Sunday, June 19, 2011

Rekrut JI: KERAjaan Mesti Jelas Ma'ahad Mana Terlibat..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
19 Jun 2011
"Jelaskan Sekolah Maahad manakah terlibat dengan keganasan?"

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan menjelaskan Sekolah Maahad Swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah islamiah (JI) dan siapakah sumber yang dikatakan "risikan anti keganasan", seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah. Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.

Apa yang merisaukan laporan Utusan ini terlalu samar bilamana sumber risikan itu tidak di dedahkan dan Sekolah Maahad mana tidak disebut secara langsung ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Maahad ini.

Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang di tahan di bawah ISA atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah (JI) dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkok di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan.

Sekiranya betul wujud, DPPM mintak di dedahkan sekolah yang terlibat kerana Sekolah Agama Maahad di wujudkan bukan untuk mengkaderkan pengganas seperti yang digambarkan oleh Utusan, tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.

Tindakan utusan ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk US yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga US dan Israel.

Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah Maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah Maahad.

Telah terbukti, Sekolah-sekolah Maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan kementerian pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik.

DPPM juga tidak mahu ini menjadi suatu taktik kerajaan UMNO/BN untuk menghalalkan akta zalim ISA, seterunya menangkap penganjur-penganjur dan peserta-peserta Bersih 2.0 menjelang himpunan aman itu nanti.

Memimpin kebangkitan anak muda

Nasrudin Hassan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

8 comments:

  1. Sayangi generasi baru..






    'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
    >>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete
  2. 1.oii!!hangpa dok menyemak apa bab-bab islam ni!!hangpa tu puak PARTI KEBAJIKAN!!hangpa tak tau lagi ka!!
    2.bab kristian ka!bab tokkong ka!bab kuil ka!!itulah kerja puak hangpa sekarang!!
    3.itupun kalau kalpal singh dan kit siang bagi!!kalau tidak puak hangpa ni jadi tukang sorak!tukang demo!!tukang baring atas jalan!!
    4.contohnya isu mamat dap yang terjun bangunan SPRM tu!!hangpala tukang soraknya!tukang bawak lilin nya!!
    5.itu kerja baru hangpa tau!!!!!

    ReplyDelete
  3. biasa ler UMNO bangsat. takut dgn bayang2 sendiri. lg dulu sampai sekarang takut dgn bayang2.

    ReplyDelete
  4. dasar sekular & munafik, sujud pada yahudi APCO.

    ReplyDelete
  5. TAK HABIS-HABIS UGUT DAN FITNAH TANPA BUKTI ! DAN ADA PULAK NANGOI PANDI KUTTY DOK MENYALAK KAT SINI ! SHOOH PI JAUH-JAUH BALIK RUMAH PANDI KUTTY SEKUTU APCO !

    ReplyDelete
  6. Tak heran den. Umno kan sinonim dengan Apco. Inilah salah satu cara mereka nak menyekat kebangkitan Islam dengan menempekkan Jihad itu keganasan. Tu tak kira lagi yang drama2 kat tv, terutamanya RTM yang banyak menimbulkan salah -faham Islam kepada penonton2. Aku dah tak bleh nak tahan nak mencarut ni, (mencarut ni salah aku sendiri no..) UMNO, u r the maderfaker tu Islam!!!

    ReplyDelete
  7. anoni 839

    statement kau ni berbau longkang lahhh

    kau baru lepas hirup air kumbahan kat mahligai najib ngan rosmah ke?

    patut lahhhh

    ReplyDelete
  8. ish3, awat utusan meloya ni dh buang tebiat ke, deme x sedor lagi yang utusan meloya ni dh dibrainwash oleh kerajaan, pasal BERSIH 2.0 tuh lagi mau provoke

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?