Saturday, July 19, 2008

Obama hentam majalah gambarkan beliau 'Islam radikal'

oleh AP

CHICAGO: Calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, Barack Obama, berkata gambar kulit majalah The New Yorker yang menggambarkan beliau dan isterinya sebagai radikal merupakan satu penghinaan kepada penduduk Islam negara itu.

'Anda tahu, ada ramai penduduk Islam Amerika yang baik di serata negara dan melakukan perkara hebat dan apabila ini digunakan sebagai satu bentuk penghinaan, atau untuk menimbulkan kecurigaan terhadap saya, ia memang malang.

Ini bukan Amerika sebenarnya,' kata Obama ketika diwawancara dalam rancangan yang dihoskan Larry King terbitan CNN, Selasa lalu.

Obama turut menyalahkan dirinya kerana tidak bertegas sepenuhnya dalam mencabar khabar angin mengenainya termasuk beliau adalah penganut Islam.

Beliau beragama Kristian.

Pengarah majalah The New Yorker, David Remnick, berkata karikatur itu dipilih kerana ia mempunyai mesej untuk disampaikan.

Obama berkata, beliau sudah 'mempunyai kulit tebal' kerana bertanding sebagai presiden dan sudah 'melihat dan mendengar yang terburuk'.

'Saya berasa dalam usaha menyindir sesuatu, mereka mungkin menyemarakkan salah konsep mengenai saya. Namun, ia cuma penilaian editorial mereka.

'Seperti yang saya katakan, ia hanya kartun, bukan sesuatu yang rakyat Amerika akan menghabiskan banyak masa berfikir mengenainya,' kata Obama.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?