Sejak tahun lepas, Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 telah menetapkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan pada 9hb. Julai, 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana Perhimpunan Sejuta BERSIH 2007 sekiranya Suruhanjaya Pilihan-Raya gagal memenuhi 8 Tuntutan BERSIH 2.0 dalam menambah-baik sistem Pilihanraya di Malaysia.
Ketika itu, PERKASA dan Pemuda UMNO Malaysia diam membisu. Suruhanjaya Pilihan-Raya pula dalam tempoh tersebut sentiasa berdolak-dalik setiap kali rundingan antara Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 dan Suruhanjaya Pilihan-Raya cuba diadakan.
Sementara tempoh tersebut, Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 sentiasa mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan-Raya disamping mengadakan Roadshow BERSIH 2.0 yang berbentuk Majlis Penerangan betapa perlunya rombakan dan penambah-baikkan dalam sistem Pilihanraya Negara Malaysia.
PERKASA dan Pemuda UMNO dalam tempoh tersebut, diam membisu langsung tak peduli akan apa yang cuba diusahakan oleh Jawatankuasa BERSIH 2.0 jauh lagi berusaha untuk membantu Jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam usaha mereka menambah-baik sistem Pilihanraya Negara Malaysia yang sering dipersoalkan pihak Pakatan Rakyat.
KERAjaan Malaysia pimpinan UMNO/BN pun sejak tamat Pilihanraya Umum ke-12 juga langsung tak peduli pada BERSIH 2.0.
Sebelum ini langsung tak pernah ada mana-mana pihak yang mempersoalkan "Siapa itu Ambiga". Tak pernah keluar dalam mana-mana Media Perdana atau Blog pro KERAjaan "Siapa itu Ambiga" dan Ambiga bersama Jawatankuasa BERSIH 2.0 terus bergerak mengikut jadual dan perancangan awal.
Perhimpunan BERSIH 2.0 dilancarkan secara rasminya pada 19hb. Jun, 2011 setelah rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan-Raya gagal mencapai persetujuan.Bukan sahaja gagal mencapai persetujuan malah permohonan untuk mengadakan rundingan pun ditolak mentah-mentah oleh Suruhanjaya Pilihan-Raya.
9hb. Julai, 2011 secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Hari Himpunan BERSIH 2.0 dan semua rakyat yang mahukan sebuah Negara Malaysia yang lebih baik dijemput untuk bersama dengan NGO BERSIH 2.0 berkumpul menyatakan sokongan terhadap 8 Tuntutan BERSIH 2.0.
Tiba-tiba PERKASA timbul...
PERKASA isytihar akan berhimpun pada tarikh yang sama dan menjelaskan tanpa berselindung, akan berlaku pertembungan... Tiba-tiba PERKASA prihatin pada isu Murtad.
Pemuda UMNO muncul dan mengumumkan juga akan berkumpul pada tarikh yang sama...
Sampai ke saat artikel ini ditaip, hampir 90 individu pro BERSIH 2.0 telah ditahan oleh pihak Polis atas kesalahan "Memakai Baju Kuning BERSIH 2.0", hampir 20 pimpinan dan aktivis BERSIH 2.0 pula telah dipanggil untuk memberi keterangan di beberapa balai Polis berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0.
Di pihak BERSIH 2.0 sehingga kehari ini, masih tiada gerakan-gerakan Agresif... apa yang ada hanyalah majlis-majlis penerangan BERSIH 2.0 dan juga majlis Pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Negeri dan kawasan tanpa ada berlaku apa-apa insiden yang menggugat ketenteraman awam.
Walau bagaimanapun, tangkapan terus berlaku di pihak BERSIH 2.0.
PERKASA yang terang-terangan "mengugut" untuk bertembung - masih bebas dan tidak dipanggil untuk memberi apa-apa keterangan diatas kenyataan-kenyataan mereka yang jelas agak mengganggu ketenteraman awam.
Pemuda UMNO pula, malam tadi telah mengumpul sejumlah hampir 200 biji motor dan hampir 20 biji motokar berarak dan berkumpul dihadapan Ibu Pejabat KeADILan dengan berbaju merah bertulisan "Patriot" sambil melaung-laungkan kata-kata ugutan akan memecah dan membakar Ibu Pejabat PKR sambil pihak Polis sekadar memerhati tanpa apa-apa tindakan.
Gua pasti dan yakin bahawa gua sekarang berada dibawah pemerintahan Kuku-Besi.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?