Sunday, July 31, 2011

BERSIH 2.0: Peduli Apa Dengan Misteri 11 Doktor..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

10hb. Julai, 2011:
Polis: Tiada gas pemedih mata dilepas di Tung Sin

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBeratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.
11hb. Julai, 2011:
Hospital kena tembakan gas pemedih mata, meriam air

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIH semalam.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam perkarangan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

polis nafi

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam perkarangan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

NONEKatanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.

"Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.

Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata.

Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.
Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

NONEKatanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.
12hb. Julai, 2011
Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran

Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin dalam perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi.

NONEHasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.

Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.

Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan.
13hb. Julai, 2011:
Sebelas doktor sahkan 2 hospital diserang

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini lewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebelas doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling memeranjatkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak diprovokasi itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

NONEMereka juga mengingatkan pemegang jawatan awam untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan "integriti moral, maruah, dan penuh ketelusan".

"Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat awam," kata mereka.
14hb. Julai, 2011
Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar

Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan.

Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

NONE"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.

"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.

Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".

Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.

"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."

Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

NONEPerbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital
sebagai tempat perlindungan.

Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.

Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.
14hb. Julai, 2011:
Kementerian siasat insiden di hospital Tung Sin

Sebuah jawatankuasa peringkat tinggi ditubuhkan bagi menyiasat insiden di Hospital Tung Shin pada 9 Julai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan hari ini menyebut jawatankuasa itu akan dipimpin Ketua Setiausaha kementerian berkenaan iaitu Datuk Kamarul Zaman Md Isa.

Liow berkata beliau yakin jawatankuasa itu akan menjalankan siasatan terperinci dan telus memandangkan keselamatan pesakit serta hospital adalah penting.

"Ini akan menjelaskan percanggahan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak sejak beberapa hari lepas," katanya.

Isnin lepas, Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan Liow bahawa insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan hospital berkenaan ketika perhimpunan haram baru-baru ini tidak berlaku, namun ramai saksi yang melihat perkara itu mendakwa sebaliknya.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan berkenaan. Mereka yang tidak ingin dikenali juga boleh berbuat demikian," katanya.
16hb. Julai, 2011:
2 pasukan ditubuh siasat dakwaan doktor Tung Shin

Polis menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat dakwaan 11 doktor Hospital Tung Shin di Jalan Pudu di Kuala Lumpur kononnya gas pemedih mata dilepaskan dalam kawasan hospital itu ketika pihak berkuasa menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata satu pasukan khas akan menyiasat dakwaan doktor-doktor itu manakala satu lagi pasukan akan menyiasat secara menyeluruh kejadian itu.

"Kita (polis) akan menyiasat dahulu perkara yang berlaku termasuk mengambil keterangan daripada doktor, saksi dan petugas-petugas (polis) yang terlibat pada masa itu" katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di Taman Metropolitan di Kepong dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Isnin lepas, Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku ketika perhimpunan haram baru-baru ini, namun beberapa portal berita melaporkan dakwaan 11 doktor berkenaan yang mendakwa sebaliknya.

Ku berkata polis juga akan memantau tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) termasuk gesaan Presidennya Datuk S Ambiga supaya penyokongnya memakai kemeja-t kuning pada setiap Sabtu.
Pung pang, pung pang, pung pang tiba-tiba senyap... Gua ingat mungkin tengah buat siasatan... tau-tau 30hb. Julai, 2011 keluar berita ni:
Misteri 11 doktor Hospital Tung Shin

Tindakan 11 doktor dari Hospital Tung Shin di Jalan Pudu mengeluarkan kenyataan mengutuk kerajaan dan mengecam tindakan polis yang disifatkan mereka sebagai ganas menimbulkan banyak persoalan.

Penulis blog, Syed Akbar Ali berkata, baru-baru ini, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengetahui latar belakang beberapa orang daripada 11 doktor terbabit.

"Menarik, orang yang menghubungi saya adalah bekas ahli aktivis dan ahli politik. Beliau meminta saya menyemak latar belakang beberapa orang doktor daripada 11 individu itu.

"Saya lakukan dan penemuannya agak menarik," katanya dalam blognya di syedsoutsidethebox.blogspot.com.

Syed Akbar berkata, persoalan pertama, adakah 11 doktor itu berada di hospital tersebut secara serentak pada 9 Julai lalu dan jika ada yang tidak hadir, bagaimana nama mereka boleh disenaraikan bersama 11 yang lain.

Persoalan kedua, katanya, mengenai status jawatan 11 doktor itu, adakah mereka doktor sepenuh masa atau separuh masa yang diwajibkan hadir mengikut masa-masa tertentu ataupun berstatus lain.

"Persoalan ketiga, adakah kesebelas doktor itu mengeluarkan kenyataan dengan keikhlasan diri sebagai doktor tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

"Ataupun kenyataan mereka bersifat bias kerana mereka juga propembangkang, jadi akan menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana dianjurkan oleh parti politik yang disokong mereka," katanya lagi.

Menurut lagi, kecenderungan politik 11 doktor itu juga boleh dipertikai kerana dua minggu sebelum berlakunya Bersih, beliau menjumpai satu kenyataan media oleh Forum Profesional Malaysia (MPF) yang menyokong perhimpunan tersebut.

Empat aktivis dalam MPF yang menyatakan sokongan mereka kepada Bersih katanya, adalah individu sama yang disenaraikan daripada 11 doktor di Hospital Tung Shin terbabit.
Gua tak rasa rakyat peduli siapa 11 orang doktor ni, gua pun tak pernah ambik pusing siapa 11 orang doktor ni... Pada gua, 11 orang doktor ke, 7 juta orang doktor ke, 24,450 juta doktor ke gua peduli apa..? Yang penting, ada bukti rakaman memang Polis sembur air dengan Water Canon dalam kawasan Hospital.

Bab bom pemedih mata pulak, gua tak peduli la canister tu masuk dalam Hospital atau tidak... yang penting Polis patut tau jarak selamat dari hospital sebelum tembak canister... Kalau canister jatuh dalam jarak cuma 1 kaki dari pagar hospital, kesan sebaran asapnya dah tentu akan masuk dalam hospital tak kira ada angin atau tak de angin.

Kalau nak pakai hujah polis - canister tu cuma jatuh dalam jarak 1 kaki dari hospital tapi ianya diluar pagar... Esok-esok, gua pun boleh cari bom, gua baling lebih kurang sekaki sahaja dari kaki Ketua Polis lepas tu kalau Ketua Polis mati, Polis tak boleh claim gua bunuh Ketua Polis sebab bom yang gua baling jatuh sekaki dari Ketua Polis bukan dibadan Ketua Polis.

Bukan susah nak berhujah dengan orang bodoh.

13 comments:

  1. Tak payah perduli apa

    ake ake
    akupun sebenarnya tak pernahpun perduli kalau katak tu sememangnya makananan ular..ake ake..kayu basah kena ujan pun tak kesah walaupun makan nasi mentah.

    dulu..polis kejar masuk perusuh dalam mesjid negara..isu yang timbul apasal polis pakai kasut? Eh isu nye kenapa lari dalam mesjid? Bershit ni pengacau segala pengacau yang hanya perdulikan dirinya saja. Bodoh sombong

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jenguk blog puzi ni, kalau dulu beratus- ratus orang akan melawat dan bagi komen, sekarang baru satu aje..

    sedih saya, spin dah tak jadi ye!

    AJK PAS PILAH TONGAH

    ReplyDelete
  3. tak abis2 komen dari pro umtongok ni. balik2 cerita character org. pengacaulah ape lah.

    woi berapa kali nak ckp da, cari modal lain. try komen yg relevan. ini isu air gatal ngan gas polis tembak ke hospital.

    bukan cerita org lari masuk hospital salah, BODOH. makan gaji buta punya anjing.

    dah lah, gi tulis komen korang kat blog umngok korang yang dah nak mampus banyak tu sekaran. Pergi! good boy...

    ReplyDelete
  4. Anon 6:11,

    Ko tu pencacai PAS tak habis-habis ngutuk orang .. perasan diri tu pandai & bagus sangat. Jangan berlagak la konon nya ko tu bagus sangat padahal HAPRAK..!. Nabi kita tak suka org yg berlagak & suka maki-hamun & kaki putar-belit macam ko ni. Ustaz PAS korang jer yg suka bab-bab mengutuk & maki-hamun ni .. dah jadi perangai & darah daging depa. Boleh belah la..!! korang jer yg perasan diri tu baik sangat .. perghh..!!

    ReplyDelete
  5. Hmm.. doktor-doktor tu semua pencacai PR rupa nya. Patut la putar belit. Gua yakin depa semua x dak kat hospital masa kejadian tu ..tapi sebab nak burukkan polis & FRU depa sanggup buat statement. Kita tunggu lapuran. Kalau depa kelentong.. kita hebahkan satu malaysia utk boikot depa ..!!

    Yg bongok nye kenapa pendemo-pendemo yg kononnya gagah berani tu gi lari kat hospital tu ..Kalau macho sangat, pergi la lari & sembunyi ke Pudu jail lama yg tak jauh dari situ. Boleh la biasa-biasa kan diri bila masuk jail nanti. Tak le menyusah kan org ramai ..!!

    ReplyDelete
  6. HOI MANUSIA YG BERLABELKAN PAS UMNO PKR DAP DAN SEGALA MACAM TAMPALAN

    SUDAH2 LAH

    BOLEH HORMAT BULAN RAMADAN DAK??

    SENDIRI MAU INGATLAH

    TAPIS TAPIS LAH SIKIT MULUT/HATI/DAN JEMARI YG MENGETOH KEYBOARD TU

    APA PUN SELAMAT BERPUASA

    ReplyDelete
  7. oi poji..sudah2 la buat fitnah bln pose ni..bdk2 pr pn dh xlalu nk bg komen kt blog ko ni..memalukn..sume brita2 tpu..mmg dasar blog perosak rakyat btul.

    ReplyDelete
  8. Alaaaaaa....takkan tak tau kot!
    Anjing mana yang nak ngaku melepas TAIK merata2

    Anjingkan namanyaaaaaaa....!!!!
    Anjing tetap anjing jugak.
    Lepas melepas...jilat pungkok sendiri konon nak mencuci kotoran najis.

    ReplyDelete
  9. Bebudak sekolah pun boleh kata "Polis tu macam Anjing.....Anjing Umno"

    Apo nak di kato Jang woiiiii...Dah nasib badan...

    ReplyDelete
  10. Mangkok......

    Tengoklah isu.....
    Ni lah orang melayu. SPM takat cukup makan. Isu nya adalah KAWASAN HOSPITAL....

    KAWASAN HOSPITAL .......... Dok tembak buat apa ..... Cuba Dok pikir mak bapak korang tengah sakit (sbg contoh) lalu kat sepital tu tiba2 kena air kimia and gas .... Jadi apa ? Tak mati katak di buatnya




    Yang tembak ni pun polis tahap PMR..... Aku tak pernah respect diorang sebab dalam kelas pun tanyalah sape yang nak jadi polis.... Rata2 yang

    ReplyDelete
  11. Anon 12:26,
    Hehe .. Macam la lu tu pandai sangat, nak berlagak ngutuk orang.. eja "Mangkuk" pun x betul. Mesti fail Bahasa Malaysia ni..! Pencacai-pencacai PR ni memang berlagak habis.. geli hati + loya gua tengok cara lu orang tulis komen, penuh emosi mcm org gila meroyan. Balik-balik benda yg sama. X sah kalau x ngutuk, maki-hamun & pandang rendah kt org walau pun dlm bulan puasa tp dok dabik dada & berlagak depa la paling Islamik & baguih kat dunia ni. x faham-faham lg depa ni. Ini lah hasil ajaran ustaz PAS depa..hancus ..!!

    ReplyDelete
  12. Kangkung 2:58,
    Lu ni sekor la Mat bengap yg x habis-habis dok gelar polis "anjing". Asyik-asyik benda tulis yg sama jer. Di sebabkan lu ni suka sgt ngutuk org, gua harap satu hari nanti lu kena liwat dgn anjing gila atau mat dadah .. baru lu tau ..!!

    ReplyDelete
  13. Topik posting kali ni .. BERSIH 2.0: Peduli Apa Dengan Misteri 11 Doktor..?

    Bila pulak tuan blog ni jadi manusia yg peduli. Gua x heran , tuan blog ni memang jenis spesis manusia yg sememang nya jenis tak peduli kat org. Buat la baik mcm mana pun. Sama mcm pendemo-pendemo bangsat barua Ambiga & DAP yg jenis tak peduli & menyusahkan org nak buat demo. Yg gi lari masuk hospital tu buat ape .. Nak perangkap polis ye .. boleh belah la lu..!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?