Assalamu'alaikum...
Kepada rakan-rakan yang bakal menyertai "rally 1 juta" pada 6hb.julai,2008 ni...sila ambil perhatian...maklumat ni mungkin berguna untuk engkorang sebagai persediaan sebelum acara bersejarah tersebut....
Let's talk about SB...ikut pemerhatian aku & kawan-kawan seangkatan,para SB sekarang dah ada identiti & uniform baru & ini kami perhatikan sejak sabtu lepas dalam demo "peace walk".kebanyakan SB sekarang sudah mula menyarung jersi baru mereka ala-ala jersi GERAMM & Protes...yup!!!depa dah start pakai baju merah jugak...
Sedikit petunjuk cara-cara mengenali SB-SB berhampiran engkorang :
- baju T.Shirt kaler putih atau merah berkolar( kebanyakannya jersi bola ).
- spek hitam.
- jam tangan ala-ala G-Shock.
- pakai cap.
- porch bag sangkut kat bahu & kepit bawah ketiak.
- hisap rokok Surya atau Sampoerna & pakai zippo.
- kalau engkorang bercakap ( hp ) depa ni akan berada disebelah kiri engkorang & mengadap berlawanan dengan engkorang ( senang nak dengar percakapan engkorang ).
- kalau engkorang sms depa akan mengintai-ngintai dari belakang.
Wokey...agaknya cukup kot serba sedikit maklumat tu buat engkorang.aku dok perati je depa-depa yang ada ciri-ciri ni semua 2-3 minggu ni & setakat ni orang-orang yang ada ciri-ciri macam ni la yang tak pernah kene tangkap kat mana-mana demo walaupun depa yang paling "hangat" sekali dalam demo.
Beringat sebelum kena.jangan dilayan provokasi "pejuang SB" nih...ingat no..!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?