Wednesday, February 23, 2011

Awas Rakyat Malaysia...!!!

Berita 1:
RON95 tidak naik masa terdekat
Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kerajaan sedang mengkaji pelbagai opsyen untuk tidak menaikkan harga petrol dalam waktu terdekat ini walaupun terdapat beberapa negara telah menaikkannya dua kali dalam tempoh tiga bulan berikutan kenaikan ketara harga minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kewangan sedang mencari opsyen lain bagi mengelakkan kenaikan itu.

Pada masa sama, beliau turut menafikan khabar angin kononnya harga petrol RON95 akan dinaikkan dalam waktu terdekat ini.

"Siapa kata harga RON95 akan naik? Itu khabar angin. Setakat ini tidak. Saya tidak mahu jadi tukang nujum pula, setakat ini kerajaan sedang melihat secara keseluruhan kerana untuk menjimatkan belanja bukan hanya dengan cara menaikkan harga minyak.

"Banyak cara dan opsyen lain boleh dilakukan supaya tidak membebankan rakyat berikutan kenaikan harga minyak dunia yang terlampau tinggi ketika ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Pelaksanaan Projek EPP3-Permodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika kerajaan menaikkan harga minyak, harga barang lain akan naik lebih tinggi dan begitu juga jika kerajaan tidak memberi subsidi untuk petrol, diesel serta empat produk makanan kawalan, harga kesemua itu akan jauh lebih tinggi dari sekarang.

Mengenai setakat mana kerajaan boleh bertahan tidak menaikkan harga petrol, beliau berkata:

"Saya tidak boleh jawab kerana semakin lama bertahan, semakin besar tanggungan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan."

Katanya, keadaan itu mungkin menyebabkan projek-projek yang sedang dijalankan tidak dapat diteruskan kerana hendak menampung subsidi.

"Kalau harga minyak terus naik seperti sekarang, tanggungan subsidi akan mencecah RM14 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kos itu akan meningkat kepada RM14 bilion.
Berita 2:
Harga petrol mungkin naik?
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.
1Malaysia nak kena kencing lepas PRK Merlimau & Kerdau..!

28 comments:

  1. Weiiiii..
    Patutpun lalam itu TV sekalang sulah kempen sana Pakistan, UK sulah kasi naik itu harga petrol. There all sulah cuba mau kasi kompare sama itu Sinagapore and Kampuchea and said itu negala pun mau kasi naik itu harga petrol and itu negala lagi tinggi harga punya.

    Haiyaaaa.....mau kasi reasons selupa saja itu tahun2 lepas. Manyak boring laaaa...

    Lu tau ka....cikalang kidai2 sulah stanby mau kasi naik harga woooo...

    Haiyaaaaa....mau mati woooo ini macam. Selupa cibai punya KERAjaan. Ini negala ala minyak...tapi..harge munyak kasi naik lagi ka? Mau untung lebih lagi ka? Mau sapu itu duit untung lagi ka? Why not KERAjaan saperate itu minyak one for sales and one for people in this country. Still the same maaaaaaa... in-terms of profit. But at the same time you can help lakyat w/o increase the prices.

    Haiyaaa...apasal manyak bolo ini KERAjaan....hali2 mau kasi lakyat susah....hali2 mau kasi lakyat nangis.

    ReplyDelete
  2. PuteraPuteriUmno said...
    Weiiiii.

    Gua apa helan,

    Gua kasik naik,olang tatak bising,

    Undi kasik BN gek..

    Lur tak suka ,lur pegi lah duduk tiam tiam kat lumah.

    Titok, kasik taik mata selepat,lagik ada baik loh!.

    Kata lah,bising lah,komen lah,cerca lah.,tulieh lah panjang panjang,Orang FELDA/Org.Melaka, tetap undi BN.,kerana BN yg.memberi mereka rezeki

    ReplyDelete
  3. Weiiii..

    Lu olang kaye mmg lu talak helan.
    Olang kaye ala selikit...olang miskin manyak....so, lu jgn sombong hahhhhh...

    Lu olang mau makan lu olang boleh cucuk itu card...tapi olang miskin apa mau cucuk. Pagi pitang mau makan pun manyak susuh. Sulah manayk kali itu minyak naik....balang2 mau bikin makan juga ada naik tarak turun2. Next itu api letrik naik...balang2 sakali lagi mau naik. Next, tolpun mau naik...sakali lagi balang mau naik.

    Kalau ini macam...wa punya anginpun memang mau naik.

    OK....wa kasi warning sama lu...!!! Lu kasi NAIK ini harga....wa and lakyat this time akan kasi TURUN sama lu pulak. Every elections you minang wa and lakyat sulah tanggung ini susah and nagis about 1700 days every days.

    YOU CAN SEE....THE TIME WILL COME !!!

    ReplyDelete
  4. PR please work out on Income Tax scheme, pasti PR akan menang besar .. golongan pertengahan suffered giler sekarang ni, I can assure almost 5M tax payers akan vote for PR, belajar tinggi2 pun sama taraf dgn mat rempit .. otak penipu BN .. duit gaji kena rompak sama itu umno ..

    ReplyDelete
  5. 1. orang bayar tol .. menteri bebas tol ..
    2. orang jem 2 jam .. menteri lintas senang lenang ..
    3. orang beratur kat hospital .. menteri di usung walaupun digigit semut biasa ..
    4. orang kerja 300 hrai setahun... menteri bersidang 30 hari setahun
    5. Orang cuti 20 hari setahun .. menteri cuti 200 hari setahun..
    6. orang ke pantai berkelah.. menteri keluar negara membeli-belah

    banyak betul duit .. boleh istihar ke ?

    ReplyDelete
  6. @PutraIJ80

    Yg bagi rezki kat lu adalh ALLAH, bkn bn beb..

    Bertaubatlah beb..

    ReplyDelete
  7. kalo pakatan dapat bela nasib peminjam ptptn..

    konfem bleh menang pru nanti

    cayalah...

    ReplyDelete
  8. Naiklah sebulan sekali pun, takpa.
    Supaya rakyat marhean terus hidup miskin dan papa kedana.
    Dengan cara itu lagi cepat, BN tumbang.
    Kalau tak PRU13, atas kebangkitan rakyat macam di Tunisia, Mesir, Bahrain, Yemen dan Libya.
    Sobri Ismail, mulai bulan ni naikkan RON95 dan RON97 tu terus RM1.00.
    Apa macam.
    Ada teloq ke?

    ReplyDelete
  9. Wahai pemimpin2 ku,
    Kenapakah jadi begini,
    Kenapakah kami di seksa begini.
    Kenapakah kami terus di azab begini.
    Tak terfikirkah kamu sekelian akan penderitaan kami,
    Yak terpandangkah kamu semua akan kesengsaraan kami ini,
    Siang-malam jiwaku menangis melihat kedua orang tuaku membanting tulang,
    Setiap hari kedua orang tuaku mengeluh dengan nasib yang mereka tanggung,
    Bebanan harian mereka makin bertambah utk mencari sesuap nasi utk kami.
    Setiap tahun perbelanjaan dapur makin meningkat...setiap kali lah aku melihat kedua orang tuaku termenung. Sedihnya aku melihat...!!!
    Kenapakah pemimpin2 ku kini begitu rakus menaikkan permata hitam di bumi sendiri.
    Tidakkah kamu sekalian sedar akan keperitan dan kesusahan kami di luar bandar ini.
    Kejam...kejam...memang kamu kejam...!!!
    Ku berjanji pada diri ku bahawa kesedihan yg ku alami ini, penderitaan yang kedua ibu-baku alami setiap hari utk menaggung kami sekeluarga ini akan ku balas di hari pilihanraya nanti. Ini lah pertama kali akan ku membuang undi dan ku berjanji akan ku tumbangkan pemimpin2 yang kejam dan zalim ini.
    Sekian dari ku dari anak desa yang seksa batinnya oleh keadaan.

    ReplyDelete
  10. APA KEPOH KEPOH...SURUHLAH AJIS AJAK ORANG RAMAI RAMAI SEMBAHYANG HAJAT MINTA TUHAN BAGI MINYAK TURUN DARI LANGIT....LEPAS TU LETAK HARGA SELITER 1 SEN.

    RAKYAT MENDERITALAH, AZABLAH, DAH BERAPA RIBU BN BUNUH RAKYAT

    ReplyDelete
  11. Weiiii Darkula,,

    Lu manyak sombong hahhh....
    Lu punya otak mmg selupa lembu..
    Lu punya tuhan Allah ala cakap selupa itu mcm ka?
    Lu mmg talak baca itu lu Koran....
    Lu mmg talak mau caya sama lu punya Nabi....
    That why lu cakap itu mcm kan.

    Lu mmg Drakula Kafir Harbi...

    ReplyDelete
  12. anon Febrruary, 23, 20117:17PM
    hahahahaha geli.. sungguh! hang nie nape hang taknak jadi menteri? tak belajor politik sekuarang-kurangnye cam nikyajis solat hajat mintak hujan pon nak diheboh2kan..

    kalu takat STPM/STAM hang aply ler jadi jururawat tak tinggi gaji di dunia dapat pahala besar di akhirat.. Allahualam

    sebab cuci punggung ramai orang termasuk pak monteri tak kira parti umno or pas dll

    yang wajib hang kena ikhlas... buar kejer! hehehehe

    ReplyDelete
  13. lu memang otak tolol .. hidup pon disara oleh pembayar cukai .. tak malu ke ? .. pencacai lubang jamban

    Kata rezeki Allah tentukan, tapi kenapa merompak hak orang lain utk kepentingan diri sendiri ?

    Anom pencacai BN ni memang jenis legasi mat rempit, tau disumbat saja, asa petroleum pun tak tahu, crude oil malaysia adalah jenis sweet crude antara yg termahal didunia, lu umno dok guna minyak tu import sulphur dari middle east ..

    ReplyDelete
  14. yep..yep.. kena sejibik .. hahaha SAPA KATA NAK NAIKKAN PETROL RON85 NI ? (sebelum pilihanraya) .. KITA TERPAKSA MENGURANGKAN SUBSIDI MINYAK RON95 .. (selepas pilihanraya) .. songkok tinggi kuat menipu .. kerja malas, asyik nak merembat aje ..

    ReplyDelete
  15. Di pagi yg mulia tadi jiwaku menjadi hiba bila melihat seorang hamba Allah (beranak 6) mengeluh dan merayu supaya dikurangkan denda kompaund polis akibat saman ekor. Hatiku bertambah sedih bila seorang kakitangan polis yb bertugas dgn sombongnya memperli hamba allah ini "kalau tak nak bayar lain kali ikut arahan jalanraya".

    Ku dapat tahu bahawa hamba allah ini terpaksa menggunakan jalanraya setiap hari utk menghantar anaknya ke sekolah menggunakan motosikal dan kesalahan yg dilakukan adalah di jalan kampong sahaja. Beliau merupakan seorang petani dan cuma menyewa sawah orang setiap tahun. Itulah pendapatannya iaitu cuma setahun 2 kali saja. Pendapatannya cuma cukup utk menyara keluarga utk tempoh itu sahaja.

    Sedih ku melihatnya....bila di beritahu bahawa duit kompound ini diperolihi dari seseorang dgn cara berhutang dan terpaksa membayarnya utk selama 4 musim padi. Sedih suaranya bila beliau terus merayu pada anggota polis berikut namum tidak dihiraukan.

    Begitulah kesengsaraan hidup rakyat akibat kerakusan pemerintah utk mengutip "HUTANG" pada rakyat.

    Ku nyatakankan pada beliau, "Pakcik...kesusahan kita kini, kesedihan kita kini, akan kita balas di masa PRU nanti. Kesombongan dan kerakusan yg dilakukan oleh mereka dgn menindas orang seperti kita ini akan kita balas....". Jawap pakcik itu "Ya...kita akan tumbangkan mereka kali ni...!!!"

    ReplyDelete
  16. Motorists will pay more for their insurance premiums from next year under the new motor framework but will reap the benefit of faster claims. Bank Negara assistant governor Abu Hassan Alshari Yahaya said Friday that after 2016, market forces would determine the premiums. The motor framework was last revised in 1978.

    Shud we applause this news ?

    ReplyDelete
  17. Kejam...Kejam....!!!
    Kompound Polis dipaksa bayar hingga ratus-ratus ringgit....barang makanan harian terus naik...

    Apa kami nak makan hehhhhh...!!!
    Macamana kami nak sara hidup hehhh...!!!

    ReplyDelete
  18. Masa terbaik untuk berubah !!!

    Umno sudah banyak berubah daripada menjaga dan melindungi rakyat kepada menindas dan merompak bahagian rakyat sendiri demi kepentingan peribadi, terutama bahagian untuk memuaskan isteri2.

    ReplyDelete
  19. 1.ish!ih!ish!awattttt minyak ron 95 tak naik lagi nii!!
    2.dah jenuh taboq fitnah!kempen pilihanraya kerdau dan merlimau dah nak mula kempen ni!!banner dan risaalah ron 95 naik harga dah belambak!tinggai naik takpai dan gantung jee!!
    3.awattt jadi lagu ni!!penaik la harga ron 95!!tunggu apa lagi!!

    ReplyDelete
  20. wa...hai!... orang2 umno apabila datang kepada kamu pas jangan ragu2jangan bimbang dan jangan takut! memeluklah kamu kepada pas tokguru pondok nikyajis akan mengampunkan dosa2 kamu ..gerenti masuk syurga punya!... hahahahahaha

    ReplyDelete
  21. kenapa kamu cakap umno tak beri imbuhan diakhirat ? .. banyak noo .. sedia atau tidak, rempuh saja halal haram itu ...

    ReplyDelete
  22. Anom 10:38 sejak bila pulak umno guna fatwa kristian ni .. atau kamu dah jadi ejen krstian sekarang ni ..?

    ReplyDelete
  23. naik ka tak naik ka ...apa peduli..ada kita susah? tadakkk...tgk pru13.nnt..do cam tu saja...

    ReplyDelete
  24. la klu nk senang skit..mintak bagi YB2 kita mati...perghh...serba serbi dapat..punya bodo

    ReplyDelete
  25. ini menteri penipu...dah menipu tahun lepas...kate barang ngan minyak x naik...tuptup naik terus...harap rakyat sekalian selain dari jangan tertipu dengan boneka umno nie...jadi rakyat dan org Islam yg cerdik...bukan bodoh cam dia nie...

    ReplyDelete
  26. muslim yg baik tak akan dipatuk dua kali dalam lubang yang sama ..

    kembalilah umno kepangkal jalan .. masih ada jalan untuk membetulkan kembali ..

    ReplyDelete
  27. apa nak buat, kalau naik rm 5 pun kita terpaksa bayar, UMNO sudah tau MELAYU MUDAH LUPA . Buat apa saja pun rakyat bising sekejap jee yalah rakyat dah dicucuk hidung ha ha ha

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?