Thursday, July 10, 2008

Bala dakwa nyawanya terancam.

diciplak dari : malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 10, 08 3:47pm
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau terpaksa meninggalkan negara kerana nyawanya terancam, demikian menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.

Menurutnya, polis berjaya mengesan Balasubramaniam di luar negara, dengan bantuan bantuan kepolisan yang lain.

bakri zinin police cid chief p balasubramaniam pc 100708 01Bagaimanapun, katanya, demi keselamatan bekas anggota Cawangan Khas itu, pihak polis tidak dapat mendedahkan di mana lelaki itu berada.

Menurutnya lagi, polis juga tiada sebarang motif dalam siasatan tersebut, melainkan untuk mencari penyelesaian dengan segera dan menutup kes berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini, Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau mendapat ugutan.

Bagaimanapun, Bakri tidak menyatakan butiran lanjut mengenainya.

Jaga keselamatan

Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis yang beliau ke luar negara dengan kerelaannya sendiri.

"Bala keluar dengan kerelaannya tanpa dipengaruhi, dan alasan yang diberikannya kepada kita ialah nyawanya terancam.

Pihak polis, katanya, tidak dapat memberi perlindungan kepada Balasubramaniam selagi beliau berada di luar negara.

p balasubramaniam private investigator najib razak baginda altantuya murder case 3Bagaimanapun, katanya, jika Balasubramaniam kembali ke Malaysia, pihak polis bersedia mengkajinya dan jika sesuai akan memberi perlindungan kepadanya.

"Untuk menjaga keselamatan subjek berkenaan, pihak polis tidak dapat memberitahu di mana dia berada," katanya.

Sehubungan itu, Bakri meminta agar pihak polis diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan siasatannya secepat mungkin.

Di samping itu, beliau juga meminta semua pihak supaya berhenti membuat sebarang andaian berhubung kes membabitkan Balasubramaniam.

Panggil saksi

Ditanya apakah ada lagi saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung siastan kes Balasubramaniam itu, Bakri berkata:

"Selagi terlibat, kita akan panggil. Kita akan panggil semua saksi."

Ditanya sama ada mereka termasuk ahli-ahli politik, Bakri mengulangi jawapan yang sama.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada 18 saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk orang politik.

Secara berseloroh Bakri menjawab: "Jangan memancing di air yang tenang, nanti ada buaya datang."

Jawapan tersebut menimbulkan geli hati di kalangan wartawan yang hadir.

TP - jangan memancing di air yang tenang???mamat ni nak kene belajar ngan Karam Singh Walia nih...wat malu betoi...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?