Sunday, November 11, 2012

Mobile Test...

No content available... Just test via mobile blog.


Wednesday, July 04, 2012

Sunday, June 24, 2012

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?

Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pra-Himpunan Royalti “Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (GERAM), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (CABAR) dan Cakna UT akan menganjurkan satu Program yang dinamakan “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”.

Saturday, June 23, 2012

"R" Untuk "Royalti" (bahagian 1)

Tanggal 12hb. Mei, 2012 lebih kurang jam 11:00 malam: 1 perbincangan kecil-kecilan yang dihadiri oleh 5 anak muda 4 darinya adalah anak jati Negeri Kelantan & 1 dari mereka adalah Perantau dari Negeri 9.

Perbincangan kecil-kecilan tersebut diadakan disebuah Restoran ditepi jalan sekitar Tawang berhampiran Pulau Melaka.

Hasil perbincangan tersebut telah menemui kata sepakat yang cukup jelas & gelombangnya telah berkembang & diterima dengan amat baik sekali oleh Warga Negeri Kelantan & juga sahabat-sahabat dari Luar Negeri Kelantan.

Logo "R" diperkenalkan kepada umum didalam Facebook sebaik sahaja perbincangan selesai secara "tidak jelas" dengan tujuan membiarkan orang ramai tertanya-tanya & ianya dibiarkan menjadi persoalan buat sementara waktu.

Itu strategi yang dipersetujui. Meninggalkan tanda-tanya akan menimbulkan lebih minat untuk "mengambil tahu" & "menyelidik" apa yang tersirat berbanding dengan terus menghidangkan santapan minda tanpa memberi cabaran kepada audience.

Saturday, June 02, 2012

"R" 4 "Royalty"

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Lama tak menaip... Masa tak berapa banyak sebab terikat dengan kerja-kerja seharian... Hari ni pun malas nak menaip... Cuma nak bagi korang tengok video je...


http://youtu.be/CGP_pSbcrWU


Sunday, January 22, 2012

Dimana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Hari ni boleh dikatakan hampir semua rakyat Negara 1Malaysia kenal dan tahu siapa itu Adam Adli. Nama anak muda ini naik mendadak selepas dia dengan secara spontan menurunkan Bendera dengan Gambar Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Razak dihadapan Bangunan Putra Trade World Centre (PWTC).