Oleh Din Tualang
Selepas membaca wawancara Ustaz Hadi Awang dalam Harakah, saya dapat rasakan seolah-olah hubungan Presiden PAS itu dengan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan goyang dan bermasalah. Luahan Ustaz Hadi menunjukkan seolah-olah selama ini banyak perkara yang tidak kena berlaku dalam konteks hubungan PAS dan KeADILan atau Pakatan Rakyat umumnya.
Saya mohon agar kedua-dua parti, PAS dan PKR dapat bertenang, bersemuka, mengambil jalan yang jernih, duduk merenung tentang sokongan rakyat pada pilihan raya lalu. Jangan khianati kepercayaan rakyat yang mahu negara ini berubah, bukan terus bercakaran atas isu-isu peribadi, sedangkan banyak isu-isu nasional yang melibatkan kehidupan sharian rakyat seakan-akan terpinggir begitu sahaja.
Memang mudah untuk memutuskan hubungan PAS dan PKR, tetapi cukup sukar untuk membinanya kembali. Mudah untuk meleburkan kesatuan dan persefahaman yang ada, tetapi amat berat untuk membentuk satu barisan politik pembangkang yang kini sudah menjadi Pakatan Rakyat.
Saya rayu sesungguhnya agar semua pihak, khususnya Anwar dan Haji Hadi sendiri, carilah begitu banyak persefahaman antara kita. Kalau ada yang terguris selama ini, carilah penyelesaian, carilah titik-temu untuk bangun bergerak membina kekuatan baru.
Saya mohon, sebagai penyokong biasa, janganlah dipersiakan harapan rakyat yang terlalu menggunung ini.
--DetikDaily
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?