Friday, July 08, 2011

BERSIH 2.0: Keputusan Mesyuarat BERSIH 2.0

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Keputusan Mesyuarat Delegasi BERSIH 2.0. Himpunan BERSIH 2.0 tetap akan diteruskan walaupun Pihak Polis dan Pihak Kerajaan tidak meluluskan permit untuk berhimpun walaupun di Stadium seperti saranan YDP AGONG.

Hasil dan Keputusan Mesyuarat mengesahkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0, akan di teruskan bertempat di Stadium Merdeka pada jam 2 petang 9hb. Julai, 2011 seperti yang dijadual dan dimaklumkan sebelumnya.

Pakai baju kuning tanda sokongan kepada 8 Tuntutan BERSIH 2.0. Jemputan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Bangsa Malaysia perlu bersatu menuntut Pilihan Raya yang BERSIH dan Adil..!

Allahu Akhbar...!!!

1 comment:

  1. Kami sudah bersedia
    Besok ptg kami akan keluar beramai2 menguningkan KL.
    BERSIH akan terus MAJU.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?