KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 22 Jun 2011 (Rabu) "Pemuda Umno dan Perkasa Bertelagah, Bersih Terus Mara"
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit terganggu bila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini. Khairy minta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya,".
Manakala Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.
Paling menarik sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Situasi pada masa ini nampaknya begitu menyebelahi Bersih dan rakyat. Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara. Termakbulah doa orang-orang yang beriman yang bertekad menyertai Bersih kerana Allah memecah belahkan golongan yang takut pada perpaduan rakyat melalui Bersih. Mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih. Akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran.
DPPM yakin dengan keikhlasan rakyat yang akan turun 9 Julai ini, segala ancaman dan ugutan dari Perkasa atau pihak-pihak lain hanyalah menambahkan semangat mereka sahaja. Semakin di desak, diugut, ancam, maka semakin kuatlah iltizam rakyat menuntut perubahan.
DPPM mengesa seluruh Jentera Penerangan PAS, khususnya jentera pemuda untuk mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber. Setiap rakyat berhak untuk tahu tentang Bersih dan himpunan 9 Julai. Mereka wajib tahu hak demokrasi mereka dan penyelewangan yang berlaku dalam Pilihanraya serta 8 tuntutan Bersih.
Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja dirumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat.
Ayuh anak muda, ayuh rakyat. Katakan Ya pada "Bersih" dan Ya untuk "Hak Demokrasi" anda. Mari kita KUNINGKAN Kuala Lumpur 9 Julai ini.
Riduan Mohd Nor Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?