Saturday, July 12, 2008

Sekolah: Cadangan Nik Aziz

Oleh Bernama
Sabtu, 12 Julai 2008

KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan kerajaan pusat melaksanakan sistem pembelajaran satu sekolah dengan menjadikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai model.

Beliau berkata sekolah terbabit dibolehkan mengajar semua bahasa termasuk Cina, Tamil, India dan Orang Asli dan tidak terikat kepada Bahasa Inggeris sahaja atau Bahasa Malaysia semata-mata.

"Kalau boleh dedahkan kepada rakyat kita dengan pelbagai bahasa kalau tidak melibatkan semua pelajar, pilih murid yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru dan anugerah kecemerlangan Maahad Pengajian Islam di sini, Sabtu.

Nik Aziz berkata cara demikian boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam di samping menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat tanpa terikat kepada mana-mana kaum sahaja.

"Dengan cara itu dapat kita menangkis tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam," katanya.

Beliau berkata untuk memulakan sistem itu, terserah kepada pihak pengurusan iaitu kerajaan pusat untuk menentukan peringkat tertentu pelajar terlibat dengan sistem yang dicadangkan.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?