KENYATAAN AKHBAR YB DATO HJ ANUAR TAN BIN ABDULLAH SEBAGAI JAWAPAN TERHADAP AKHBAR SINAR HARIAN 17 /3/2011 ‘JUDI JEJAS UNDI’
Sebagai pimpinan dalam PAS yang berjuang berteraskan Islam, kita tidak mengambil kira soal undi sebagai pertimbangan dalam hal perjudian, sebaliknya ketakwaan kepada Allah SWT wajib diutamakan. Menang kalah dalam satu pertandingan hanya merupakan perkara duniawi tapi ketakwaan akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Encik Hu Phang Chaw adalah pandangan yang memberi gambaran kepada masyarakat lain bahawa masyarakat Cina hanya akan memberi undi kepada PAS sekiranya mereka diberi peluang atau hak untuk berjudi adalah amat mengelirukan.
Kenyataan ini jelas akan memalukan masyarakat Cina seolah-olah orang Cina terlibat dengan aktiviti perjudian. Ini tidak benar, hanya sebahagian kecil orang Cina dan bangsa-bangsa lain di dunia ini terlibat dengan aktiviti perjudian.
Dalam konteks masyarakat Cina Kelantan, saya berani katakan bahawa majoriti orang Cina tidak berjudi kerana dasar kerajaan PAS untuk mengharamkan dan tidak mengeluarkan lesen premis untuk berjudi telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lepas kerana masyarakat Cina di Kelantan mempunyai moral dan pendidikan yang tinggi.
Saya sendiri dan sebahagian besar masyarakat Cina mendapat pendidikan di sekolah Cina, dididik oleh guru-guru orang Cina supaya jangan terlibat dengan gejala judi. Dan saya yakin tiada satu guru di dunia ini yang mengajar murid mereka berjudi. Sudah menjadi amalan dan budaya institusi keluarga orang Cina terutama ibubapa mereka daripada awal lagi mendidik anak mereka untuk menjauhi daripada judi.
Yang terpenting, semua agama termasuk agama dan kepercayaan yang dianuti oleh orang Cina semuanya mengharamkan judi kerana judi satu masalah sosial, satu fenomena tanpa mengira agama, kebudayaan, adab resam, falsafah, bangsa dan negara yang perlu dibenteras oleh umat manusia.
Sebagai kerajaan negeri, tanggungjawab kita bukan hanya untuk mentadbir negeri, berkhidmat kepada rakyat dan ianya juga merupakan tanggungjawab kita seboleh mungkin untuk mendidik masyarakat dengan unsur-unsur dan amalan yang murni dan luhur.
Penyokong-penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang bersama dengan perjuangan PAS sepatutnya memahami PAS merupakan satu gerakan untuk menyebarkan syariat Islam untuk membina satu masyarakat yang adil, saksama kepada umat dan bukan hanya untuk meraih undi tanpa mengambil kira hukum halal dan haram.
Isu tiket loteri ini perlu difahami dengan lebih teliti. Tiket loteri yang diperkenalkan dalam tahun 50-an sudah diswastakan dan hari ini namanya adalah ‘ Big Sweep’ seperti TOTO, Magnum 4 Digit dan sebagainya merupakan judi yang membayar cukai dan lesen kepada Kerajaan Persekutuan seperti jenis perjudian yang lain.
Apa yang masyarakat Cina nilaikan terhadap kerajaan negeri, yang penting adalah ‘good governence’ iaitu kerajaan yang adil dalam semua aspek kepada masyarakat berbilang kaum.
DHPP perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan melalui kerajaan tempatan supaya tidak meluluskan lesen premis perjudian. Inilah perbezaan di antara kerajaan PAS dan Barisan Nasional (BN) yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat untuk menjadi pilihan mereka.
Sekiranya dasar kerajaan negeri dikatakan bercanggah dengan dasar perjudian Kerajaan Persekutuan yang membenarkan perjudian dan dasar kerajaan Persekutuan boleh memaksa kerajaan negeri untuk membuka ‘flood gate’ dan membenarkan pelbagai aktiviti perjudian di Kelantan, maka serahlah kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan untuk menjawab di akhirat kelak kerana pimpinan kerajaan negeri telah melakukan segala yang boleh dan termampu dalam hal perjudian ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Hj Anuar Tan bin Abdullah
Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan & Perpaduan Masyarakat
merangkap ADUN Kota Lama
Pejabat MMK
Kota Darulnaim, Kota Bharu
12 Rabiulakhir 1432H
17 Mac 2011
1.oittt!!dahlah hangpa dicucuk idung oleh puak kapiaq dap!puak kristian pakiam!!puak mualaf cina pun dok bohong hangpa jee!!akai puak hangpa dimana oii!!dikepala lututkot!!
ReplyDelete2.itu mualaf kata!!puak cina kelantan tak main judi!!kalau depa tak main judi!!pasaiapa kes judi ni digunakan sebagai ugutan pada pas!!akai ada ka!!
3.dah sahlah!!puak hangpa ni dok guna islam jee!!apatah lagi nak tegakkan hukum hudud!!undang-undang islam!!
4.patutpun puak-puak pas ni tak boleh diharap dalam semua segi!harap cakap je pandai!!buat habih ayaq leoq jee!!
la nie syok la hang nak kata apapun. kalu bjenis x belajar agama ini jdnya. aku tak mau kata esok kat akhirat tmp org mcm hang nie dok kat mn. kalu nak tau buka al-quran(terjemahan) dan cari buku/kitab agama/hadis. cari jgn tak cari. la nie Allah tak tunjuk lg. mula-mula kat kubur, pastu.. ah.... carilah sndr....
ReplyDelete1.oittt!mamat diatas!!sebab semua dah faham agamalah!!puak pas macam hangpa payah dok mohong lagi!!apatah lagi bab yang berkaitan agama!!rasanya puak pas ni kena buka balik kitab agama!belajaq balikla oii!lani zaman pakat-pakat bukan saja pas bidang sains dan teknologi!!tapi juga telah mendalami bab-bab agama noo!!
ReplyDelete2.puak-puak pas ni rasanya kena kikih balik lidah!!dok bohong umat islam dinegara ni!!
3.tak payahla ugut orang dengan bab -bab agama!neraka atau syurga!!sebab puak hangpa pun tak taulagi dok dimana nanti!!takut-takut tak terjawab kat sana noo!!
4.zaman puak pas rasa depa saja yang alim dalam bidang agama dah berlalu!!puak-puak doktor!jurutera dan puak-puak akademik!!ramai yang lebih alim dari puak pas yang dok cari makan dan juai agama ni!!
5.tobatla oiii!!jangan dok jadi barua puak kapiaq lagi noo!!lani pun puak hangpa dok bau hamih puak kapiaq jee!!
Semoga Allah memberi rahmat pada kerajaan PAS di Kelantan kerana mengharamkan judi di negeri tersebut.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi petunjuk pada puak2 munafik dalam Umno yg cuba mengeliru, membohongi dan memperbodohkan rakyat di negara ini.
UMNO tidak pandai bercakap hal agama kerana mereka tidak belajar dan tidak terpilih untuk belajar
ReplyDeletemasih ramai dalam umno yang faham agama, tapi tak lah sampai mendabik dada akulah yang paling mulia yang paling hebat
ReplyDeletekenapa Allah tak memberi kemenangan kepada PAS untuk mentadbir negara
kenapa Allah tidak memberi bantuan kepada PKR pada 16 september
Tak payah agah laa
KB boy
Rasulullah menghadapi banyak dugaan dan cabaran yang amat perit dalam menegakkan agama Allah...
ReplyDeleteD akhir zaman ini, lagilah...amatlah kuat dugaanya utk menegakkan syiar Islam...
Apapun, sesungguhnya kami sentiasa bersamamu PAS...teruskan perjuangan...