Monday, August 11, 2008

MB Terengganu beri keterangan kepada BPR

KUALA TERENGGANU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengenai beberapa projek yang dilaksanakan di negeri ini termasuk penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun dan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI).

Ahmad ketika mengesahkan perkara itu, berkata empat pegawai termasuk dua daripada ibu pejabat BPR di Kuala Lumpur mengambil keterangan daripada beliau selama sejam di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

"Bukan sahaja mengenai Piala Monsun dan TTI, saya juga telah memberi maklumat mengenai beberapa perkara (projek)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media Terengganu di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Pengarah BPR Terengganu Sharuddin Sapian berkata pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada Ahmad berhubung Piala Monsun dan TTI, yang dilaksanakan di Terengganu ketika di bawah pentadbiran pemimpin lepas.

Ahmad berkata beliau akan terus memberikan kerjasama sekiranya BPR mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelaksanaan projekprojek berkenaan.

"Kerajaan hendak bersikap telus. Kita tidak mahu menyembunyikan apa yang tidak betul," katanya.

-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?