Sunday, July 13, 2008

Conspiracy Theory

Melihatkan kan senario politik tanah air kini, kadang membuatkan akupun terpikir....
yg keadaan ini sebenarnya huru hara atau sesuatu yg terancang.

Segalanya bermula setelah anwar dipenjara dan chedet letak jawatan, dan segalanya masih lagi berpaksi kpd Mahathir, 'lelaki melayu bijak terakhir'.Benarkah seorang manusia yg memerintah negara demokrasi selama 22thn kini tidak dapat berbuat apa2 dan hanya mampu menjadi blogger? 22 tahun membina system yg tak mampu diganggu gugat oleh sesiapa, malah raja sekalipun runduk mengalah, kini, apakah dia hanya pasrah dan berserah pd takdir? manusia yg dulunya melakar takdirnya sendiri,dgn bersandar pd firman (mungkin) 'tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri'.

Atau mungkin jua chedet mahu menguji kekebalan system yg dibinanya sendiri, setelah tiada siapa pun yg mampu menembusnya selama 22thn? apakah susunan rancangan akan terus berjalan menuju ke sasaran tanpa kewujudan mahathir sbg penggemudi? Paklah,Najib,Anwar dan umno cuma bidak-bidak percaturan yg nilainya sama, tugas mereka semua adalah utk mempertahankan system dan matlamat.

Di uji system itu dari dlm-(pak lah,najib, komponen dan ahli sendiri), Luar- (Pas /Dap dll.), dan juga tahap ujian paling getir-orang dalam yg mengetahui system dan kemudian berpaling-(Anwar), dan raja segala uji, iaitu pencipta system itu sendiri-Mahathir.Jika ya, maka apakah system dan matlamat itu? Nampaknya ia melebihi harta dan kekayaan.Kelihatan samar iceberg tip, jika disuluh dgn cahaya agama akan kelihatan lagi apa yg ada dibawah tip itu, perlu bebas dari segala perangkap politik utk melihat dgn jelas, namun pas juga kini berda didlm Pukat politik.

Apakah benar paklah yg membebaskan anwar? dan kemudian kini berdiam diri apb fitnah dilakukan di depan matanya,sekali lagi? Atau paklah mmg tidak sedar yg dirinya sedang menari mengikut mantera ahli sihir,mmg pilihan chedet sebenarnya tidak salah, paklah mmg calon yg tepat,lemah dan tidak bijak,sesuai jadi boneka,mahathir tidak sedungu itu utk melantik pengganti dan kemudan setelah setahun meratapi pilihanya.

Benarkah Mahathir kini kesaorangan? hilang semua pengampu yg satu masa dulu sanggup menjilat kakinya? perlukah mahathir kpd penjilat kaki itu? atau 'mereka' sebenarnya ada disebalik tabir,bersama menjadi dalang(bukan penjilat), wayang kulit yg memukau ini,siapa yg disebalik tabir itu?

Masa mencemburui sesiapa shj, beberapa bidak setelah menjadi penghalang dan ujian kini akan dikorbankan, nyata mereka juga masih tidak mampu berbuat apa2, setelah kebebasan yg secukupnya diberi bersama tempoh yg terpaksa dihadkan(mana boleh beri tempoh seratus tahun..),Anwar jika tidak meninggalkan negara ini maka akan menghuni semula penjara, dan jika dia lari maka hiduplah dlm buangan-seperti sultan yg terbuang ke Afrika, yg keturunanya kini tidak tahu melayu.Jln di depan dan dibelakang sudah diatur dulu.

Persamaanya ada dgn cerita Darwin,
Apakah Charles Darwin hanya mahu menyatakan yg manusia berasal dari beruk,atau ada falsafah salah yg tinggi menggunung disebalik semua itu?

Ahh...konspirasi ini terlalu mengganggu benak aku,bijak mereka merancang, tapi mereka lupa.......
ada perancang yg Maha hebat, memerhati dari atas sana, dan perancangaNya tiada tolok bandingan.

-tai_ci_master.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?