCA dan Gerakan. Sementara undi Melayu dan India, UMNO sapu semua.
ReplyDeleteMASIH ADA LEMBU YANG DAH DICUCUK HIDUNG SEKULAR KOMEN DISINI!
ReplyDeleteDAH PI MAKAN RUMPUT JAUH-JAUH NANTI KENA POTONG KEPALA DIARAK PULAK OLEH SANG SONGKOK TINGGI SEKUTU APCO ZIONIS KACAU HABIS !
BUTAKAN MATA HATI & MINDA !
SYABAS TOK GURU !
1.hebat betui nik aziz ni!!puak melayu jahilliahla!puak melayu kapiaqla!tak sokong pas,tak bau syurgala!!
ReplyDelete2.last sekali!!puak melayu tak hingin pangkah pas!!
3.last sekali tinggaila puak hindu!puak cina kapiaq harbi yang pangkah pas!
4.sebab depa nak masuk syurga free kot nooo!!
jika nikajis ni rehat daripada tugasan sebagai ahli politikus dan duduk dekat sekolah pondok atau madrasah atau universiti islam antarabangsa dekat nilai tu.. ajor umat islam tentang islam cara islam yang betul seperti yang selalu dilaung2kan oleh nikajis rasenyer ramai rakyat malaysia dan umat islam seantero dunia respect.. kat yu lah nikajis ~tapi kalu yu taknak lepas title menteri besor tu lepas tu pegunakan islam untuk kepentingan politik pribadi dan puak2 you dan dtambah lagi bersahabat baik pulak dengan lim kit siang karpal sing lee kuan yu teresa kok nie ching terang2 dah kafir laknatulAllah ~umat islam akan perlekeh fatwa2 kau.. dan title ulamak you ~kecuali puak2 you yang taksub sangat dengan pas puss tu.. ~contohi lah yusof al qardhawi kat al azhar ulamak yang digeruni oleh ahli2 politik samaada ahli politik yang lurus atau yang tak lurus.. bertaubatlah wahai nikajis..
ReplyDeletemasalah dengan PAS ialah berfikir dalam konteks yang sempit. Dunia ini luas terbentang. Islam itu indah. Islam itu adalah yang hak. Malangnya penyokong dan pemimpin PAS sentiasa fikir pandangan Islam mereka saja yang betul. Sekiranya PAS berterusan begini akibatnya semakin lemah lah PAS. Realitinya ialah majoriti orang Melayu nampak PAS itu hanyalah parti politik bukannya badan dakwah yang bergerak semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
ReplyDeleteWallahu 'Alam.
ISLAM di letak dalam sekular...
ReplyDeleteapakah masih sekular....
masih berimbangan....
haram juga mengejar akhiran jika tak di imbangi dengan dunia....
berjaya DUNIA berjaya AKHIRAT...
tanya lah sama jamil khir, mashitah, firdaus...ape kefahaman yg berjaya dorang bagi pada pemimpin bukan islam dalam komponen bn...hahaha..tanggung la dosa wahai laknat2 ini...hahaha...penasihat agama islam yg jahil lagi jahiliyah...
ReplyDeleteTapi mung kato mung sahabat dgn setan laknatullah. Mung ni sahabat setan kah?
ReplyDeletemelayu x semestinya islam.
ReplyDeleteislam x semestinya melayu.
pikir2 kan lah.
ALLAHHUAKBAR.
HIDUP PAS, DAP, PKR, PAKATAN RAKYAT.
HIDUP TUAN GURU NIK AZIZ.
betul kata tgna.. setahu aku bila zaman rasullulah kata zaman jahiliyyah itu zaman suku arab sembah patung kat kaabah,
ReplyDeletekat negeri serambi mekah banyak betul patung buddha, besar besar pulak tu, kira zaman jahiliyyah kot!
patung buddha untuk pegamal ajaran buddha la bangang! yang hang tu islam nak pi sembah benda tu buat pa?? Ajaran Islam pun ada ajaq kena hormat agama lain,tak boleh suka2 musnahkan rumah ibadat agama lain. Toleransi dalam agama Islam..apa punya bangang punya komen la hang nih...hang pi tegoq PM tu suruh bini dia pakai tudung bagi elok lagi baguih...
ReplyDeletejika nikajis ni rehat daripada tugasan sebagai ahli politikus dan duduk dekat sekolah pondok atau madrasah atau universiti islam antarabangsa dekat nilai tu.. ajor umat islam tentang islam cara islam yang betul seperti yang selalu dilaung2kan oleh nikajis rasenyer ramai rakyat malaysia dan umat islam seantero dunia respect.. kat yu lah nikajis ~tapi kalu yu taknak lepas title menteri besor tu lepas tu pegunakan islam untuk kepentingan politik pribadi dan puak2 you dan dtambah lagi bersahabat baik pulak dengan lim kit siang karpal sing lee kuan yu teresa kok nie ching terang2 dah kafir laknatulAllah ~umat islam akan perlekeh fatwa2 kau.. dan title ulamak you ~kecuali puak2 you yang taksub sangat dengan pas puss tu.. ~contohi lah yusof al qardhawi kat al azhar ulamak yang digeruni oleh ahli2 politik samaada ahli politik yang lurus atau yang tak lurus.. bertaubatlah wahai nikajis..
ReplyDelete-----------------------------------
komen dr yb umno. senang jer nk kenal. bila bercakap mesti ade "i" dgn "you". ayat2 mcm ni yg org kg respek. sungguh maju yb2 tu boleh berbahasa inggeris. engkau tu yg kena ikut yusof al qardawi. jgn sama2 ikut pelakon porno kutuk islam. jgn2 ko cameraman dia kot....haa...haaa...haaa...
salam perjuangan.
ReplyDeletebenar zaman jahilliyah kembali. dan pengembalian zaman jahiliyyah ini adalah tidah bukan dtngnya dari manusia sendiri. ini adalah jahiliyyah dari hukum Allah s.w.t. kandungan Al-quran di pandang sepi.. apatah lg di laksanakan.
apakah sebelumnye muncul nabi Muhammad s.a.w belum wujudnya ISLAM? Siapakah yg memerintahkan Nabi Nuh a.s membina Bahtera? NAbi Ibrahim a.s dan nabi Ismail membina Kaabah yg menjadi arah kiblat kita?
siapakah yg menjadi pemerintah Mekah ketika kelahiran Nabi MUhammad s.a.w?
jahilliyah?????@#!*&^%$... sebelum nikajis dalam pas puss.. sebelum tertubuh, terujudnye parti pas puss.. nenek moyang dan kaum kerabat nikajis yang dah undi umno tu.. jahilliyah jugak ke???
ReplyDeleteapa ke? seluruh umat islam di m'sia yang meyokong dan mengundi umno ~dah murtad??? tak masuk syurga.. hanya yang menyokong dan mengundi pas masuk syurga
~ ade ke? keturunan nikajis terdahulu dah sah masuk neraka.. ??? sebab mase tuder lagi pas ~astagfirullah al'azim! na'uzubillah minzalik..
"PAS" >PARTI ACUAN SYAITAN<
Anom 6:48AM
ReplyDeletewadah agama ni tidak semestinya PAS, bolehjadi ikhwanul muslimin boleh jadi hizbul muslimin jgn sesatkan darah beroksigen dalam kepala anda untuk mengaburkan benda yang haq.
Anom yg tah ape-ape
Setiap manusia itu dijadikn syaitan sebagai kembar mereka yg dikenali sebagai qarin (pi internet survey le), rasulullah pun ada qarinnya tetapi telah diislamkan oleh baginda. Qarin ni akan mengoda dan cuba menyesatkan manusia, melainkan amalan dan iman akan menjinakkan mereka.. pi survey nun ..
nak bedebat kunun .. kena dengan ustaz KAFA pon tegolek dah haha .. qarin pun tak tahu kut ? hi umnongok pls la jangan malukan ulamak umno ..
ReplyDeleteada yg tak boleh membezakan antara PAS dengan islam .. seperti berbezanya umno dengan kerajaan.. ia cuma platform yg perlu didaftarkan untuk membentuk sebuah parti atau jemaah .. asasnya ialah kepercayaan dan wadah perjuangan .. harap umno berpikiran kampung totot boleh faham
ReplyDelete