Jam 10:44 minit malam tadi gua terima 1 email "Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia" berkenaan dengan kes Rasuah Khir Toyo.
Baca dulu derrr...:
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KES KHIR TOYO SELESAI, GILIRAN SIAPA PULA SELEPAS INI..?
29 Muharram 1433 bersamaan 25 Disember 2011
KES KHIR TOYO SELESAI, GILIRAN SIAPA PULA SELEPAS INI..?
29 Muharram 1433 bersamaan 25 Disember 2011
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor.
Tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Bagi DPP Malaysia, isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara. Sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.
Apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara. Lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.
Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik. Kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.
Mutakhir ini telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat. Pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.
Kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut pula selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?

Disediakan oleh;
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Lepas gua baca 4-5 kali Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda DPPM, gua geleng kepala dan dalam hati gua, gua cakap: Pemuda PAS sampai bila-bila pun memang tak kan cerdik.
Gua heran macam mana Naib Ketua Pemuda DPPM boleh keluarkan kenyataan yang agak "Kelakar", "Menjolok Mata", "Kurang Ilmu" dan bla bla bla bla bla...
Atas dasar apa Naib Ketua DPPM keluarkan kenyataan "Kes Beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan".
Penganggur curi 6 botol Syampoo bernilai RM100 lebih kena penjara 2 tahun, Penganggur Curi susu bayi bernilai tak sampai RM100 sebab kesempitan hidup dan tak de wang untuk beli keperluan anak kena penjara 3 tahun. Khir Toyo curi hartanah bernilai lebih dari RM3 juta kena Penjara 1 TAHUN SAHAJA.
Apa yang "setimpal dengan kesalahan"..? Naib Ketua DPPM ni demam ke apa..?
Pemuda PAS tak yah berangan nak tawan Putrajaya la kalau tahap IQ dan pemikiran tahap ni... Korang pergi tawan Puduraya dengan Hentian Putra sudah lah...
Gua sokong lu bro! Pemuda PAS memang akal singkat buat statement macam karangan tahap UPSR. Mungkin pasal serban besar sangat jadi berat kepala tu.
ReplyDeletelebai pun kita nak...bijak pun kita nak. Lebai saja tapi bodoh nak buat apa...kalau bijak pun perangai jahat tak ada guna jugak..So, bukan mudah nak jadi pemimpin..yang mengangkat pemimpin pula kena nilai dulu secara mendalam...
ReplyDeleteBiasalah ni ...Statement standard untuk menghentam tapi menghormati keputusan mahkamah...
ReplyDeleteAnon 6:50 pm.. Hati2 kerana serban adalah sunnah Rasul saw..jangan buat bahan gurauan ok....
aku cukup suka pasal kau memberi contoh pasal kes curi susu tadi, cuma soalan aku adakah pas telah memberi khidmat bantuan guaman bagi menolong golongan sebegini. atau tak ambil peduli dengan alasan sapa suruh depa mencuri.
ReplyDeletehidup barisan......
ReplyDeleteBandang dengan SAMM, pemuda PAS memang memalukan. Tapi demer ni bodoh sombong.
ReplyDeleteGua pun tak paham dgn pemuda PAS nih. Sesetengah tu mmg sombong tapi tak ramai la. Statement tak bleh blah punya. Betullah Azmin ckp tu sbb masa Hassan Ali ckp tu Hassan Ali adalah ahli PAS dan bukan setakat ahli biasa tapi exco agama dlm kerajaan negeri selangor dan juga seorang wakil rakyat PAS. Kalau Hassan Ali boleh menegur atau memperkecilkan parti lain secara terbuka kenapa tidak Azmin?. hahaha....Azmin ni pun sekor lagi, agak2la nak kuar statement, kan dah terasa hati kawan tu.hahaha...dah dah dah...jumpa sok kat jln duta...sama2 kita jatuhkan BN dlm PRU13 nnt. kalau BN ingat dia kuat, kita lagi kuat tapi kalau kita rasa kita kuat, maka ADA lagi yg lebeh kuat malah tidak ada yg lebeh kuat melainkan DIA. n
ReplyDeleteHukuman setimpal??? Patut lenyek dgn steamroll jerr
ReplyDeleteeh macamana nih? ada title dr pun macam gitu je statement dia. mcm nak tolong bn je nmpak gaya pemuda nih??? ada makan ka?
ReplyDeleteSalam. mohon tuan linkkan blog saya di blog tuan : kelonsongpeluru.blogspot.com.
ReplyDeleteblog tuan telah saya linkkan di kelonsongpeluru.blogspot.com
shukran.. bersama rakyat tumbangkan kezalimna, ABU
Apa-apa pun masuk penjara 100 tahun tetap tak hadir, bunuh pun tak adil selagi tak guna undang-undang hudud. Mana boleh undang-undang ikut emosi.
ReplyDeletehok alorh~ hangpa ni yang bengap sangat napa? Dah pihak mahkamah tetapkan, takkan tak puas hati.. kalau pihak PR bangkang, dipolitikkan.. Disokong pun, dipolitikkan.. Bongap2 la hangpa nih~ satu lagi, dulu bukan ke korang yang dok sokong and agong2kan khir toyo ni? sekarang dah tukar angin monsun ke? heheh
ReplyDeleteKorang ni pemuda2 PKR apa kurangnya...itulah kalau terlalu sangat mengagung2kan Anwar Ibrahim..perjuangan korang semata2 utk sorang individu saja...apa yg Anwar buat semua baik , nampak betul .....bila keputusan Mahkamah 901 - Anwar tidak bersalah, KEADILAN TELAH DITEGAKKAN DI M'SIA..cuba 901 result - ANWAR BERSALAH & MASUK PENJARA...confirm la kata MAHKAMAH TELAH DIPENGARUHI OLEH PEMIMPIN UMNO....ha2..biasa lah ayat2 ni..PKR & UMNO pun apa kurangnya, semua pun bekas ahli UMNO jugak , dok puji pemimpin gila2 sampai tahap sembah kaki, bila dah keluar UMNO kutuk pulak kepimpinan UMNO...bila dah miskin poket kering, masuk UMNO balik, kutuk Pembangkang balik..ha2..ha2..itulah mentaliti ahli2 PKR ni..perjuangan yg bersifat sementara aje korang ni..time PRU/PRK, kalau takde sokongan PAS, terlingkup jugak la calon2 PKR ni...
ReplyDeletetak setimpal langsung.patut kena penjara seumur hidup.
ReplyDeleteDia macam nie...hukuman walau setahun kepada khir toyo...telah mendatangkan aib yang amat sangat kepadanya..balasan ALLAH.. dia telah dimalukan lebiah dari org biasa kerana dia adalah bekas pemimpin yang korup...semua org kenal..kalau org biasa kena setahun ok lagi sebab x dikenali semua org...sebabtulah guna hukum hudud untuk keadilan..
ReplyDeletekorang cakap macam la pkr bagus sangat. orang pun tak de.
ReplyDeletekalau bukan sebab pas bagi support, tak de la pemimpin pkr nak merasa jd MB!
takkan kawan sendiri pun nak tembak. bodo tak leh nak ajor!
PAS adalah sebuah parti yang bankrup. Sudah tiada lagi Islam dalam PAS, segalanya sekadar mahukan kuasa.
ReplyDeleteJika nak dikatakan PAS tak cerdik, adalah kurang tepat, kerana PAS selalu kena tipu, terutama dengan kafir.
PAS sama sahaja dengan UMNO, bezanya hanya pada nama.
Rasuah, pecah amanah, kronisme, masalah akhlak, semuanya berlaku dalam PAS, tetapi ia disapu ke bawah karpet.
Tiada beza PAS n UMNO.
Snon 1:04pm
ReplyDeleteStatement kau menunjukan kejahilan sendiri, better diam.
Saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
ReplyDeleteHubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.