Friday, March 14, 2008

Peluang Pekerjaan di Negeri Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta belia berumur antara 21 dan 35 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran supaya mendaftar diri dengan kerajaan negeri untuk diberikan pekerjaan.

Beliau berkata di Selangor terdapat 18 pusat latihan kemahiran yang tidak berapa aktif dan beliau mahu sebanyak mungkin belia mendaftar dan diberi latihan.

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid pernah menjelaskan bahawa pensyarah dalam dan luar negara akan dipanggil bagi merangka modul-modul latihan yang sesuai dan diminati golongan tersebut.

Golongan terbabit dijamin memperolehi gaji sehingga RM2, 000 sebulan selepas menjalani latihan itu dan jika masih gagal mencapai jumlah tersebut, mereka akan terus dilatih sehingga mahir.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?