12hb. & 13hb lepas di Mahkamah Kota Bharu, berlangsung perbicaraan sambungan kes Dato' Haji Husam Musa saman Blogger RBF (Ruang Bicara Faisal) atau nama sebenarnya Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi (Al-Fatihah kepada Allahyarham ayah beliau yang telah kembali ke Rahmatullah dalam penerbangannya pulang ke Tanahair dari India tidak lama dulu).
Gua tak nak ulas perbicaraan pada 12hb. sebab tak ada isu disitu. Gua cuma nak ulas perbicaraan pada 13hb sebab ada berita Portal dan Blog-blog pro UMNO/BN buat laporan tak tepat dan menyeleweng fakta.
Puak-puak bingai ni, kes dalam mahkamah pun di nak pusing jugak. Dilapor dalam Portal Media pro UMNO/BN begini:
“Husam Dayus”
KOTA BHARU – Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan.
Mohd. Faisal berkata, beliau sepatutnya memberikan keterangan sebagai saksi pertama defendan hari ini bagaimanapun secara tiba-tiba Husam mengambil keputusan untuk menukar peguamnya.
“Semalam penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal.
“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah.
“Semalam semasa memberi keterangan Husam bukan main ‘gedebe’ kata saya dayus dan pengecut tetapi hari ini bila tiba giliran saya beri keterangan hari ini dia mohon untuk tukar peguam maknanya Husam tidak percaya pada peguamnya,” katanya kepada detiperubahan.com di sini hari ini.
Muhammad Faisal bin Rohban ketika keluar dari bilik Mahkamah pada perbicaraan hari pertama (12hb. Disember, 2011) |
Pada prosiding kes saman tersebut, Husam telah meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada.Baik... Ulasan gua.
Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.
Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Bagaimanapun sejak perbicaraan tersebut berlangsung, mahkamah belum memutuskan sama ada Mohd. Faisal pemilik atau individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.
Mohd. Faisal berkata, lebih menghairankan tindakan Husam menukar peguam tersebut tidak disertakan dengan alasan yang kukuh.
“Semasa memberi keterangan bukan main berlagak kata saya ini dayus tetapi bila giliran saya nak beri keterangan sebagai saksi defendan pertama dia hendak tukar peguam sebab dia sudah malukan saya dalam mahkamah,” katanya.
Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut.
Perkara pertama berkenaan dengan status Peguam Dato' Haji Husam Musa dalam kes samannya terhadap pengendali blog rbf online iaitu Muhammad Faisal bin Rohban. Dalam kes berkenaan, Pendakwa (Husam) menggunakan khidmat 2 orang peguam iaitu Hisham Fauzi dan juga Zainal Abidin.
Tak timbul isu "Husam mohon untuk menukar peguam" semasa perbicaraan berlangsung seperti yang dilapor portal pro UMNO/BN tersebut.
Dalam perbicaraan tersebut juga, pihak Pendakwa tidak ada dan tidak pernah memohon untuk menukar peguam, jauh sekali membuat permohonan untuk menangguhkan kes.
Sepatutnya dalam perbicaraan pada pagi 13hb. tersebut Muhammah Faisal bin Rohban sepatutnya memberi keterangan membela diri didalam kandang perbicaraan dan sessi soal-jawab bagi pihak pendakwa sepatutnya diteruskan oleh Peguam ke-2 Pendakwa (Zainal Abidin) tetapi Peguam ke-2 pendakwa tidak dapat hadir kerana mengendalikan kes lain.
Namun, pihak pendakwa tetap mahu meneruskan sessi berkenaan dan pihak Pendakwa telah memohon untuk meneruskan perbicaraan (memberi keterangan membela diri) dan Peguam Pendakwa 1, Hisham Fauzi memohon untuk mengambil alih tugasan Peguam Ke-2 Pendakwa didalam sessi Muhammah Faisal bin Rohban memberi keterangan.
Perbincangan kecil telah dibuat diantara Peguam Pertama Pendakwa dengan Peguam Pembela Muhammad Faisal bin Rohban dan dalam perbincangan tersebut Peguam Pembela Muhammad Faisal bin Rohban telah meminta supaya sessi tersebut (Muhammad Faisal bin Rohban memberi keterangan membela diri) ditangguhkan.
Sebenarnya yang mintak tangguh bukan Pihak Pendakwa, sebaliknya yang mintak tangguh ialah pihak Pembela atau pihak Muhammad Faisal bin Rohban sendiri.
Gua nak sebut jugak disini bahawa yang Dayus pada mata gua bukan pihak Pendakwa sebab pada gua, bila Husam saman Blogger berkenaan, Husam Anak Jantan.
Blogger yang dikatakan "Anak Jantan" tu pulak sebenarnya Dayus, tak padan dengan badan besar macam gerabak keretapi. Masa terima writ saman pun dah nampak penakutnya. Tukang hantar surat saman cuma sorang, badan sama besar dengan badan gua je, Blogger "Anak Jantan" pulak dengan badan besar terpaksa call kawan-kawan dan Pihak Polis untuk "Back-up" masa terima writ saman.
Lepas tu pulak tak pasal-pasal pergi padam Artikel-Artikel berkaitan dalam blog sendiri lepas terima writ saman. kalau "Anak Jantan", buat apa nak padam Artikel-Artikel berkenaan dalam blog..? Biar je lah terpapar dekat situ sebab lu kan "Anak Jantan".
Apa kelas "Anak Jantan" melalak dalam blog lepas tu padam balik Artikel..? Masuk dalam mahkamah mengaku pulak "itu bukan blog saya".
Dalam perbicaraan berkenaan jugak, selepas Peguam Pendakwa dan Peguam Pembela berunding, "Anak Jantan" yang cakap "Husam Dayus" ni jugaklah yang sebenarnya mohon untuk tunda kes dengan alasan "Anak Jantan nak bawak Mama ke Mekah bulan Februari nanti" padahal pihak Pendakwa secara jelas memohon dalam Mahkamah supaya perbicaraan seterusnya dipercepatkan dan mahu kes tersebut selesai selewat-lewatnya pada bulan Februari.
Muhammad Faisal bin Rohban di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas perbicaraan hari ke-2 (13hb.Disember, 2011) |
Yg.lain gua x berani campur coz Wa x ikuti perkembangan nya.
ReplyDeleteTapi ayat ini Gua sangat suka:
Quote".. Nampak hebat sebab tinggal dekat kondo dan pakai kereta merc, tapi Lembu tetap Lembu"unquote.
Cukup matang dan berkesan.
Ha!ha!
Jgn Maree.
nak lawan blogger nyamuk husam perlukan sampai 2 lawyer ke ?
ReplyDeleteSHAME ON YOU HUSAM !
Lelaki yang dituduh sebagai BLOGGER RBF ONLINE, mengherdik Husam Musa sebagai dayus dan penakut apabila perbicaraan memasuki fasa pembelaan. Lelaki berkenaan, Mohd. Faisal Rohban Ahmad, pelik dengan tindakan saat-saat akhir Husam Musa yang meminta agar peguamnya ditukar sekaligus membuatkan perbicaraan tersebut ditunda ke 7 dan 8 Mac hadapan. Beban pembuktian yang berat perlu dilakukan oleh Husam Musa untuk membuktikan bahawa lelaki berkenaan adalah Blogger RBF Online yang URLnya adalah ruangbicarafaisal.blogspot.com. Mohd. Faisal diserang dan dimaki hamun oleh kumpulan pencinta Husam serta penyokong Pakatan Rakyat kerana blog berkenaan sekalipun perbicaraan belum pun membuktikan dia adalah blogger berkenaan. Agak menarik apabila Husam Musa sekadar mahu mahkamah mendengar keterangannya tetapi enggan memberi peluang kepada Mohd. Faisal membuat pembelaan diri. Taktik menukar peguam sebenarnya merupakan taktik melakukan tekanan agar Mohd. Faisal mengakui tuduhan yang dikenakan kepadanya. Antara tempoh sekarang sehingga 7 dan 8 Mac, terdapat ruang yang cukup besar untuk para pencinta Husam Musa serta penyokong Pakatan Rakyat memanipulasikan situasi tersebut, sekaligus mewujudkan persepsi bahawa Mohd. Faisal Rohban bin Ahmad itu sebenarnya adalah Blogger RBF Online. Husam yang dikhabarkan mahu bertanding kerusi Parlimen pada PRU akan datang, dilihat sedang cuba membersihkan dirinya daripada segala tuduhan rasuah dengan melakukan beberapa tindakan menyaman blogger. Terbaru, seorang lagi blogger dikatakan bakal disaman oleh Husam. Apakah tindakan menukar peguam pada saat pembelaan juga akan dilakukan oleh Husam agar para penyokongnya sekadar mendengar keterangannya semata-mata dan bukannya pembelaan daripada pihak yang dituduhnya.
ReplyDeletemalaun2 umngok ni sedar k blogger yg kononnya blogger nyamuk tu sebenarnya bukan blogger nyamuk?...haram aku xpercaya kalau xde upah/xde elaun/xde faedah...standart geng tong taik la, nk gerak kerja kena upah...poodah
ReplyDeletebetul lah ... badan aje besar tapi penakut macam pengmbala dia orang gak.
ReplyDeletePengembala dia orang ni bila bercakap dalam kandang sendiri bukan main berani tapi bila ajak berdebat kat kandang sendiri pun takut...
lwn blogger husam kena bawa penyokong penuh mahkamah
ReplyDeletewa kah kah kah
apesal logger umno sume boroi2 ah?
ReplyDeletemakan ape?
kira ok la kalau boroi kalau nak compare dengan blogger pr ni banyak kering2 mcm tak cukup makan mcm si milosuam tu....
ReplyDeleteaku kenal dia .dia tu SB lah.
ReplyDeletedia menyamar macam2 cara.kerja dia pun macam2.sebab tu dia boleh panggil polis datang rumah dia.ramai orang x tau dia SB.jiran2 dia pun x tau.
Ala ... ko tu tinggi mana pelajaran pun.
ReplyDeletebudak pro pembangkang pejenis sekolah kantoi pun.
kalau ada ijazah pun, pakai duit biasiswa barisan nasional pun ... hehehe
lek der...duit barisan mane lak der...tu duit rakyat der...kasi jalan itu otak machaa
ReplyDelete