8:35 AM, 2008-Apr-28
Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umat Islam supaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.
Baginda juga menggesa sahabat supaya meluangkan masa sebanyak mungkin membaca dan memahami al-Quran. Antaranya baginda menyarankan supaya menghabiskan seluruh kandungan al-Quran dalam masa tiga hari.
Umat Islam juga disarankan tidak terlalu lama menghabiskan bacaan al-Quran dan sebaik-baiknya hendaklah dihabiskan dalam masa seminggu.
Sahabat ternama seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa seminggu. Mereka menggunakan kaedah seperti berikut:
Selain itu umat Islam disarankan membaca surah tertentu sebagai ulangan pada setiap hari iaitu surah Yasin, ad-Dukhan, al-Waqi’ah dan al-Mulk serta ditambah surah al-Kahfi dan Ali-Imran pada malam Jumaat. Waktu utama membaca al-Quran ialah ketika dalam solat pada waktu malam, separuh akhir malam dan selepas Subuh. Hadis nabi bermaksud: “Sesiapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredaan Allah, tiba-tiba dipelajarinya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.” |
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?