Thursday, July 17, 2008

Polis pintas bila haluan kereta diubah – Mohd. Bakri

KUALA LUMPUR 16 Julai –

Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir.

Pemimpin PKR itu yang kini menjadi suspek kes liwat seorang pembantunya sepatutnya terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini selepas selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya tengah hari ini.

Selepas meninggalkan ibu pejabat BPR di Putrajaya untuk ke ibu negara pada pukul 12.25 tengah hari, kenderaan MPV Mazda yang membawa Anwar tidak terus ke IPK sebaliknya mengubah haluan ke arah rumahnya di Bukit Segambut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.

“Kita hendak tekankan bahawa Anwar pernah berjanji hadir ke IPK Kuala Lumpur pada Isnin lalu tetapi beliau gagal datang.

“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.

Anwar diarahkan hadir ke IPK Kuala Lumpur pada Isnin lalu, tetapi beliau enggan datang. Semalam, polis mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dan memberi tempoh sehingga pukul 2 petang ini untuk beliau memberi keterangan membantu siasatan kes liwat melibatkan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam sidang akhbarnya di Bukit Aman pula, Mohd. Bakri memberitahu, segala tindakan pihaknya termasuk penggunaan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Khas Bukit Aman mengambil kira keselamatan pegawai dan anggota polis terbabit serta individu yang diambil tindakan.

Beliau yang mengesahkan penahanan Anwar pada pukul 1 petang di sekitar Segambut berkata:

“Keselamatan adalah perkara paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tindakan (hari) ini selari dengan garis panduan sedia ada.

“Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dibuat secara profesional berdasarkan keperluan itu. Tangkapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.”

Mohd. Bakri menjelaskan, polis tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah Anwar kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan.

“Waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

“Beliau telah dibenarkan berjumpa peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpanya,” ujar Mohd. Bakri.

Mohd. Bakri memberi jaminan bahawa Anwar ketika ini “selamat berada dalam tahanan pihak polis.”

-Utusan Online

TP - roadtax kene bayar, jalan tak boleh ikut sukati kita...ini macam kalau nak pergi mana-mana, kene mintak kebenaran dengan polis dulu...pak polis...saya nak balik kampung ni...jalan mana perlu saya ikut??? cara tangkap pun ala-ala gestapo...sah polis Malaysia & rejim Yahudi sama je...adik beradik...mampuih la kome...mati esok...main la api puas2...

1 comment:

  1. yap~! betul tu..serius mmg diaorg ni mcm hampeh..kata nk menegak kan keadilan tp tgk, terang2 buat statement mcm tu..biar la org tu nk jalan ikut mana sekali pun..road tax kita bayar apa.kenapa mesti takut sgt dgn anwar?? sudah pasti "mereka" semua skrg ni dh rasa tergugat..wahai "polis2 dan semua2".tepuk dada tnya lah selera..HIDUP DSAI~!!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?