Monday, March 21, 2011

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed Sudah "Nyanyuk"...

Hari ini dalam Utusan Malaysia Online Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut:
RM2.4 bilion untuk Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

“Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.

“Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat,” katanya.
Sebelum saya memanggil Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai "orang tua nyanyuk", saya ingin mengingatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan 1 Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan seperti yang dilaporkan didalam Harakahdaily bertarikh 22hb. September, 2010 seperti berikut:
Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
Harakahdaily

KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya seperti lapor web gegarkelantan.net.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya.

“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang.

Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sejak mentadbir negeri itu, PAS mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh kerajaan pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan.

Manakala terbaru, Kelantan sedang berdepan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak royalti rakyat negeri itu.
Saya tidak faham apa perlunya KERAjaan Pusat membazirkan sejumlah RM2.4 billion untuk projek pembangunan di Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) padahal "hutang" pembangunan yang sedia ada masih belum terlaksana.

Saya juga ingin bertanya, hasil dari pembekuan sebanyak 118 Projek Pembangunan di Kelantan sejak 20 tahun dulu, KERAjaan Pusat sudah pasti juga masih menyimpan baki "bajet" keatas 118 Projek Pembangunan "Beku" yang nilainya sudah pasti berbillion-billion RM.

Kemana perginya "bajet beku" tersebut..? masih dibekukan, atau telah disalurkan kepada proksi-proksi KERAjaan Pusat di Kelantan..? Kalau masih di"beku"kan, sila bentangkan "Belanjawan Beku" tersebut supaya rakyat Kelantan & Malaysia tahu tiada penyelewengan berlaku selama ini.

Kalau sudah disalurkan pada "proksi-proksi" KERAjaan Pusat, juga sila bentangkan supaya rakyat Kelantan tahu "proksi-proksi" KERAjaan Pusat tidak ada yang menyeleweng wang peruntukan tersebut.

Kalau janji-janji lama masih tak dapat diselesaikan, janganlah cuba bermanis-manis mulut menjanjikan gula-gila yang baru.

JAMBANtan Manek Urai sudah jadi Gula-Gila.

RM2.4 billion itu untuk apa sebenarnya..?

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah Nyanyuk.

3 comments:

  1. ASALAM TUAN PR
    HARAP JIKA BOLEH PENERANGAN INI DI CETAK/EDAR SEMAKSIMUM MUNKIN KEPADA SEKELIAN RAKYAT KELANTAN TERUTAMA PADA NGOK-NGOK YANG MENYOKONG PARTI DAJAL SEKUTU APCO@ZIONIS ITU !
    BIAR MEREKA TAU KELENTONGAN MENTERI-MENTERI SEKUTU APCO JUGA KERAJAAN PUSAT AKAN PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN,PENYELEWENGAN-PENYELEWENGAN,SERTA PENGKHIANATAN TERHADAP UMAT MELAYU /ISLAM DI KELANTAN !
    AGAMA APAKAH MENTERI-MENTERI DIPUSAT ?

    ReplyDelete
  2. Perbualan Standard Dengan Penyokong Kerajaan

    Soalan : Bagaimana dengan pandangan kau pasal loji nuklear Muhyiddin?Kau rasa patut ke Malaysia ada loji tu?

    Jawapan : Ak eleh,kau dengar la cakap Anwar Al-Juburi.

    Soalan : Bila masa aku kata aku dengar cakap Anwar?

    Jawapan : Dah semua benda yang kau cakap asyik nak lawan Kerajaan aje.

    Soalan : Aiseh,bertanya pun salah ke?

    Jawapan : Kau budak asrama!Syukur la sket apa yang kerajaan bagi dekat kau.

    Soalan : Anwar pun student MCKK..dia pun termasuk la dalam golongan tak bersyukur?

    Jawapan : Ye la,dah tu sapa yang bawak naik dia?Tun!Lawan tauke,kena la camtu.Kau ni pun satu bangang,yang kau percaya sangat dengan kaki liwat tu apasal?

    Soalan : Dah pembangkang aje yang janji nak ubah korupsi kat Malaysia.Kalau kau baca,Kerajaan sendiri tolak full reformation dalam government.Kalau berani,laksanakan sistem dakwat masa pilihanraya.Macam mana pandangan kau pasal Rosmah dan komen dia pasal Tsunami Jepun?

    Jawapan : Hak eleh!Itu semua penjubur tu punya putar belit.Dah memang dasar kaki sontot main belakang.

    Soalan : Bukan ke benda tu keluar TV dan Rosmah punya statement memang macam tu?

    Jawapan : Pandailah kau!Tu semua pembangkang yang spin.Kau jangan la duk ikut percaya sangat cakap peliwat tu.Kau dah baca apa Nazri Aziz cakap?

    Soalan : Dah.Kau tak suka ke minyak turun harga?

    Jawapan : Mana logik!Nanti kerajaan bankrap!Kerajaan dah bagi subsidi 30 sen.Syukurlah woi!Kau jangan lah tertipu dengan parti peliwat tu!

    Soalan : Cukai kenderaan tinggi,kau setuju?

    Jawapan : Setuju lah.Kalau tak mana kerajaan nak dapat income.Meh aku nak tanya kau sket,kau pegi letak gambar anak angkat Mahathir tu apasal?Kau sure ke dia minum arak?Mana tau dia letak aje kat situ member dia yang minum?Bukan ke tindakan kau tu mengaibkan Tun dan keluarga dia?

    Soalan : Memang.Aku tau benda tu mengaibkan dia.Aku setuju.

    Jawapan : Habis tu apsal kau letak?Kau tak nampak ke jasa dia membangunkan negara kita ni?

    Soalan : Iye.Aku nampak.

    Jawapan : Kalau kau compare Tun Mahathir dengan Anwar al-Juburi,kau tengok siapa yang banyak sumbangkan jasa dekat Malaysia.

    Soalan : Mahathir la.Sebab dia bekas PM.Jasa memang la jasa.Tapi cuba kau kira balik negatif dia sebenarnya lagi banyak dari positifnya jasa Mahathir.Tapi aku nak tanya kau balik la satu soalan.

    Jawapan : Apa dia?

    Soalan : Kalau kau kata gambar anak Mahathir tu tak pasti,apsal kau sure benar Anwar meliwat?Kau nampak ke zakar dia masuk lubang bontot Saiful?

    Jawapan : Tak.Tapi dah mamat tu sumpah dengan nama Tuhan kita,kau nak bukti macam mana lagi?Anwar ada berani bersumpah dengan nama Allah?Takde!Tak berani!

    Soalan : Kiranya,kalau dia bersumpah,kau yakin la dia tak meliwat?

    Jawapan : ARGH!FUCK OFF AL JUBURI DENGAN KAU-KAU SEKALI PELIWAT!PEROSAK BANGSA!TAK SAYANG MELAYU!RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!

    Soalan : Eh,lek aa.Jangan la emo...

    Jawapan : KAU DENGAN ANWAR PELIWAT!AL JUBURI!KAKI MAIN BELAKANG!

    Soalan : Takut benar kau dengan Anwar.Pasal minyak naik harga pun kau kaunter dengan liwat.

    Jawapan : AL JUBURI!PARTI KEADILAN RAKYAT PAKAI LOGO FREEMASON!AGEN YAHUDI!ALLAH HUAKBAR!HIDUP UMNO!HIDUP UMNO

    ReplyDelete
  3. Ni pulak sembang2 kat kedai kopi yg aku dengaq.

    Pak Dolah: Mat, apa cerita kes Altantuya tu.
    Mat: Alaaaa...biasa la...bikin wayang ja.
    Pak Dollah: Mamat yang kena tuduh dua ekor tu apa dah jadi?
    Mat: Tak tau...tak dengaq cerita pun....ada org kata depa dua ekok tu dah tukaq nama dan hidup mewah sekarang ni kat tempat negeri orang.
    Pak Dollah: Aku hairan la Mat, Pasai apa si Najib tu takut sangat kalau orang sebut pasai Altantuya tu. Dulu sampai orang nak bawa posterpun pihak polis boleh rampas gambaq tu. Hang tau pasai apa?
    Mat: Biasa la Pak Dolah woiii...!! Orang bersalah memang selalunya takut...kalau sampai poster Altantuyapun takut tu melambangkan org tu salah.
    Pak Dollah: Tapi aku tengok si Najib tu steady ja muka dia?
    Mat: Biasa la....dgn puak2 Umno ni, depan rakyat buak muka toya ja...tapi di belakang ketaq lutut...sebab takut kesyaitanan depa tu terbongkaq
    Pak Dollah: Kan si Najib tu pernah bersumpah?
    Mat: kah..kah..kah.. itu bukan bersumpah...itu sampah. Bersumpah bukan macam tu la. Lagi pun org yang suka bersumpah ni adlah ciri2 orang munafik.
    Pak Dollah: Jadi...memang betoi la Najib tu bersubahan membunuh Altantuya?
    Mat: Ala Pak Dollah....itupun tak faham2. Jalan cerita kes ni dah tunjukkan dan dedahkan siapa si Najib tu. Orang kat Malaysia ni bukan bodoh2 macam lembu2 UMno tu. Tau nak membuncitkan perut ja.
    Pak Dollah: Pak Dolahpun rasa macam tu jugak. Heeeeee....tak sangka noh....Najib tu terlibat sama kes ni. Ye le...lepas bunuh...diletupkan pulak mayatnya utk dihapuskan bukti. Kemudian berpakat dengan imigresyen padamkan kemasukkan Altantuya ni ke Malaysia supaya orang tak terfikir dia dah masuk Malaysia. Pak Dollahpun hairan jugak kenapa hanya 2 orang ja yang didakwa sedangkan mereka hanya menerima arahan. Kenapa tak di tahan pegawai yang memberi arahan tu. Mungkin takut terbongkar cerita kot ada orang yang terlibat. Memang 2 ekok polis tu jadi keldai la nampaknya.
    Pak Dollah: Apa cerita si Razak Baginda tu Mat?
    Mat: Tu saya heiran tu. Dalam paper, dalam tv kata nak lanjutkan pelajaran, tapi yang aku dengaq dari kekawan kat UK, kata dia bukan sambung pelajaran, tapi, hidp mewah kat sana tu. Tak heiran ka Pak Dollah, duit dah banyak berjuta2 , kemudian jadi CEO syarikat terkenal, tiba2 boleh kata nak lanjutkan pelajaran?
    Pak Dolah: Ye le...memang penipu puak2 UMno ni.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?