Monday, June 30, 2008

Anwar 'akan segera pulang'

diciplak dari : malaysiakini

Jun 30, 08 12:13pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan segera keluar dari bangunan kedutaan Turki jika ada jaminan tegas pemimpin negara tentang keselamatannya.

"Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang," katanya di blognya hari ini.

"Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah."

Penasihat PKR berkata beliau dilarang mengadakan pertemuan dengan media atau rakan-rakannya di kedutaan itu kecuali anggota keluarganya, termasuk presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya," katanya lagi.

"Mudah-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga.

"Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan kedutaan."

Sejak tahun lalu Anwar kini tinggal di Segambut, Kuala Lumpur.

Tambahnya, pengalaman yang dilaluinya berdepan dengan dakwaan yang sama 10 tahun lalu "mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja daripada pendendam."

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau bercadang membuat aduan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?