Tengok foto bertajuk "Habis Madu, Sepah Dibuang" dulu...
"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.
Itu luahan hati Mohamad Said bekas aktivis UMNO Pendang, bercakap mewakili beberapa rakannya yang dianiayai parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Melayu itu.
Kisahnya bermula lebih 30 tahun lalu, apabila lima aktivis UMNO yang diketuai oleh Allahyarham Safirol Hashim meminjamkan wang mereka sebanyak RM16 ribu kepada UMNO Bahagian Pendang bagi tujuan pembinaan pejabat UMNO bahagian.
Haji Safirol, Yahya Abu, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Bakar Ahmad melalui syarikat mereka bersama Kilang Kayu Sawa telah membuat pinjaman bank sebanyak RM16 ribu. Wang itulah yang digunakan untuk pembinaan pejabat UMNO.
Haji Safirol sempat membayar RM16 ribu semasa hayatnya, walaupun ketika itu faedah bank telah meningkat sehingga RM61 ribu. Isu yang membelit semua aktivis UMNO itu ialah pinjaman dibuat terhadap bank adalah dengan penyandarkan sepucuk geran tanah.
Sewaktu Datuk Afifuddin Omar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, mereka pernah meminta beliau menulis surat kepada pihak bank untuk melupuskan pinjaman tersebut. Bank adalah institusi perniagaan yang perniagaan mereka tidak pernah rugi. Apa mereka peduli dengan arahan menteri atau Perdana Menteri sekalipun. Hutang mesti dibayar.
Selepas 10 tahun baru ‘menjawab’ surat Afifuddin dengan menghantar pegawai menguruskan pelelongan tanah cagaran. Maka tanah pun terlelong, tapi hutang masih berbaki. Maklumlah bunganya tidak pernah putus. Makin bertambah-tambah.
Mereka membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib, Presiden UMNO yang sangat banyak duitnya itu. Najib boleh turun setiap pilihanraya umum peruntukan berjuta-juta, tetapi tidak sudi menolong UMNO Pendang yang hanya memerlukan duit berpuluh ribu sahaja.
Mereka diminta berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.
"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati.
Hari ini bekas aktivis UMNO itu bersama keluarga mereka benar-benar kecewa. Selepas tiga dekad beralu baru mereka kenal UMNO. Perjuangan UMNO adalah atas dasar asobiyah Melayu. Jarang mereka sebut Islam. Persoalan dunia lebih banyak dibincangkan dari akhirat. Jika dunia yang sedikit itu pun mereka tertipu dengan permainan UMNO, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO.
Bekas aktivis UMNO itu pun barangkali tahu segala pengorbanan mereka bukan sampai ke akhirat. Tak padan nak tanggung kesusahan di dunia, sedang akhirat tidak dapat apa-apa.
Bagi UMNO Bahagian Pendang sendiri, mereka tidak terhutang apa-apa dengan bank. Bangunan sudah mereka miliki atas nama UMNO. Pihak yang berhutang ialah mereka yang beriya-iya sangat hendak menolong UMNO dulu. Mereka yang gatal biarlah mereka yang garu. Itu perangai semulajadi UMNO.
UMNO Pendang pernah dipimpin oleh Datuk Othman Abdul, jutawan Kurnia Insuran. Jika dia mahu menyelesaikan hutang bangunan UMNO bahagian itu, ia cuma ibarat sisa makanan yang melekat di celah gigi. Tapi masakan pemimpin UMNO sudi mengorbankan harta untuk parti, melainkan parti dijadikan kuda tunggangan bagi mencipta kekayaan semata-mata.
Percayalah, walau bekas aktivis UMNO itu berkokok macam ayam jantan hingga ke pagi, masalah mereka tidak akan dipedulikan oleh UMNO bahagian, negeri mahupun Pusat. Duit yang diguna untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli yang pernah berkorban itu lebih baik digunakan untuk membeli anggota KeADILan yang bermasalah untuk melompat parti.
Hari ini hampir semua tokoh-tokoh KeADILan yang melompat menjadi kaya raya dalam sekelip mata, walaupun bertahun-tahun mereka pernah memaki hamun UMNO/BN. Tapi orang yang bekerja keras untuk parti, berpuluh tahun mempertahankan UMNO tidaklah sesenang mana.
Dalam PAS terdapat aktivis dan susah dan senang. Tapi pemimpin pun ada yang susah dan senang. Tiada yang kaya raya kerana parti. Ahli PAS tidak kisah dan tidak mengungkit dalam melakukan pengorbanan untuk parti lantaran mereka tahu ganjaran yang sebenarnya ialah di akhirat.
Kesimpulannya, jika anda adalah pejuang parti asobiyah UMNO tak perlulah berkorban apa-apa untuk parti. Jangan harap nak dapat pahala kerana yang pasti dapat ialah bala. Seelok-eloknya tinggalkan terus UMNO, pasti terhindar dari bala.
TPU: UMphorNO cuma akan bangkit membela kes-kes yang membabitkan JUBUR SAHAJA. Sila rujuk kes-kes berprofile tinggi sebelum ini. lain dari kes JUBUR - Bolayan..!
Muakhakhakha...!!!
Mereka ni telah dizalimi dan pastinya doa mereka cukup mustajab. Hancur UMNO LAKNATULLAH!
ReplyDeletebaru nak sedaQ..dulu depa ni lah yg melingkup negeri KEDAH dgn bagi kuasa pada UMNO...
ReplyDeleteLepas ni adalah hero UMNO mana mai tolong...dapat cium tgn menteri tu sampai meleleh ayaq mata...dia nanti gigit balik kaw..kaw punya.
Dasar UMNO..p mampos la...tuihh..tuihhh...tuihhhh
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
ReplyDeleteBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
hoi mangkuk ayun,,siapa nik aziz menjadi penentu dasar pas..orang orang yg menegelilingi dia lah de faktor bagi pas,,
ReplyDelete1.ya ka!!!!puak pas ni tak mata duitan!!tak gila pangkat!!!tak gila gelaran!!
ReplyDelete2.itu dulu!!zaman dok telan ayaq lioq!!zaman tak menang kerusi!zaman tak jadi YB!!!hidupla depa cara islam kunun!!!
3.la nii!!bila menang dua tiga kerusi!!menang satu dua negeri!!rasuah memanjang!!!tan sri!datuk sri!!datuk!!merc!!!nak jaga imej islam kununnnn!!!
4.tunggula pru 13 nanti!!tak dak sapa puak melayu yang nak pangkah pas lagii!!puak gila duit kupang!gila gelaran disebalik jubah dan serban!!!
kecian dihampeh amnoporno!
ReplyDeleteMasa aku dok dlm "jamban" Umno, bos aku tak dak lain nak di fikir, memikir macamana nak "grap" and "sapu" projek2 KERAjaan. Patutnya projek2 tu utk rakyat bawahan, tapi, itu semuapu nak di "sapunya".
ReplyDeleteBila berjumpa dgn kekawannya ie "jerung2" dpd Umno, serupa saja yg dibincangkan, macamana nak "sapu" duit KERAjaan katanya tapi sebenarnya itu duit rakyat.
Bagitulah keadaan dan senario yang aku alami semasa berada dalam "jamban2" Umno.
Jadi aku tak heiran lah apa yang berlaku sepertimana TPU cerita tu.
Ya tungkaran hati.blogspot!
ReplyDeleteKamu tak dak isu lain ke asyik nak suruh PAS keluar dari PR? Bagilah cadangan yang lebih membina. Macam mana nak tendang MCA dan MIC dari BN ke? Macam mana UMNO nak bertanding di Sarawak ke? Ini tak keluarkan komen yang sukar dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ni.... barang kali sebab kaulah UMNO jadi lingkup... sebab tak lebih bagi idea yang baik.
Atau kau tengah sakit disebat oleh seberkas lidi yang baru diraut. Dulu bolehlah kau orang patah-patahkan lidi masa PAS berada sorang-sorang. Sekarang dah jadi seberkas lidi yang amat kukuh, yang raut khas untuk menyebat UMNO/BN.
Sekarang ni UmnoPurno kan dah teruk... dan .. dah nak mampus. Dlm diri mereka ni penuh dgn keresahan dan kegelisahan. Jadi, utk menghilangkan rasa resah dihati2 mereka2 ini, maka mereka sanggup melakukan apa saja termasuklah memfitnah, melaga2kan antara satu sama lain, bikin kechoh sana sini, merasuah malah sanggup membunuh.
ReplyDeleteMereka nak kuasa, mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri macam kes Datuk Talha di Negeri
Sembilan,
Mereka nak bolok harta rakyat dan menyembunyikan dpd pengetahuan rakyat maka mereka sanggup membunuh dan menghapuskan bahan bukti dengan meletupkan mangsa mcm kes Altanthuya.
Mereka mahu menarik org melayu menyokong mereka di kawasan yang mana penduduknya kuat beragama islam, maka, mereka mengunakan calun yg berpendidikan agama juga. Tapi sebenarnya mereka2 itu (calun) adalah hanya dijadikan kambing hitam sahaja dan tidak bermakna di mata mereka ie pemimpin2 Umno.
Mereka mahukan PAS keluar dpd Pakatan PR, maka bermacam2 cara mereka gunakan utk menarik PAS menyertai mereka, Sebagai contoh mereka menggunakan Kerajaan Perpaduan dan lain2 lagi,
Itulah antara kerja2 puak UmnoPurno Puaka.
sembilan
Tungkaran,
ReplyDeleteDah jadi ahli PAS ke belum atau masih dok sokong UMNO Baru? Apa kata jika nak menolong UMNO, daftar jadi ahli PAS kemudian bertanding jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat....lepaih menang hang demand dilantik menjadi Mursyidul Am PAS mengantikan TGNA.
Bila hang dah ganti TGNA, hang bawalah PAS jadi geng UMNO Baru
bat8
gambaQ kat atas contoh PENCACAI uMNO KATEGORI "BROKER AYAQ HANGAT UMNO"..terlupa prinsip umno "HIDUP BIAQ KENA KENCING MANIS JGN KENA KENCING DERAAAAS.
ReplyDeletePADAN MUKA LU!!!!!tapi bagus la kalau dah sedar dan kembali pada JALAN yg benar.
perkara ini patut diketahui oleh orang jawa di johor supaya jangan undi bn lagi. kalau masih undi bn maknanya jawa johor memang hanya pentingkan harta dunia dan rela terjun neraka bersama sama ahmad maslan dan ruhanie ahmad.
ReplyDelete