Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak: Aram Meh Kitai Berubah..! (1)

Sebelum korang layan video dekat bawah ni, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


7 comments:

  1. 1.oitttt!!berapa kali nak kena habaq!!jangan tayang!!jagan cerita bab balak!!nanti kena batang hidung sendiri!!macam ludah keatas!!last sekali jatuh pada muka sendiri!!
    2.tambahan pulak puak kelantan yang bawa cerita!!pakat-pakat gelak jee!!tak pernah pi lojing kelantan ke oii!!

    ReplyDelete
  2. "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

    ReplyDelete
  3. Pilihanraya negeri Sarawak menyaksikan DAP begitu bersungguh sungguh berbohong kepada rakyat. Pisau melihat ini adalah situasi yang sama semasa PRU12 di tanah semenanjung. Bulan dan bintang bagaikan boleh jatuh ke riba dengan janji janji mereka.

    Namun apa yang pengundi dapat?Di Pulau Pinang,kerajaan negeri yang diperintah oleh kerajaan sosialis DAP bukan saja tidak menunaikan janji.Kerajaan DAP yang dikatakan "berkebajikan" ini lebih banyak menindas,zalim dan kejam.

    Kelmarin sekumpulan penternak burut walit dari negeri Pulau Pinang telah mengadakan bantahan di Komtar Walk.Hampir 200 orang berkumpul sambil memegang 20 banner

    1) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MERAMPAS REZEKI KAMI!!! KERAJAAN PUSAT ANGGAP PERINDUSTRIAN BURUNG WALET SEBAGAI STRATEGIC AREA, TETAPI CM LIM GUAN ENG MAHU MATIKAN SECTOR TERNAK BURUNG WALET INI !!!

    2) KERAJAAN PULAU PINANG MERAMPAS REZEKI KAMI!!! PENGUSAHA BURUNG WALET MEMBAWA MASUK PENDAPATAN DARI NEGARA ASING, TETAPI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG CUBA MEMUSNAHKANNYA!!! CM LIM GUAN ENG ZALIM TERHADAP PENGUSAHA BURUNG WALET!!!

    Ke semua yang terlibat adalah kaum Cina. Semasa bantahan berlangsung mereka melaungkan perkataan di dalam bahasa Cina membantah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka.

    DAP berkempen dihadapan kaum tionghua dengan pelbagai cerita cerita bombastik,tetapi realitinya mereka hanya banyak bercakap bohong daripada yang benar dan berfakta.

    Semua orang sedia maklum Lim Guan Eng cukup terkenal dengan taichi dan putar belitnya.Pembohongan beliau di Sarawak cukup memualkan. Apa yang dijanjikan oleh DAP sebenarnya lebih kepada mahu meraih undi semata mata.

    Guan Eng sibuk berkempen di Sarawak dengan pelbagai janji kononnya mahukan perubahan,perubahan yang bagaimana? dari baik kepada yang buruk seperti di Pulau Pinang?Rakyat Sarawak harus berhati hati dengan politik gampangan DAP.Mereka berkempen lembut gigi dari lidah.


    DAP sebuah parti yang penuh dengan sentimen kejahatan,hasutan dan kebencian.Mereka tidak tahu berpolitik secara baik.Hanya kebencian saja yang menjadi resepi meraih undi.


    Selamatkan Sarawak dari kejahatan DAP.!

    ReplyDelete
  4. KOTA BHARU: Lebih 300 peniaga Arked Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dekat sini pulang kecewa, apabila Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang diharap mampu menyelesaikan kemelut berkaitan Bazar Tok Guru, tidak hadir pada sesi pertemuan antara peniaga dan pemimpin negeri, semalam.

    Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB, Ab Salim Ahmad, berkata tindakan kerajaan negeri itu membuktikan mereka terutama Nik Aziz sudah menutup pintu perbincangan bagi menyelesaikan masalah peniaga terbabit. Katanya, peniaga menagih janji dibuat Nik Aziz sebelum pilihan raya umum lalu, yang menjanjikan tempat berniaga selesa dan minta ia ditunaikan kerana janji itu keluar dari mulut seorang yang dianggap sebagai alim ulama serta dihormati masyarakat. “Persatuan sudah menghantar surat kepada Nik Aziz serta Exco kanannya supaya hadir ke Bazar Tok Guru hari ini bagi mengadakan pertemuan selain melihat sendiri keadaan ruang niaga di bazar berkenaan.

    “Namun kami terasa amat kecewa, apabila Nik Aziz serta wakil kerajaan negeri tidak hadir, sekali gus membuktikan mereka sudah menutup pintu perbincangan bagi menyelesaikan kemelut bazar ini. Hanya Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang hadir.

    “Keadaan ini membuktikan kerajaan negeri sudah menganaktirikan kami selain membuka sikap sebenar mereka iaitu susah untuk mengadakan perbincangan," katanya di sini, semalam.

    Kemelut peniaga ini bermula apabila Bazar Tok Guru yang akan menempatkan mereka berniaga, tidak memenuhi spesifikasi sebagaimana yang dijanjikan, dengan ruang niaga yang sempit serta dijual pada harga tinggi.
    Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Othman, berkata hasil siasatan didapati Bazar Tok Guru selamat untuk diduduki mengikut spesifikasi keselamatan kebakaran.

    Katanya, laluan yang disediakan bagi membolehkan tugasan menyelamat sekiranya berlaku kebakaran serta kemudahan alat memadam kebakaran memenuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

    ReplyDelete
  5. Isu Kristian dedah kebimbangan BN di Sarawak
    Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan Barisan Nasional menghormati hak Kristian, kempen yang dijalankan melibatkan orang Islam di Sarawak menunjukkan BN bimbang dengan peningkatan pengaruh kumpulan itu.

    Kempen oleh blog-blog dan juga yang secara tidak terbuka oleh BN mendedahkan isu Kristian dijadikan alasan untuk menolak Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP dan PKR di Sarawak.

    Tokoh PKR, Baru Bian yang menjadi konsensus untuk menjawat jawatan ketua menteri sekiranya PR menang dalam pilihan raya kali ini menambahkan lagi kebimbangan terhadap penghakisan pengaruh Melayu dan Islam dan peningkatan pengaruh Kristian dan bukan Melayu.

    Status agama peguam itu menjadi sasaran dalam kempen BN untuk menolak PR dalam pilihan raya negeri kali ini, yang menyaksikan saingan paling sengit dalam sejarah.

    Pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa pilihan raya ini sengit dan tempoh kehadiran dua pemimpin tertinggi pemerintah itu dalam kempen Sarawak menggambarkan kebimbangan BN terhadap saingan sengit kali ini.

    Kelangsungan penguasaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan partinya didakwa sesetengah pihak boleh memelihara Sarawak daripada dikuasai pengaruh Kristian.

    Kempen pilihan raya di Sarawak kali ini menyaksikan isu Kristian menjadi isu paling panas, yang dijangka boleh mempengaruhi pengundi Kristian secara blok.

    Kempen menjatuhkan pemerintah Sarawak dijalankan dengan agresif kali ini dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk dari luar negara.

    Tekanan terhadap Taib yang sangat kuat telah mendorong BN mengambil kira dengan serius peralihan kuasa di negeri itu.


    SIASAHDAILY

    ReplyDelete
  6. KOTA BHARU 11 April - Bekalan air Kelantan yang sering menimbulkan rungutan dalam kalangan rakyat mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) apabila beberapa peserta membangkitkan isu itu dalam Dialog Suhakam Bersama Rakyat di sini, hari ini.
    Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam ketika menjawab soalan peserta berkata, kemudahan asas termasuk bekalan air adalah tanggungjawab kerajaan dan pihaknya akan melanjutkan masalah itut untuk dibincangkan.
    Sebelum itu, seorang peserta mendakwa, dia bertindak memotong bekalan air ke rumahnya kerana setelah empat tahun membayar bil, tetapi tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya.
    "Saya kecewa kerana bekalan air sejak dahulu lagi bermasalah sehinggalah empat tahun lepas saya kembali semula ke negeri ini, masalah yang sama masih berulang.
    "Saya malu apabila mendapati rakyat di negeri lain telah lama menikmati bekalan air secukupnya, tetapi saya hanya membayar bil air bertahun-tahun, tetapi air tidak naik ke atas rumah dua tingkat yang saya sewa," katanya.

    ReplyDelete
  7. Di Selangor tak yah bayar bil air. Sampai sekarang bil kosong. Di Pulau Penang tu burung walit buat bising; nak penempatan untuk ternak burung walit.. Ngok

    Di Kelantan apa isu balak, mu yang sedut balak sampai kering kontang..

    ISu kristian sepatutnya tak de isu. DI Kelantan tu patung Budha besar dan Kuil Budha besar tak de masaalah.. Apa isu kristian ni...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?