Tuesday, March 08, 2011

Ulang Tahun Ke-3 Tsunami Politik Malaysia

Hari ni genal 3 tahun Tsunami Politik Malaysia... 3 Tahun dulu pada hari ini, Barisan Nasional kehilangan 4 Negeri yang sebelumnya berada dibawah naungannnya. Pulau Pinang, Kedah, Perak & Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat manakala Kelantan kekal ditangan Pakatan Rakyat dengan penambahan kerusi DUN.

Selepas 3 tahun Tsunami Politik di Malaysia berlaku, Pakatan Rakyat nampaknya semakin jauh dari Putrajaya.

Jauh bukan sebab kegagalan dalam pentadbirannya di Negeri-Negeri bawah Pakatan Rakyat, tetapi makin jauh kerana Pakatan Rakyat yang ada hari ini tidak lagi efektif & punya "tarikan" seperti 3 tahun dulu.

Perjuangan masih kekal, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi punya daya tarikan. apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat..?

3 comments:

  1. Tsunami politik mesti berlaku dalam Pakatan Rakyat untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan menentang segalanya yang kita benci pada BN.

    Rakyat mengundi PR sebab membencikan BN dan UMNO. Jika Pakatan Rakyat ternyata serupa dengan BN dan UMNO maka ianya sudah menjadi tidak relevan.

    ReplyDelete
  2. Pakatan rakyat dilihat amat lemah dikedah.Exco pelaburan sudah semakin tersasar jauh,kroni2nya bermaharaja lela.BDB dikuasai oleh penyeleweng.Kedah Sato(anak bdb)sumber pembiaya Exco pelaburan.Semuanya diperolehi secara haram sebiji sama spt Umno buat dulu.Ustaz pula belum jumpa hadis untuk memecat depa.Last sekali dengar ada Exco yg kahwin dua kali ini dgn adik angkat. Malang sungguh isteri yg setia masa dia x ada kerja dulu.

    ReplyDelete
  3. Perancangan dan implementasi adalah dua benda yang berbeza, diharap gagasan pakatan rakyat akan dapat membetulkan apa yang perlu sebelum menerajui kerajaan malaysia selepas pru13 nanti.

    Bersama PR menerajui keadilan untuk semua

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?