Ahmad ketika mengesahkan perkara itu, berkata empat pegawai termasuk dua daripada ibu pejabat BPR di Kuala Lumpur mengambil keterangan daripada beliau selama sejam di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
"Bukan sahaja mengenai Piala Monsun dan TTI, saya juga telah memberi maklumat mengenai beberapa perkara (projek)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media Terengganu di sini, malam tadi.
Sebelum ini, Pengarah BPR Terengganu Sharuddin Sapian berkata pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada Ahmad berhubung Piala Monsun dan TTI, yang dilaksanakan di Terengganu ketika di bawah pentadbiran pemimpin lepas.
Ahmad berkata beliau akan terus memberikan kerjasama sekiranya BPR mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelaksanaan projekprojek berkenaan.
"Kerajaan hendak bersikap telus. Kita tidak mahu menyembunyikan apa yang tidak betul," katanya.-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment