Tengah tahun ni umur gua 37 tahun. masa umur gua nak masuk 2 tahun, gigi susu gua tumbuh dan sempat berbakti kepada gua lebih kurang 6 tahun. masuk umur 7 tahun gigi susu gua tercabur 1 persatu kemudian tumbuh gigi kekal macam yang ada dalam mulut gua sekarang.
Antaranya ialah gigi geraham gua yang umurnya seingat gua hampir 30 tahun. selama tu jugak gigi geraham gua berbakti kepada gua menghancurkan makanan yang bakal masuk dalam perut gua untuk gua teruskan hidup gua sampai hari ni.
Malangnya selepas berkhidmat kepada gua selama hampir 30 tahun, gigi geraham ni dah mula nak makan tuan. gigi geraham gua yang tumbuh agak menyenget ala-ala BN dah mula menyucuk gigi geraham 1 lagi yang berada didepannya dan mengakibatkan gigi geraham yang berada didepannya berlubang dan mendatangkan kesakitan kepada gua lebih dari seminggu.
Petang semalam gua berkunjung kesebuah klinik gigi di Bandar Kuching dan Doktor menasihatkan kepada gua supaya gigi geraham bongsu yang bermasalah dan telah mencederakan gigi geraham gua didepannya dicabut bersama gigi yang tercedera. hanya itu sahaja jalan penyelesaiannya kata Doktor tersebut.
Walaupun gua rasa agak terkilan, tapi demi memastikan kesihatan gua terjamin (dah lebih seminggu gua tak dapat makan macam biasa) sebab tak cukup makan, gua terpaksa jugak korbankan 2 batang gigi geraham gua.
Jadi pagi ni lebih kurang jam 10, gua sekali lagi berkunjung ke Klinik terbabit untuk operasi cabut gigi geraham gua. masa yang diambil oleh Doktor tu tak lama, dalam setengah jam sahaja untuk 1 pembedahan kecil.
Lebih kurang 2 jam lepas pembedahan kecil tersebut, gua dah boleh makan macam biasa. rasa sakit yang gua tanggung hampir 2 minggu hilang begitu sahaja. gua rasa agak berbaloi mengorbankan 2 batang gigi geraham yang mendatangkan mudharat pada gua dan pada gua, membuang 2 batang gigi yang telah sekian lama berkhidmat pada gua hari ini adalah 1 keputusan yang baik untuk gua demi masa depan gua memandangkan ianya telah memudaratkan kehidupan gua akhir-akhir ini.
Kisah gigi geraham gua tadi adalah kisah benar dan sengaja gua paparkan untuk perkongsian bersama sebab gua rasa kisah benar ini ada kena mengena dengan pemerintahan Taib Mahmud dan BN Sarawak yang kebetulan usianya sama dan kisahnya juga lebih kurang sama dengan gigi geraham gua walaupun tak 110% sama.
Lepas hampir 30 tahun memegang kemudi pemerintahan Negeri Sarawak, Taib Mahmud dalam posisinya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah mula menonjolkan kemudharatannya. banyak perkara-perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh Taib Mahmud mula merosakkan BN dan BN mula menjadi perosak utama dalam Negeri Sarawak.
Macam gigi geraham gua tadi, gua rasa dah sampai masanya untuk Taib Mahmud dan BN diterajang keluar dari mentadbir Negeri Sarawak kerana lebih banyak kemudharatan di bawa oleh ke 2-2 nama tersebut kepada rakyat Negeri Sarawak.
Posisi Taib Mahmud bagi gua tak ubah macam gigi geraham bongsu gua, hidupnya 110% bergantung kepada zat makanan yang ada dalam makanan yang gua makan dan dengan zat makanan itu gigi geraham gua membina kekuatannya sendiri tetapi bukan untuk kebaikan, sebaliknya untuk merosakkan gigi yang lain.
Akibatnya gua tak dapat makan, zat makin berkurangan dan badan gua tak dapat berfungsi dengan baik.
Taib Mahmud pula menggunakan seluruh kekayaan Negeri Sarawak untuk membina kekuatan politiknya di Sarawak dan dalam masa yang sama Taib Mahmud melemahkan Negeri Sarawak. Sarawak semakin kebelakang dari segi pembangunan. sebuah Negeri yang kaya seperti Sarawak tidak sepatutnya berada dalam keadaan lemah dari sudut ekonomi.
Kekayaan Negeri Sarawak tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk memajukan Negeri Sarawak kerana berlaku kerosakan didalam kedudukan utama Negeri Sarawak iaitu parti yang sekian lama mentadbir Negeri Sarawak.
Rakyat Sarawak perlu membuat keputusan tepat menolak pemerintahan yang sudah rosak ini demi masa depan Negeri Sarawak dan seluruh rakyat Negeri Sarawak.
Jangan biarkan Negeri Sarawak ditadbir oleh sebuah parti yang membawa lebih banyak mudharat kepada Negeri Sarawak. sebuah Negeri yang kaya jika hasil buminya diurus dengan baik akan memberi banyak faedah kepada rakyat Negeri tersebut. apa yang dinikmati oleh rakyat Sarawak sekarang tidak berbaloi dengan apa yang ada dibumi Sarawak.
Rakyat Sarawak berhak mendapat lebih dari apa yang mereka dapati sekarang. bukan bersusah payah membanting tulang 4 kerat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi meneruskan kekayaan pihak yang sudah sedia kaya raya.
Hasil bumi Sarawak bukan hak milik penguasa sebaliknya ia adalah hak milik SEMUA RAKYAT SARAWAK dan WAJIB DINIKMATI OLEH SEMUA RAKYAT SARAWAK. pertahankan hak anda sebaiknya. jangan biarkan perompak-perompak kolar putih merampas hak anda sepertimana yang mereka buat sekarang.
Ayuh Sarawak, Ubah Sekarang..!
secara peribadi,gua minat baca artikel blog lu bro,tahniah poji sbb selalu keluarkan artikel yg bernas dan dgn fakta x la mcm zul kulim 110 % tu.... apapun aku yakin PR akn bjaya minimun kurangkan 2/3 majoriti BN.teruskn perjuangan yg tiada henti bro...
ReplyDeletePAS JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN UMAT ISLAM SARAWAK
ReplyDeleteTAKZIAH PAS...PERJUANGAN PAS MENJAYAKAN PERANCANCANGAN YAHUDI!
UMAT ISLAM SARAWAK WASPADALAH
TERHADAP MUSANG BERBULU AYAM!
DR UMMAH
DEK KERANA KERAKUSAN BERPOLITIK
ReplyDeletePUAK2 PAS SANGGUP BERPAKAT MENJATUHKAN KEPIMPINAN ISLAM DI SARAWAK
UMAT ISLAM SARAWAK HENDAKLAH BERHATI2
MEMBUAT PILIHAN,
TERUS TERAANG MASA DEPAN UMAT SARAWAK DIJAMIN OLEH PR
LEBIH2 LAGI KALAU NON MUSLIM YG JADI CM
SO, PILIHAN DITANGAN ANDA...
PILIHLAH YG MANA KURANG MENDATANGKAN MUDHARAT KEPADA UMAT ISLAM SARAWAK
JGN TERMAKAN JANJI2 PALSU PR TENTANG
ReplyDeleteMASLAH TANAH DI SARAWAK!
HAKIKATNYA MASLAH DI NEGERI YG DIPERINTAH PAKATAN PUN MASIH BERTERUSAN.....
RAKYAT SARAWAK JGN TERMAKAN GULA2 PR
KALAU PR PERINTAH SARAWAK SEKALIPUN MASALAH TANAH TIDAK AKAN SETEL
MEREKA PUN TIDAK ADA JAMINAN NAK SELESAIKAN MASALAH TANAH SECARA TOTAL...IA HANYALAH GIMIK POLITIK PILIHAN RAYA...OLEH KERANA MEREKA KETANDUSAN ISU...CUMA BERGANTUNG DGN FITNAH DAN TANAH!
TALIAN HAYAT MEREKA:FITNAH DAN TANAH.....!!!!
TOK NIKAH KAHWIN
Antara mudarat sekarang dgn yg akan dtg lebih baik cuba yg akan dtg sebab belum tentu mudaratnya. Konon sokong taib= sokong Islam, tanya kat dia kau Islam jenis apa? penipu, rasuah, songlap tanah rakyat, syirik dgn bomoh dan macam2 lagi.
ReplyDeleteIslam tak pernah ajar melakukan kerja2 haram spt yg dilakukan oleh taib. Haram hukumnya menyokong org yg zalim. Beritahu kat taib jgn jadi kafir dlm Islam.
BN dah cemas dgn gelombang rakyat,Berubah saja kata PAS pengkhianat.Dalam BN lagi ramai bukan Islam yg khianati Islam, Ada BN kisah. Takdaaaaaaaa.Kes DUN Tenang, selamba saja Soi Lek memmandai-mandai
ReplyDeleteberjabat salam tak salah.Org UMNO angguk saja krn nak menang.jadi BN Sarawak usah mendabik dada kata Islam akan hilang ...Taib tu pengamal Islam yg tulen ke..tengok latar belakangnya..kalau tak ada bomoh tak sah hidup.. perasuah ada
musang bulu ayam bole tahan lagi..kalo musang x da bulu...tu la UMNO.
ReplyDeleteDia nanti balun sampai bulu dia pun lekang habis...
TALIAN HAYAT UMNO : PUNGGUNG & POEN...!!!
DULU...PUNGGUNG AZIZAN.
ReplyDeleteKINI...PUNGGUNG SAYFOOL.
DAN SELAMANYA...POEN AMOI.
DALAM KEPALA OTAK MENTERI UMNO..DULU, KINI DAN SELAMANYA..PUNGGUNG & POEN..UNTUK KEKAL BERKUASA. HARTA YG ADA DIDALAM MALAYSIA, SECARA RAKUS DIBAHAGI SESAMA PENYAMUN MENTERI. UNTUK MELINDUNGI MEREKA DIKERAHKAN SEMUA ANJING2 KURAP(barua @ pencacai UMNO) UNTUK MEMPERTAHANKAN BANGSA MELAYU...
TALIAN HAYAT UMNO LA..BERGANTUNG KAT PUNGGUNG TEMPAT SAYFOOL BERAK..N POEN TEMPAT AMOI LEPAS BENDA BUSOOK. TINGGAL YG BETOI2 BANGANG, BUTA PERUT, SAJA YG AKAN SOKONG UMNO NI..