Saturday, July 19, 2008

DEDIKASI BUAT PARA PEJUANG

Mujurlah Allah jadikan anda sebagai orang
Guna akal jangan ikut nafsu sebarang

Ikut petunjuk Islam, anda berada dalam terang
Ikut nafsu anda jadi seperti binatang

Segala makruf wajib ditatang
Segala mungkar wajib ditentang
Segala kebaikan wajib disokong
Segala keburukan wajib dibangkang.

Bersuaralah demi kebenaran dengan lantang
Jangan hiraukan salakan anjing dan jembalang
Kerana anda seorang pejuang
Jiwa dididik menjadi hulubalang

Penguasa yang menjalang
dan penguatkuasa yang menjadi binatang
Dicucuk hidung dan bersedia ditunggang
Hinanya maruah jika ditilik dipandang

Wahai para pejuang!

Jangan lari dari medan dan padang
Walau dibuat operasi lalang
Kerana KEBENARAN dan KEADILAN yang diperjuang

Penguasa yang malang dan petualang
Hanya tahu tidur memanjang
Berdegar dikata cemerlang
Gemilang
Terbilang
Tetapi HAKIKATnya semuanya temberang!

Nukilan : Ust Nik Md Nasri

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?