diciplak dari : mat saman kati
TP -seloka santai tapi pedas menikam ulu ati kalau dibaca dek puak-puak penghunus keris kering bersarungkan kondom!
Hari ni, kedai janda Bakaq tutup. Jadi aku pergi kat gerai janda Pian nak makan nasi lemak. Lantak lah orang nak kata, jantan gatal, asyik ngulang janda, tapi bagi aku lebih baik depa jual kuih dan nasi lemak daripada cari makan dengan buat sumpah.
Lantak lah Tok Imam dan Tok Lebai nak perli aku, pagi petang melangut kat kedai janda. Bagi aku, itu lebih baik dari dengar ceramah tentang masalah sosial. Lepas tu berdoa minta pahala. Lebih baik aku melangut kat kedai janda, dapat juga depa seringgit dua.
Lepas makan nasi lemak, aku terus kerumah Pak Nawi, nak hantar tupperware bekas ikan keli masak tempoyak. Adat orang kampung, orang memberi kita merasa. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
Aku bawa buah manggis. Intai punya intai, dapatlah dalam dua puluh biji. Cukup untuk Pak Nawi dan Mak Piah. Nak bagi durian takut hangat. Nak bagi rambutan takut sakit tekak.
Aku pergi dengan member dari Kuala Lumpur. Teringin benar dia nak jumpa Pak Nawi.
Sampai rumah Pak Nawi, Mak Piah tengah nyapu laman. Seronok sangat dia dapat buah manggis. "Dah banyak masak manggis, Mat"
"Tak ada. Baru kigho-kigho je. Durian banyak le. Tengah gegak. Durian Mak Piah banyak?" aku tanya.
"Baru membuang buruk. Yang mangkor banyak, jeruk hantu pun banyak"
Member dari KL berbisik. "Bang Mat cakap melayu ke cakap jawa?"
"Cakap Peghak"
Pak Nawi baru keluar dari bilik mandi. Dia tak pakai tuala, tapi pakai kain basah guni tepung.
"Aii! Kepala tak basah pun." aku mula menyakat.
"Ish!! Aku bukan buat apa pun.. road tax dah mati. Tak boleh jalan jauh."
Ha..ha..ha. Dalam bahasa Pak Nawi.
Aku tengok, kawan aku tercengang, tengok Pak Nawi berjalan tanpa tongkat, tak perlu meraba-raba, sedangkan matanya masih lagi dibalut kain hospital. Pak Nawi terus datang kat kawan aku dan menghulur tangan."Sapa ni Mat? Sedara ke?"
"Tak. member je. Dari Kelumpo. Tengahari semalam sampai, merasa jugak la ikan keli masak tempoyak."
"Petang semalam kamu kemana, Mat. Aku pukui telepon banyak kali, tak de sapa pun jawab." sampuk Mak Piah.
"Pegi keTaiping, bawak member jalan-jalan. Masuk zoo, dah gelap pergi Taman Tasik"
"Pergi Taman tasik dah gelap cari apa? " tanya Mak Piah.
"Saja nyakat Mak Nyah."
"Gatai!! Aku pukul dengan penyapu baru kamu tau!"
"Sebenornya, pergi zoo nak belajor pasai binatang. Pak Nawi jugak yang cakap." Saja aku nak buka cerita, kot-kot Pak Nawi boleh sambung. Yang tu la member dari Kelumpo nak dengor.
"Aku suruh kamu belajar DARI binatang. Bukan PASAI binatang! Kalau nak belajar pasai binatang, tok sah pergi zoo, pergi Parlimen! Kalau nak belajar dari binatang, bukan dari zoo, tapi kena masuk hutan!" Kena lagi aku dari Pak Nawi.
"Mana ceghoko hutan lagi kat Kuala ni! Habih kena tebang. Balak pun habih, binatang pun lari. Belah Padang Rengas, Jamal Nasir tukang keghokah, belah Manong, Ramly Zahary tukang sapu. Apa yang tinggai."
"Tu pasai aku kata manusia hari ni dah jadi binatang. Tak ada akai. Tengok hutan, nampak balak. Yang lain, haram tak nampak." Pak Nawi nampak hot sikit.
"Tapi... kan hutan tu pemberian Tuhan? Apa salahnya kita tebang sikit? Kalau tak tebang, macam mana nak cari duit? Nak makan apa?"
"Kamu tanya kat rimau tu....dia ada duit tak? Tanya kat seladang tu, dia ada kerja tak? Binatang tak perlu duit, tak perlu kerja, tapi depa cukup makan. Terbalik pulak...manusia yang kerja siang malam, tapi tak cukup makan! Tak cukup kat pekan, pergi kacau hutan!" Pak Nawi dah mula naik sheh.
"Ala... Pak Nawi belum jadi Menteri Besar boleh la cakap. Nanti Pak Nawi dah jadi MB, tau la. Yang mana lebih penting...perut manusia ke perut binatang?" saja aku nak perapi Pak Nawi.
"Jom, naik atas. Aku salin kain dulu, lepas tu aku sambung." Pak Nawi ajak kami naik kerumah, mungkin kain basah dia pun dah nak kering.
Member kat sebelah berbisik. "Bang Mat, boleh cakap melayu tak? tak paham apa yang bang Mat sembang."
"Laaa.. kau orang semua hunus keris, pertahankan hak melayu, ketuanan melayu, .....bahasa melayu pun tak paham?" Ha...haa.haa..kena sebiji. "Tak apa...nanti aku suruh Pak Nawi cakap orang putih."
"Oophh! geng keris ke, Mat?" jerit Pak Nawi dari dalam bilik.."Aaauwww!"
"Apa yang gatai sangat tu?" tanya Mak Piah dari depan tangga.
"Tak ade ape lah!!. Kita orang main-main saje, Mak Piaaaah"
"Dah tua-tua pun gatai." Mak Piah terus kedapur.
Pak Nawi keluar dari bilik, ambil ashtray dan rokok nipah, terus bersila diatas tikar getah.
"Kamu tau pasai apa aku marah sangat bila orang tebang hutan? Sebab orang mungkin nampak seratus juta ringgit, tapi aku nampak berbillion-billion ringgit ada dalam hutan tu. Yang ni ada dalam Quran, dalam hadis, tapi orang tak nampak. Tapi kalau punggong orang, cepat sungguh depa nampak.
Dalam tahun 1735, ada sorang Swedish, nama dia Carolus Linnaeus. Dia yang mula-mula mengkaji tumbuh-tumbuhan. Mula-mula, buku dia ada tujuh muka saja. Tapi menjelang 1770, ada 2,500 muka surat. Orang lain tambah...tambah sampai la semuanya ada 265,000 jenis tumbuhan. Tapi selepas Perang Dunia Kedua, dunia dah mula buat pertanian moden. Semua hutan kena sondoi, ganti dengan kapas, jagung, gandum dan padi.
Sekarang ni, dari jumlah yang Carolus mula-mula buat tu, 160,000 dah pupus. Itu baru tumbuh-tumbuhan! Berapa juta lagi jenis-jenis binatang, serangga yang pupus?
Ni..depa nak buat NCER la... ECER la... kamu tau depa nak tanam apa? Tanam padi hybrid. Tak percaya, kamu tengok la... diam-diam nanti depa bawa masuk pula padi GM. Betui la...padi ni kalau ikut Quran tak haram. Tapi kesan dia pada alam sekitar nanti...hancur!!"
Member dari Kelumpo diam...tak bercakap sepatah pun. Baru dia percaya.
"Pernah makan buah rokam?" tanya Pak Nawi pada member aku.
"Tak pernah dengar pun."
"Pernah makan buah kasai?"
"Macam mana rupanya?"
"Pernah makan buah redan?"
"Boleh makan ke?"
"Pernah makan buah geduak?"
"Pernah... tengok kat pasar malam."
"Pernah makan buah jentik-jentik?"
"Pernah dengar tapi tak pernah tengok."
"Tu la....tak lama lagi orang melayu makan epal. Pisang pun tak kenal." Pak Nawi geleng kepala.
Cakap perjuangkan bahasa melayu, cakap melayu pun tak tau.
Cakap perjuangkan bangsa melayu, budaya melayu pun tak tau.
Cakap berdegor-degor, berak bawah gelegor.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?