Sunday, April 13, 2008

Radio Selangor FM atau Radio Non-Selangor FM?

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kecewa permintaannya untuk ke udara selama sejam bagi menerangkan agenda pembangunan dan dasar negeri Selangor menerusi radio Selangor FM juga masih belum menerima jawapan.

“Setelah menunggu selama dua setengah minggu, saya belum dapat jawapan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan golongan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, di Ijok dekat sini, petang tadi..

"Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor.

Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor," katanya.

Menurut Abdul Khalid, jika pihak berkenaan masih enggan komited, beliau tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri).

“Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor.

Jika mereka gelarkan diri 'Radio Non-Selangor', mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya," tambahnya

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?