Tuesday, August 09, 2011

BERSIH 3.0: Selvi Bertuah, Tahniah Kg Baru, Takziah Noraini

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Semenjak pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak, pihak JPN dan juga SPR nampaknya semakin hilang dari bumi Negara Malaysia. JPN dan SPR yang sebelum ini dilihat sebagai sebuah badan "gergasi" semakin hilang taringnya.

Tiada lagi kenyataan penafian atau apa-apa kenyataan untuk mempertahankan tindakan-tindakan mereka didalam isu-isu yang dibangkitkan terutamanya berkaitan dengan Daftar Pengundi yang sangat jelas berlaku berbagai kepincangan. 1 isu sahaja yang kita lihat JPN dan SPR kedepan iaitu isu Mismah... tetapi selepas diasak bertubi-tubi dengan pelbagai persoalan, ke 2-2 institusi "Gergasi" ini hilang.

Pendedahan terbaru untuk hari ini ialah keputusan pencarian dari Semakan Daftar Pengundi dalam Laman Web SPR dan juga JPN. Nama yang dipilih untuk kali ini ialah Selvi a/p Sanmugam. Seorang Warga-Negara Malaysia dan berbangsa India.

Maklumat beliau adalah seperti berikut:

Nama: Selvi a/p Sanmugam
No Kad Pengenalan Lama: 7356424
No MyKad 1: 530320-08-5030 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 630320-08-6728 (Kad sedia diambil)

hasil semakan dalam Laman JPN:


Hasil semakan dalam Laman SPR:


Selvi a/p Sanmugam boleh pergi ke Pusat Pengundian Ayer Tawar Baharu dengan membawa MyKadnya yang bernombor 530320-08-5030 dan memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi Parlimen Beruas dan beliau juga layak untuk memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi DUN Pantai Remis.

Selesai mengundi di Ayer Tawar Baharu, Selvi a/p Sanmugam seterusnya boleh ke Pusat Pengundian Karai Luar dengan membawa MyKadnya yang bernombor 630320-08-6728 dan memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi Parlimen Singai Siput dan beliau juga layak untuk memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi DUN Lintang.

Tidak ada siapa-siapa baik pihak Pacar, JPN, SPR, PDRM mahupun Kerajaan Malaysia, jauh lagi Pihak Pembangkang yang berhak untuk menafikan bahawa Selvi a/p Sanmugam layak untuk mengundi sebanyak 4 kali di 2 lokasi yang berbeza dalam keadaan ini.

Kita berharap agar Selvi a/p Sanmugam akan dapat menunaikan tanggung-jawabnya dengan baik dan amanah sebagai seorang Rakyat Malaysia. Selvi a/p Sanmugam patut bersyukur kerana beliau antara Rakyat Malaysia yang dikira bertuah kerana mendapat kelebihan untuk mengundi sebanyak 4 kali.

Tahniah Kg Baru, Takziah Noraini binti Abdullah


Apa-apapun, pihak kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada "Kg Baru" kerana berjaya didaftarkan sebagai pengundi yang sah. Kita berharap agar Jentera Pilihanraya Besut dapat mula berfikir bagaimana kaedah untuk membawa "Kg Baru" menunaikan tanggung-jawabnya sebagai pengundi dalam Pilihanraya akan datang.

Ingat... "Setiap Undi Amat Berharga". Tak Mustahil bagi mana-mana calon Parlimen Besut dan juga DUN Hulu Besut untuk menang hanya dengan 1 undi - Usaha Tangga Kejayaan..!

Sebelum kita terlupa, Takziah diucapkan pada Noraini binti Abdullah kerana anda tidak layak untuk mengundi memandangkan "Kg Baru" telah menggunakan MyKad anda untuk mendaftar sebagai Pengundi dan permohonan "Kg Baru" telah diluluskan oleh pihak SPR.

Kita berharap agar Noraini tidak berkecil hati dan membawa perkara ini ke Mahkamah kerana perkara ini adalah perkara biasa di Malaysia... "Small Matter" kata PenChaChai. Kita berharap agar "Kg Baru" tidak akan menyalah-gunakan MyKad Noraini dengan membuat pinjaman dan loan dari Bank-Bank dengan menggunakan MyKad Noraini kerana perkara ni kelak akan menyusahkan Noraini.

Berita sisipan untuk renungan bersama:
AJAIB, JPN TAWAR NO MYKAD BARU?
Oleh: BERNAMA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin menolak satu permohonan bagi mengetepikan saman kecuaian oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama bagi individu berbeza.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu, di kamar selepas mendengar hujah, bagi mengetepikan permohonan yang difailkan oleh bekas dan Ketua Pengarah JPN pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

Peguam Yusfarizal Yusoff dan Mohamad Zaid Daud mewakili plaintif Mohammad Daud Salleh dan peguam kanan persekutuan Suhaila Haron mewakili keempat-empat defendan.

Yusfarizal memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapati wujud tindakan yang berasas untuk saman itu dibicarakan dan tidak diketepikan.

Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hujahnya bahawa penduaan kad pengenalan itu telah menimbulkan masalah kepada Mohammad Daud.

Yusfarizal berkata mahkamah menetapkan 24 April untuk pengurusan kes saman itu supaya defendan dapat memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman itu.

Pada 4 Jan, Mohammad Daud, 42, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati JPN telah mengeluarkan kad pengenalan kepada orang lain dengan nombor yang sama beberapa tahun lalu.

Katanya, apabila beliau pergi ke JPN bagi menggantikan kad pengenalan lamanya kepada MyKad pada 2005, beliau terkejut apabila jabatan itu memberitahu bahawa ada orang lain telah mengambil MyKadnya dengan nama dan nombor yang sama. Selepas itu, JPN mengeluarkan MyKad dengan nombor yang baru kepadanya.

MyKad baru tidak selesaikan masalah

Bagaimanapun, MyKad yang baru itu tidak menyelesaikan masalahnya apabila beliau menerima beberapa saman trafik bagi sebuah kereta bukan miliknya dan diikuti dengan lebih banyak panggilan dari bank untuk pembayaran semula pinjaman kereta dan beliau menafikan ada membuat pinjaman sedemikian.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad Daud berkata beliau enggan menerima MyKad itu kerana beliau telah menggunakan kad pengenalannya yang lama untuk semua transaksi termasuk bank dan sijil kelahiran anaknya dan begitu juga dengan sijil nikahnya.

Katanya, MyKad baru dengan nombor baru tidak akan menyelesaikan masalahnya kerana pihak ketiga masih menggunakan nombor kad pengenalannya dan namanya.

Dalam samannya, Mohammad Daud menuntut agar JPN membatalkan kad pengenalan pendua dan membuat satu pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak ke atas kad pengenalan lamanya.

Beliau juga menuntut ganti rugi teladan dari JPN berhubung kecuaian jabatan itu mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama kepada orang yang berbeza sehingga menyebabkan beliau menghadapi masalah kerana ada individu lain menggunakan kad pengenalan lamanya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?