diciplak dari : malaysiakini
Jun 30, 08 12:55pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.
Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.
Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Saiful Bukhari mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.
Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."
Malah Malaysiakini difahamkan Anwar pula yang menyarankan agar maklum balas dan sindiran terhadap pembantunya itu tidak dibuat secara terbuka.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?