Assalamu'alaikum...
2 hari dah tak menaip apa-apa dalam blog & terasa janggal bila blog ni hanya diupdate dengan berita-berita dari sumber lain tanpa kemontar aku untuk beberapa isu sampingan.
Hari ni baru lega sikit bila dapat siapkan blog ni & harap-harapnya blog ni dapat bertahan lebih lama dari blog-blog perisik rakyat yang lepas insya-Allah.
Jumaat tempohari dapat 1 berita terbaru dari sorang rakan yang bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor & berita tu bagi aku biasa berlaku dalam negara Malaysia yang amat-amat demokrasi ni.
Katanya JKNS ( MOH ) tak dibenarkan menjemput mana-mana MP atau ADUN Pakatan Rakyat dalam mana-mana acara atau majlis yang melibatkan Kementerian Kesihatan atau dalam ertikata lain yang lebih mudah - MP atau ADUN Pakatan Rakyat dinafikan untuk menghadiri apa-apa acara atau majlis yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.
Arahan ini pulak katanya datang dari Menteri Kesihatan dibawah arahan Perdana Menteri Pak Lah...betul ke tak betul aku tak pasti berita ni tapi kemungkinan besar berlaku & aku yakin arahan ini tidak dikeluarkan secara rasmi.
Bulan lepas dah berlaku 1 kes yang melibatkan ADUN Subang Jaya yang dihalang dari menghadiri majlis re-union pengawas sekolah tempat beliau belajar & aku tak terkejut kalau berita yang rakan aku sampaikan ni benar.
Inilah sikap "profesional" pak pak menteri dalam KERAjaan Zalim yang masih tak reti-reti nak belajar dari kesilapan.masih nak menafikan apa yang rakyat tak suka.
Mungkin depa harap dengan berbuat demikian rakyat akan menganggap bahawa MP & ADUN Pakatan Rakyat tidak melakukan tugas & tidak sensitif pada keperluan rakyat marhain tapi depa lupa & depa masih tak belajar bahawa perkara yang depa buat tu lah yang akan rakyat adili setiap kali PRU datang.
Entahlah...makin lama aku makin tak paham apa sebenarnya yang depa nak...kalau nakkan kuasa memang ini bukan caranya.rakyat bukan bodoh...entah...mungkin depa yang bodoh...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?