Monday, August 11, 2008

Commite Suicide atau Commite "Wrongside"???

Aku ambik sikit petikan berita :

JOHOR BAHRU 10 Ogos – Seorang anggota polis yang disiasat berhubung kes kehilangan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam ladang kelapa sawit di kawasan Taman Setia Indah di sini pagi tadi. Beliau berkata, kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut sedang disiasat lanjut dan mayat itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Kenyataan dari Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff :

“Morne tidak memakai uniform ketika mayatnya ditemui dan polis yang menjalankan siasatan menemui sepucuk revolver semi auto bersama peluru serta sebuah motosikal di tempat kejadian. Pemeriksaan awal menemui satu kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya,” katanya kepada pemberita di IPK Johor di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, pemeriksaan mengesahkan Morne adalah anggota di Jabatan Narkotik IPK dan turut disiasat berhubung kehilangan dadah dari bilik bahan bukti pada 31 Julai lepas.

Gambar sekadar hiasan
Persoalan : kenapa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sedangkan mayat mangsa ditemui dengan kesan tembakan dibahagian kanan kepala?

Persoalan : macam mana seorang anggota polis yang sedang disiasat berhubung kehilangan dadah dari bilik bahan bukti boleh ditemui mati terbunuh?

Persoalan : adakah anggota polis yang ditemui mati itu terlibat dengan kegiatan gangstarism?

Persoalan : adakah pengklasifikasian kes sebagai "mati mengejut" sebagai cubaan untuk "melindungi" satu kegiatan tidak bermoral anggota tersebut?

Persoalan : adakah kematian anggota polis tersebut adalah perbuatan dari pihak-pihak tertentu yang terlibat untuk menutup bukti kehilangan bahan bukti dari bilik bahan bukti?

Persoalan : adakah sesiapa-sesiapa lagi yang bakal "mati mengejut" lagi untuk menutup kes kehilangan bahan bukti tersebut & siapakah yang sebenarnya "dalang" disebalik kejadian ini?

Persoalan : benarkah anggota yang terbunuh ini telah diculik selama 3 hari sebelum ditemui mati dengan kesan tembakan dibahagian kanan kepalanya?

.........tunggu dan lihat adegan seterusnya.........

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?