Sunday, June 24, 2012

Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pra-Himpunan Royalti “Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (GERAM), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (CABAR) dan Cakna UT akan menganjurkan satu Program yang dinamakan “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”.

Program “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V” akan diadakan pada hari Selasa bersamaan dengan 26hb. Jun, 2012 bermula jam 9:00 pagi dan lokasinya ialah berhadapan dengan Kompleks Darul Naim (SUK Negeri Kelantan) .

Pra-Himpunan aman tersebut diadakan dengan tujuan ingin menyerahkan “Memorandum Tuntutan” dan juga “Plak Royalti” yang telah ditandatangani oleh KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Mereka-mereka yang berminat untuk menyertai pra-Himpunan tersebut diminta hadir berpakaian sopan dengan Tema warna Merah, Putih atau Merah Putih mengambil kira warna Bendera Negeri Kelantan.

Peserta pra-Himpunan adalah DILARANG SAMA SEKALI, membawa BENDERA MANA-MANA PARTI POLITIK atau apa-apa sahaja bahan yang mempunyai LOGO MANA-MANA PARTI POLITIK.

Hanya Bendera Negeri, Bendera Organisasi (NGO) dan Bendera “R” sahaja dibenar untuk dibawa dan digunakan oleh peserta pra-Himpunan Royalti.

Peserta juga dinasihatkan agar berhimpun dalam keadaan aman dan tidak cuba menimbulkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak aman ketika menyertai pra-Himpunan Royalti. Mana-mana Peserta yang didapati cuba menimbulkan atau memulakan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tegang akan diambil tindakan serta-merta oleh para Petugas Keselamatan pra-Himpunan Royalti.

Sehubungan dengan itu, pihak ROYALTI telah menghantar seorang wakil yang diiringi oleh 2 orang peguam bagi membuat satu laporan atau makluman kepada Pihak Polis memaklumkan Program tersebut siang tadi dan dipihak PDRM pula telah bersetuju untuk memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan program pada pagi tersebut.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama baik yang telah diberikan oleh pihak Polis keatas laporan yang telah pihak kami buat berkenaan dengan pra-Himpunan Royalti.

Pihak ROYALTI juga dengan ini ingin menafikan dengan sekeras-kerasnya fitnah bahawa program pra-Himpunan ROYALTI yang bakal diadakan tidak mengikut Prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa seperti yang difitnah oleh beberapa pihak didalam Media Jalur Lebar sejak akhir-akhir ini.

Pihak ROYALTI juga telah berhubung dengan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan untuk sessi penyerahan Memorandum & Plak Royalti tersebut dan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menghantar wakilnya bagi menerima serahan tersebut pada hari yang dijanjikan.

Haji Nazri Deraman
Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
23hb. Jun, 2012

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?