Saturday, March 12, 2011

AMARAN...!!! 30% Rakyat Malaysia Diancam Masalah "Obesiti"..!

30% rakyat Malaysia dijangka alami obesiti tahun ini
11/03/2011 5:56pm

TUMPAT 11 Mac - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Dr. Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.

"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah.
TPU - KERAjaan telah mengenal pasti tindakan susulan yang akan diambil demi menyelamatkan sejumlah 30% rakyat Malaysia dari mengalami masalah "Obesiti". tindakan yang akan diambil ialah...

Naikkan harga Gula, Susu, Minyak masak, Gandum, Beras & lain-lain...

Alaaa... skrip lama la... dah laaamaaa daaahhh...!!!

2 comments:

  1. Mana Pak Menteri yg suggested tanam and makan ubi kayu dulu tu...he.he..he

    ReplyDelete
  2. Woiiii Zul Kulim,

    Amboiiiii...pandai nya la ni hang nak desak suruh DSAI serahkan DNA dia.
    Apa....pasai apa dulu hang tak suruh desak pendakwa serahkan bahan bukti dan kertas pertuduhan kepada pihak pembela DSAI?
    Toksah layan DSAI dengan desakan katak kurap ni. Aku pasti depa akan memanupulasikan DNA tersebut. Kalau dah dalam diri tu ada penyakit pemfitnah, dan pembohang....hampa tok sah caya la orang cam ni.

    Ewah...ewahhhhh.... sekarang dah pandai cakap pasai kuasa balasan Allah? Apa...diri hang tu tak pernah ingat ka ...tak pernah sedaq ka yang hang tu dah 'PECAH AMANAH" rakyat yang pilih hang tu? Hang buat bodo aja nohhhhhh pasai tu?

    Dasar KATAK KURAP....
    Layak di buat makanan ikan toman ja.

    Ni la ahli parlimen yang tak tau malu....tak dak maruah. Menang atas tiket pembangkang PR....melompat...mengatak... buat bising pulak. Pigi jahanan la lu Zul Kulim.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?