"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 04, 2010

1Malaysia: System Fakap..!

  • Peguam Negara Tan Sri Gani Patail (gambar) mengesahkan hanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Boleh percaya ke kenyataan Gani Patail dekat atas tu..? bagi aku, tu kenyataan paling sampah yang tak layak dibakul sampahkan sebaliknya lebih layak di"loji"kan di pusat kumbahan

  • "hanya kakitangan peringkat bawahan terlibat"

Gila punya penipu statement dekat atas... sebab apa aku kata penipu..? senang cerita la beb... bagi yang BANGANG macam penjilat kumbahan UMNgOk/Beer eNd, memang susah nak terima sebab akal masing-masing dah penuh dengan taik.

Tuan-tuan & puan-puan pembaca sekelian... kalau korang jadik dealer blackmarket taraf antarabangsa, korang nak deal ke urusan perniagaan berharga juta-juta dengan "kakitangan bawahan" untuk 1 urusan "pencopetan" harta milik "PERTAHANAN" sebuah negara..?

Sape nak uruskan urusan keluar masuk barangan dari stor "PERTAHANAN" yang korang sedia tau akan lalu macam-macam prosedur termasuk inventory dan jugak dokumentasi..?

Sape nak uruskan urusan penghantaran dipintu keluar sempadan negara..? ni bukan seludup cara haram paku 1"inci ni beb..?

Korang ingat tanpa bantuan "Pihak atasan" semua tu korang boleh lepas ke..?

Fakap la lu Patail..! kau tak layak jadik manusia, jadik binatang pun kau tak layak... macam siyal betul geng-geng yang pegang amanah dekat malaysia ni...

"System Fakap..!"

4 Ekor Lembu Di Padang Mahsyar.

Oleh : AdukaTaruna (http://adukataruna.blogspot.com/)

Di satu padang masyar khas untuk para binatang, ada 4 ekor lembu sedang beratur bersama jutaan yang lain menunggu perhitungan.

"Perghhh... lama gile bersapau kat sini beb. Kita tunggu untuk apa eh?" Tanya Lembu Putih kepada 3 rakannya.

"Entahla.. dari yang gua dengar, kita tunggu kesahihan cara kita mati. Kalau kita mati kerana ibadah Allah, kita masuk syurga."

"Kalau tak?"

"Kalau tak, kita dighaibkan."

"Lu biar betul, Tompok." Lembu Putih was-was.

"Entah la... tapi nenek gua bagitau camtu la. Kalau nenek gua kencing, gua kencing lu la."

"Tapi kan nenek lu dulu pernah tipu kita yang dia berasal dari kuda?" Soal Coklat.

"Kau jangan ungkit2, Coklat. Gua bunuh lu sekali lagi kang."

"Dah.. dah. Sampai sini pun nak bertekak. Releks arr beb." Putih mencelah. Kelabu dari tadi memerhati turut mengangguk.

"Weih.. Kelabu. Lu dulu mati sebab apa?"

"Gua mati sebab ibadah kerana Allah."

"Eh.. eh.. Kompiden jer kau cakap. Cer story sket." Sampuk Tompok.

"Iman masjid, dia nak g masjid..."

"OOoo kalau Imam Masjid sembelih lu, kompom la kerana ibadah Allah. Pergh... syurga tu beb." Potong Coklat.

"Lu bikin paru2 gua panas beb. Tunggu la habes cerita." Tompok dah hangen satu badan.

"Hadoi yai. Lu ni biar la matang sket. Habiskan cerita Kelabu." Putih dah berbulu.

"Iman masjid g masjid naik Pajero. Gua tak nampak masa melintas. Dengan gua, dengan Iman Masjid arwah malam tu."

"Warrhhhh kah kah kah kah." Putih menonggeng gelak.

Tompok juga berdekah sambil tangan memegang perut. Coklat jangan cakaplah. Ketawa sambil geletek ketiak sendiri untuk kepuasan maksima.

"Mati eksiden ada hati masuk syurga. Warggrhhhhh kah kah kah kah." Putih gelak lagi.

"Dah tahu kelabu, pakai la jaket pantul cahaya. Warghhhhh kah kah kah." Tambah Coklat.

"Ekeleeee... yang lu plak Tompok? Mati pasal apa?"

"Gua mati pasal gua lembu laga. Gua berlaga dengan Coklat. Tapi sebab Coklat mati dulu, kira gua menang la."

"Warrghhhh.. hahahahaha. Kah kah kah kah." Putih terus gelak.

"Apsal lu gelak?" Soal Tompok dan Coklat serentak.

"Bodoh macam lembu. Kena aniaya kat manusia. Kah kah kah kah." Putih gelak lagi.

"Okeh.. lu plak? Mati pasal apa?"

"Gua mati pasal ibadah Allah beb. Gua kena sembelih hari Jumaat lagi." Putih bangga.

3 yang lain terdiam.

"50 orang raikan kematian gua beb. Siap banner lagi."

"Ha? Yang arak kepala lu kat SUK tu ke?"

"Ha ah."

"Warghhh kah kah kah kah. Tu sembelih kerana UMNO, bukan kerana Allah. Kah kah kah. Bodoh macam Melayu."

"Warrghhhh.. hahahahaha. Kah kah kah kah. Siap kena pijak kepala lagi tu beb. Kah kah kah."

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA. Mari kita Berdemonstrasi

NOTA EDITOR: Artikel ini ehsan dari blog "Seruan Najib Tun Razak". Saya ingin berterima kasih atas artikel saudara yang begitu padat dengan fakta dan hujjah. Selepas artikel ini, saya nak tengok SEEMMUUUAAA NGO Melayu keluar ke jalan-jalan raya memprotes kegiatan JUDI yang semakin marak dan besar ini. Atau NGO2 Melayu ni pun rasa judi tak haram? Saya tertunggu2 Parti Islam Semelaysia bercakap pasal isu ni. Inilah masa yang paling sesuai.

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA
Selasa, 08 Desember 2009

Saya buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119
sumber : satuumat.blogspot.com

catatan : Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

ckckck luar biasa, jadi ini toh selama ini yang menjadi penyebab malaysia menjadi negara kaya di asia? negara yang paling tinggi, megah dan serba wah? "sungguh hebat, ternyata malaysia yang islamnya sangat kuat, dan selalu bangga akan diri nya yang religius, dan selalu menjelek - jelekan indonesia miskin dan buruk? "di sana disebutkan juga hasil JUDI di sembunyikan dari pada pengetahuan rakyat Malaysia setelah itu hasil Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan. apa tidak salah? uang haram di bagikan untuk masyarakat yang mayoritas orang malaysia rata - rata muslim?

"Hei orang - orang malaysia, lihat itu negara anda. apa lebih baik dari indonesia? ini akibat kecongkakan negara malaysia. di luarnya saja terlihat bagus, tapi dialamnya ternyata bobrok ( borok )

makan tuh ringgit haram!!!

Keterangan YB Khalid Samad Berkenaan Isu "Kalimah Allah"

NOTA EDITOR: Ini adalah artikel tulisan YB Khalid Samad berkaitan dengan isu "Kalimah Allah" yang sekarang amat hangat diperkatakan. Terpulang pada anda semua untuk membuat penilaian.

Sekian.

Isu Kalimah

Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian.

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab.

Oleh yang demikian, saya berharap kali ini sesiapa juga yang ingin melontarkan pandangan agar dapat membaca penjelasan saya sehingga tamat dengan berdarkan hujah dalil dan bukan berdasarkan sentimen

Kenyataan saya sebelum ini merupakan ‘a statement of fact’ atau satu kenyataan fakta dan soal saya menyokong atau menggalakkannya tidak timbul sama sekali. Ianya dipohon bukan oleh saya tetapi oleh sebahagian masyarakat Kristian tanpa apa-apa dorongan dari saya.

Namun, apabila saya ditanya, saya menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banyak negara dan diperakui oleh Al-Quran sendiri. Hujjah-hujjah berhubung persoalan ini telahpun saya nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah bahawa yang menentukan Islam atau tidak Islam bukan dengan penggunaan kalimah Allah tetapi kefahaman terhadap Allah sebagai Tuhan yang Esa. Ini disebut sebagai konsep ‘Tauhid’. Itulah sebabnya mengapa apabila seseorang memeluk agama Islam dia mengucap -
  • “Aku naik saksi tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah”.

Ini bahagian pertama dari dua kalimah syahaadah. Ucapan ini berbentuk penafian dan penolakkan akan wujudnya tuhan-tuhan lain selain Allah. Ianya bukan sekadar mengatakan -

  • “Allah adalah Tuhan”

Tetapi lebih dari itu ia juga menolak wujudnya tuhan-tuhan lain. Kalau kita perhati dan fikirkan sejenak dengan mata hati, maka kita akan memahami sebabnya.

Masyarakat Jahilliyah pada zaman Rasulullah (SAW) memang percaya pada Allah. Namun mereka juga percaya pada tuhan-tuhan rekaan mereka sendiri yang mereka dakwa adalah anak pada Allah atau pengantara di antara manusia dan Allah. Termasuk di dalam kategori tuhan-tuhan palsu ini adalah Al-Latta wal Uzza dan beratus-ratus lagi tuhan yang mereka letakkan di keliling Kaabah pada masa itu.

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “Bismikallahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.

Itulah sebabnya apabila seseorang memeluk agama Islam dia menegaskan keEsaan Allah. Dia menegaskan keEsaan Allah supaya membezakan pendiriannya dari mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak dan sekutu. Kepercayaannya terhadap keEsaan Allah yang menjadikannya Muslim bukan kepercayaannya terhadap wujudnya Allah semata-mata.

Begitu jugalah keadaannya berhubung golongan Ahlul-Kitab ia itu Yahudi dan Nasrani. Konsep Trinity pegangan orang-orang Nasrani telah pun wujud pada zaman Rasulullah (SAW). Walaupun mereka turut menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kepercayaan ummat Islam dibezakan dari kepercayaan mereka melalui konsep keEsaan Allah yang dibawa Islam. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegur kesesatan kepercayaan orang Nasrani yang mendakwa Isa (AS) sebagai anak Allah dan Allah sebagai satu dari tiga. Ini semua ditegur walaupun pada masa yang sama orang Nasrani terus menggunakan kalimah Allah. Di antara ayat-ayat ini adalah Ayat 72 dan 73 Surah Al-Maidah di mana Allah berfirman,

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…” (ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...”

Dalam kedua-dua ayat ini tidak dapat dinafikan bahawa kaum Nasrani atau Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi kepercayaan mereka yang menolak keEsaan Allah menjadikan mereka kafir. Tiada kutukan dari Allah terhadap penggunaan kalimah Allah oleh mereka.

Andaian bahawa orang Nasrani sekarang berpegang kepada konsep Triniti dan orang Nasrani pada zaman Rasulullah tidak dan oleh itu mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah adalah tidak berasas. Ini jelas dari ayat-ayat tersebut yang diturunkan pada masa itu dan menegur kepercayaan orang Nasrani pada masa itu.

Konsep Tauhid yang menentukan seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Inilah pada dasarnya yang membezakan Islam dengan agama yang lain. Namun, tidak juga mencukupi dengan hanya itu. Ada juga satu aspek lagi dalam kalimah syahadah ummat Islam yang bererti “Aku naik saksi Muhammad Rasul Allah”. Oleh itu, kalau ada sekalipun golongan yang mengEsakan Allah tetapi menolak keRasulan Nabi Muhammad (SAW), dia tetap bukan seorang Muslim. Termasuk dalam golongan ini kumpulan Qadiayani dan mungkin juga Sikh dan Yahudi.

Berdasarkan penghujahan yang dibentangkan di atas, jelas bahawa masalah kalimah Allah yang ingin digunakan oleh bukan Islam adalah masalah yang diada-adakan. Yang membeza Islam dan bukan Islam adalah konsep Tauhid dan keRasulan Nabi Muhammad (SAW) bukan kalimah Allah. Ini sebenarnya perkara asas dan wajib difahami oleh semua ummat Islam. Dengan kefahaman ini mereka mampu menangkis segala usaha untuk mengelirukan mereka (sekiranya ada) dengan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam. Tanpa kefahaman ini, hakikatnya mereka sudah pun berada di dalam kekeliruan walaupun tiada pihak lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dari sudut dakwah Islamiah, sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah maka ia memudahkan kita berdakwah kepada mereka. Melalui penggunaan kalimah yang sama ini, iaitu ‘Allah’ kita sudah mempunyai titik pertemuan dari mana untuk bertolak. Ini di dalam Al-Quran diistilahkan sebagai “ila kalimatin sawaain” atau ‘atas kalimah yang sama’ dan metodologi dakwah sebegini yang telah digunakan oleh Rasulullah (SAW) berdasarkan perintah Allah yang terdapat di dalam Surah Al-Maidah ayat 64.

“Katakan (Wahai Muhammad); Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama di antara kami dan di antara kamu, iaitu kita tidak menyembah selain Allah dan janganlah kita mensyirikkanNya dengan sesuatu…”

Hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan yang sama ditegaskan lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud ;

Dan jangan berhujah dengan golongan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik dan jangan (berhujjah sama sekali) dengan yang Zalim di kalangan mereka. Dan katakan, Kami beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu, dan kami berserah kepadaNya.”

Sebenarnya isu ini merupakan sesuatu yang menguntungkan ummat Islam. Ia mampu menjelaskan kepercayaan Tauhid yang dibawa Islam di kalangan ummat Islam dan bukan Islam. Sambil itu ia membuka pintu dakwah kepada golongan bukan Islam, khususnya golongan ahli kitab.

Namun ianya sengaja dikelirukan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka, untuk mencari titik perbalahan menakutkan ummat Islam dan mengelirukan ummat Islam dengan lebih lagi. Melalui kekeliruan ini mereka akan terus berkuasa, kerana rakyat yang keliru mudah ditipu dan dikuasai.

Wallahua'lam
KHALID SAMAD

KES ROGOL DI JOHOR MERISAUKAN

Johor mencatatkan kes rogol kedua tertinggi di negara ini iaitu 2,186 kes daripada keseluruhan 13,134 kes yang dilaporkan kepada polis sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu. Secara purata, dalam tempoh tersebut, jumlah kes rogol yang dicatatkan di Johor adalah lebih daripada 291 kes setahun atau melebihi 24 kes dalam sebulan.

Menurut statistik yang dikeluarkan polis, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu sebanyak 2,403 kes, diikuti Johor, Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847).

Pahang pula mencatatkan sebanyak 722 kes bilangan kes rogol, Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134).

Menurut statistik itu, sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu pula, Johor masih mencatatkan kes rogol kedua tertinggi iaitu sebanyak 221 daripada keseluruhan 1,494 kes.

Secara purata, dalam tempoh tersebut, jumlah kes rogol yang dicatatkan di negeri itu amat membimbangkan iaitu lebih daripada 36 kes sebulan atau melebihi 1 kes sehari.

Selangor pula mencatatkan sebanyak 302 kes diikuti Johor, Kedah (169), Kuala Lumpur (118), Sabah (101), Perak (99) dan Pahang (91).

Kes rogol di Melaka pula sebanyak 75 kes, Pulau Pinang (68), Sarawak (67), Negeri Sembilan (62), Terengganu (58), Kelantan (50) dan Perlis (13).

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, jumlah laporan kes rogol yang tinggi bagaimanapun tidak mencerminkan terlalu banyak jenayah tersebut berlaku di Johor.

Sebaliknya, kata beliau, bilangan laporan yang tinggi juga bermakna kerjasama erat dan jaringan yang baik antara masyarakat dan polis.

"Lebih banyak kes yang dilaporkan bermakna orang ramai kini lebih bersedia untuk tampil membuat laporan.

"Ini lebih baik berbanding kes yang disembunyikan. Dalam kes rogol, ramai mangsa serta keluarga enggan membuat laporan kerana malu sedangkan mangsa tidak bersalah dan tidak perlu berperasaan sedemikian," katanya yang juga penganalisis bagi Yayasan Pencegahan Jenayah.

Beliau berkata, kemajuan sesuatu negeri juga menyebabkan bilangan penduduk di situ bertambah kerana ia menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah.

Sementara itu, Kamal Affandi berkata, kebanyakan perogol tidak merasa bersalah melakukan jenayah terkutuk itu sebaliknya menyalahkan mangsa yang dianggap terlalu menggoda.

Tambahnya, beliau kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlalu bersimpati dengan perogol sehingga keutamaan yang lebih diberikan untuk memulihkan penjenayah tersebut melalui kaunseling berbanding membela nasib mangsa yang menderita.

Bagaimanapun, beliau menolak pendekatan ekstrem segelintir pihak yang mencadangkan agar perogol dikasi dan berpendapat langkah tersebut hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Jelasnya, kasi mungkin dapat mengatasi masalah rogol, namun ia mungkin menyebabkan perogol beralih kepada jenayah bunuh pula kerana berasa dendam yang membara.

Justeru, Kamal Affandi berkata, antara langkah untuk membasmi rogol adalah melalui pendidikan yang dapat menjadikan seseorang itu lebih menghormati wanita dan tidak menganggap golongan itu sebagai objek seks semata-mata.

Dengan cara itu setiap individu dapat mengetahui bahagian tubuhnya dengan mendalam dan mengetahui batas pergaulan atau sentuhan yang dibenarkan, katanya.

Apa Punya Bodoh La Nik Aziz Nih...

Oleh : AdukaTaruna

Di mana logik gomen keluarkan 1 bilion subsidi untuk benda yang memudaratkan rakyat? Apa punya bodoh Mursyidul Am PAS ni?

Gula kalau makan banyak memang la mudarat. Pembolehubahnya makan dengan banyak. Bukan gula jer, tapi apa sahaja kalau diambil secara berlebihan akan mudarat.

Kalau camtu, naikkan la harga beras kerana ia memudaratkan. Beras kalau diambil banyak tapi tak bersenam, mampos gak kena penyakit.

Kalau camtu naikkan la harga petrol sampai maksimum. Sebab petrol mudaratnya membunuh. Banyak kes kemalangan, kes rumah kena bakar guna petrol.

Jangan lupa naikkan harga elektrik maksimum. Sebab berapa banyak rumah terbakar kerana litar pintas. Badan bini lu punya pasal, lu hukum rakyat dengan naikkan harga gula. Cinabeng lu!

"GORENG" CARA UMNGOK dalam menangani ISU KENAIKAN HARGA

Halluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu rakyat sudah masak dengan cara GORENGan UMNGOK setiap kali menjawab persoalan isu kenaikan harga barang!

ISU GULA : Negara kita adalah yang paling rendah berbanding negara lain...Untuk mengurangkan kadar pesakit DIABETES di Malaysia kerana Malaysia dilaporkan negara yang tertinggi mempunyai pesakit yang menghidapi DIABETES! Dengan kenaikan harga GULA rakyat dapat mengurangkan lagi penggunaan gula dalam kehidupan seharian....................tetttttttttt TOLOL!

ISU PETROL/DIESEL : Negara kita adalah yang paling rendah berbanding negara lain...Dapat mengurangkan kadar pencemaran dari penggunaan bahan bakar...............tetttttt TOLOL!!

ISU KELAPA/SANTAN : Negara kita adalah yang paling rendah berbanding negara lain...Kadar obesiti...............tetttttt TOLOL!!!

ISU AYAM : ..............tetttttt TOLOL!!!!

ISU TEPUNG GANDUM : ..............tetttttt TOLOL!!!!!

ISU BERAS : ..............tetttttt TOLOLLLLLLLLLLL!!!!!!

Percaya atau tidak gorengan RENTONG UMNGOK...Ada sesiapa ingin tambah? Silakan....

PROPA"GODA" MEDIA BN

Hari ini berulang-ulang kali pembaca berita memaklumkan akan kenaikan peratusan KES ROGOL di negeri Kelantan. Hello MANGKUK takkan baca STATISTIK 1 negeri saja TOLOL?! Kalau berani tunjuk semua data statistik 1MALAYSIA la BAGHAL!

Masa kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dapat pujian daripada Sultan berkenaan kadar kes jenayah di Kelantan mendadak turun TAK DAK PULAK HEBOH DALAM MEDIA!!!

PROPA"GODA" MEDIA UMNGOK yang TIDAK BERJAYA! BOLEH BLAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHH!~

Kisah Rahman dan Chin Peng di Padang Mahsyar.

Oleh : AdukaTaruna

Di Padang Mashsyar yang terik dan berbahang secara melampau, kelihatan Rahman dan Chin Peng sedang dibicarakan di hadapan bilion manusia bogel.

"Hah. Kamu Rahman..."

"Lu agak2 sket bhai.. lu ingat lu malaikat, gua takut ke? Nama gua Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Sebut betul2. Pantang anak Melayu kurang ajar kepada sultannya."

Menggigil malaikat tahan marah beb. Nasib baik belum jatuh hukum jer. Kena pro. Kalau tak, mahu terbenam dalam bumi kena pelangkong dah tuh. Chin Peng dok sebelah sengeh jer.

"Gua tak peduli nama lu Tunku ke apa ke. Skang gua tetap panggil lu Rahman." Balas malaikat tahan marah.

"Ekeeeleee...." Rahman merengus. Mata pandang tempat lain. Kaki tepuk2 tanah.

"Lu aaa... sulah mati lo.. jangan bikin itu macam la, Tungku Lahman." Bebel Chin Peng kepada Rahman kemudian sengeh kat malaikat. Bodek ma..

"Skang ni, gua nak tanya lu berdua. Kenapa lu berdua bunuh membunuh sampai melibatkan banyak jiwa?" Malaikat kasi question kat diorang.

"Dia la!" Rahman tunjuk Chin Peng.

"Tionaseng lu. Apa pasat gua? Lu la.." Chin Peng mula marah.

Malaikat geleng2 kepala. Kecik jer 2 ekor manusia ni. Ikut hati, mau kena gulai skang gak ni.

"Lu Rahman. Jawab dulu." Malaikat tuding kat Rahman.

"Ini Cina bodoh. Mau perang dengan Melayu. Dengan orang Islam. Mesti jihad la. Lu malaikat pun bodoh ikut Cina ke?" Rahman plak soal malaikat. Telan air liur beb malaikat tu kena soal dengan Rahman.

"Niamakahai lu Lahman. Gua perang sama itu olang puteh ma.. gua kasi halau itu olang puteh. Itu olang puteh sudah jajah sama kita. Tapi lu orang Melayu punya bolo.. boleh pulak kasi mati demi itu penjajah. Itu penjajah just kasi lu senapang dan duduk dalam opis. Yang lu pun main salji sana England. Tapi Melayu lain kasi mati demi olang puteh. Manyak sohai olang Melayu punya otak."

"Betul ke apa yang Chin Peng katakan ni, Rahman?"

"Kepala hotak lu. Itu Tanah melayu tanah gua. Tanah orang Melayu. Apa kes plak Chin Peng mahu rampas?"

"Lampas kepala ayah lu la Lahman. Yang lampas tanah lu olang puteh ma.. lu tatak sedar ka? Sudah ratus tahun kena jajah, sampai lu anggap olang puteh itu Melayu ka? Lu tgk lu punya kulit, tgk olang puteh punya kulit. Lain ma. Bodoh punya Melayu."

"Ah.. pergi mampos. Sebagai anak Melayu, pantang Cina pijak kepala Melayu."

"Cina pijak kepala Melayu nenek lu. Ini parti semua bangsa ada. Itu Shamsiah Fakeh Cina ka? Itu Lashid Maidin Cina ka?"

"Ah... Cina kote tak sunat."

"Haiyaa.. bolo. Jangan macam budak2la.. jangan kasi malu depan lu punya tuhan. Kita olang mahu halau itu penjajah ma. Itu olang puteh. Yang lu aaa... kalau tak sokong sama kita olang, jangan kasi jadi bodoh la mati demi itu olang puteh. Lu boikot sama kita, boikot sama itu olang puteh. Tapi apa pasat lu mati untuk itu olang puteh? Apa pasat Melayu manyak bolo ini macam? Bolo selupa Hadi."

"Siapa Hadi?" Rahman dan malaikat bertanya hampir serentak.

"Itu lu kena tunggu AdukaTaluna bikin story part 2."

http://adukataruna.blogspot.com/

Isu Nama Allah: Mengapa Tiada Rayuan Dalam 24 Jam Seperti Kes Nizar?

Sewaktu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah MB yang sah, maka UMNO telah membawa kes tersebut ke mahkamah Rayuan. Hasilnya, tidak sampai 24 jam, keputusan Mahkamah Tinggi itu telah di berhentikan dari dilaksanakan.

Dalam kes Nizar, dengan tiada asas yang jelas, Hakim lantikan Linggam tersebut telah memberi “stay-of-execution” kepada keputusan Mahkamah Tinggi menyebabkan Nizar terpaksa mengosongkan pejabat MB yang baru beberapa jam beliau duduki itu.
(Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.)

Soalannya, mengapa UMNO tidak menggunakan taktik yang sama dalam kes “Nama Allah” ? Mengapa UMNO tidak membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dengan segera dan mendapatkan “stay of execution” ( pemberhentian dari perlaksanaan) secepat seperti dalam kes Nizar tempohari?

Bagi saya, isu nama Allah ini adalah isu yang digunakan UMNO untuk memerangkap PAS serta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Mana mungkin UMNO yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba bersemangat untuk memperjuangkan Islam?

ISU INI SUDAH LAMA MAHU DIGUNAKAN UMNO

Sebelum saya ditendang dari “Muslim Blogger Alliance” pimpinan Mahaguru 59 (tanpa sebab), saya mendapat satu email berkenaan pertemuan beberapa blogger (termasuk Mahaguru59) dengan pegawai-pegawai JPM serta Zahid Hamidi.

Antara isu yang dibesar-besarkan dalam pertemuan itu adalah isu nama Allah yang diminta oleh Gereja Katholik Malaysia.

Saya nakal dari email yang dihantar oleh Mahaguru58 :
  • The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan, President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the problem being created by the publishers of the Malaysian Roman Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term 'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their Christian magazine.
Ini bererti, UMNO sudah lama bercadang menggunakan isu “nama Allah” ini untuk menyemarakan semangat kebangsaan Melayu supaya timbul perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu dengan bangsa dan agama lain.

Padahal isu Najib lulus 10 lesen judi baru itu lebih jelas bertentangan dengan Islam dan tidak pun Mahaguru58 serta JPM memperjuangkannya.

JELAS, isu ini satu perangkap untuk memecahbelahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Ia bukan bertujuan untuk memperjuangkan Islam sama sekali.

Lagi pula, mahkamah di Malaysia di tangan UMNO. Mengapa UMNO tidak menggunakan mahkamah dalam hal ini, saya pun tidak tahu.

NAMA ALLAH SUDAH DIGUNA SECARA MELUAS OLEH ORANG KRISTIAN DI SABAH SARAWAK SEBELUM MENYERTAI MALAYSIA

Tujuan penggunaan nama Allah ini bukan tujuan jahat dari pihak Gereja Katolik. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, mereka telah menggunakan nama Allah sejak sekian lama, malahan sebelum menyertai Malaysia lagi.

Ini adalah lantaran kemasukan bahan-bahan Kristian dari Indonesia yang kesemuanya menggunakan nama Allah di dalam nya.

Adapun, tuduhan bahawa tindakan ini akan menyebabkan orang Islam murtad adalah tuduhan yang tidak bijak. Di Indonesia,fenomena murtad adalah lantaran dari ideology PANCASILA yang diperkenalkan oleh orang Islam sendiri dan bukannya orang Kristian.

Di Malaysia, tidak mungkin akan berlaku peristiwa murtad hanya kerana orang-orang Krisitian dibenarkan menggunakan nama Allah. Lagi pula, Gereja Katolik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana khabar angin berkaitan dengan kemurtadan satu masa dahulu.

Dan, peristiwa murtad di Malaysia pun adalah lantaran kelemahan usaha dakwah serta tekanan dan penindasan usaha dakwah yang sekian lama dilakukan oleh UMNO. Bukan kerana penggunaan nama Allah oleh agama2 samawi.

ISU MURTAD DI MALAYSIA

Bukankah sebuah NGO Islam di Malaysia pernah menyamar dan menghadiri “mass” di salah sebuah gereja di Malaysia. Hasil dari penyamaran mereka menunjukkan bahawa “muka-muka” Melayu yang menghadiri “mass” itu adalah mereka yang sudah kristian dan berasal dari Sabah dan Sarawak. Ertinya, tidak dapat dipastikan bahawa usaha memurtadkan orang Islam ini berjalan dengan agresif atau tidak?

Cumanya, orang-orang yang biasanya kita anggap orang Melayu yang menghadiri upacara agama Kristian ini adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka memang telah Krisitan sejak asal.

Saya pernah makan di restoran ayam golek dan roti john di Cheng,Melaka pada hari Krismas. Dan restoran tersebut bersebelahan dengan sebuah gereja. Dan saya pun terkejut melihat ramai muka Melayu yang menyambut Hari Natal di Gereja tersebut. Saya bertanya kepada tuan punya restoran, mengapa ramai Melayu yang bersembahyang di Gereja tersebut. Tuan punya restoran tersebut, seorang yang berumur, berkata itu semua adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka telah kristian sejak lahir lagi. Saya bertanya bagaimana beliau tahu. Dia menjawab, dia bertanya sendiri kepada “muka-muka” Melayu tersebut. Mereka semua adalah Kristian

Sebagai penutup, jelas bahawa isu ini hanya mainan UMNO semata-mata. Jangan kita lupa peristiwa 13 Mei, Operasi Lalang dsbnya di mana UMNO selalu memprovokasi keadaan yang biasanya berakhir dengan kerugian di pihak kita.

Adakah logik sebuah parti yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba mahu memperjuangkan ISlam? Inilah yang orang-orang tua panggil "Musang Berbulu Ayam".

Tulang Besi

p/s - di bawah adalah email dari Mahaguru58 berkenaan dengan perjumpaan beliau dengan orang JPM dan Zahid Hamidi satu masa dahulu :

[muslim-bloggers-alliance:766] Mahaguru58 and other Bloggers Dialogue with the Minister in charge of Islamic Affairs, PM's Department
muslim blogger alliance X
Repl MAHAGURU58 Assalamualaikum dear MBA members. I was invited to a closed door meeting with...2/14/09
MAHAGURU58Loading... 2/14/09

MAHAGURU58
to MUSLIM
show details 2/14/09

Assalamualaikum dear MBA members.

I was invited to a closed door meeting with Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister's Department and in charge of Islamic Affairs, Government of Malaysia day before yesterday at the Shangrila Putrajaya. The meeting took place at 9pm at a designated meeting hall in the exclusive hotel.

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan, President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the problem being created by the publishers of the Malaysian Roman Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term 'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their Christian magazine.

Fellow blogger Nuraina Samad who blogs at http://nursamad.blogspot.com, the daughter of National Laureate, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail, was also there and two other bloggers who wish to remain anonymous.

Also attending on behalf of the Malaysian Government's side was Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, the Director General of JAKIM, the Islamic Development Department of Malaysia, Dato' Hj
Ibrahim bin Lembut, the Director General and Chief Syarie Judge of the Syariah Justice Department of Malaysia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas, the Director General of IKIM, the Institute of Islamic
Understanding Malaysia and other top officials of the Ministry (Islamic Affairs, Prime Minister's Department).

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM, IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by creating this wave of controversy by pushing for such unheard of demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic publications, etc.

The Minister has been following postings done by many of us in the Malaysian Blogosphere and supports the good work that most of us do to help fight against the enemies of Islam through our respective blogs.

He admits to regularly read me too and also said that many of his fellow ministers support me and those of us here in the Muslim Bloggers Alliance.

Rocky Bru and Nuraina Samad are at the moment embroiled in engaging the Islamophobes out there in our volatile Malaysian blogging scene and have asked me to join forces with them in clearing the air about what our stand is against the Christian Catholic magazine usage of 'Allah' to describe their distorted idea of God when in truth they do not preach what Eesa Alaihis Salam himself preached that is to worship
none other than Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

We discussed many things and amongst the ideas mooted was my idea to first and foremost register our MBA and after that to launch a 'Mobile Dakwah Unit' national team where we would be using a 3 sided open panel van to travel to most major cities and rural areas.

Volunteers would then stop these Mobile Dakwah Units at places to be chosen in major towns and public fields.

We would after Isya' prayers start screening informative documentary films about what Islam truly is and to help the public gain truthful information about our Islamic faith.

The screening will be done using projectors and utilize mobile projection screens when needed or use the area's building walls when necessary.

Airing informative documentaries through the broadcasting channels doesn't attract on the field interactions such as what I proposed to the Minister and the JAKIM, IKIM and Syariah DG's?

We need to return to the basics and approach the public face to face.

We can then after screening such films and documentaries attend to and answer any questions posed by the public as far as matters such as the Hudud Laws of Islam, the subject of apostasy as in the cases of Lina Joy, Subashini and others, this usage of Allah by the Christian Catholic Herald Magazine, and other matters which are being misunderstood by the majority of Malaysians, both Muslims and
Disbelievers alike?

By using this direct to the people approach, we will then also be able to distribute booklets, brochures, informative DVD's and other Islamic Information material for free to the general public.

The Minister supports this idea of mine and asked me to coordinate with JAKIM, IKIM and the Syariah Justice Department to work out the program.

As far as the monetary needs are concerned, the Ministry will help where it can and Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi asked that we here in the MBA come up with about 40 dedicated bloggers whom he wants
to join him and the other top government officers in a meeting to discuss this matter proper.

He also said that he wishes to have those of us who attended the meeting at Shangrila Putrajaya to be ready to have an audience with His Majesty, the Yang Di Pertuan Agong soon to address this current situation where Islamophobia has been festering for quite some time without the decisive corrective action be taken by those before him?

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also asked that we work in tandem with one another and not to let the cat out of the bag for now for we have enemies both in and out of the ummah.

I am sharing this confidential development with you who are subscribed to and registered with the MBA in total trust that you will not disclose about this meeting between myself, Rocky Bru, Nuraina Samad, those two other bloggers and the Minister and others especially the Director General's of our nation's top most Islamic Departments because I need to select and choose those who are willing to be amongst our top 40 MBA delegation to be invited to the next meeting with the Minister and others.

I am also giving you notice for each and every MBA member who is registered with us to update your details in the member profile.

I am going to update the official MBA website with a list of every MBA member with links to their respective blogs for the general public to access and view them.

I need each of you dear MBA members to email me with your full list of personal details for at the moment we do not yet have a proper working committee to prepare all these.

I know that most of us are terribly busy with our own work and personal life's but this is Fardhu Kifayyah as far as I am concerned for the future of our ummah here in Malaysia depends on what we choose to do in order to see to it that our Deen is protected from the evil designs of our enemies out there, both declared and covert.

You need to be courageous and be firm when speaking up for Islam.

I need you to be with me in seeing to the proper registration and formation of this Muslim Bloggers Alliance.

Today, we have come to be recognized as a legitimate representative of the Muslim Bloggers this side of the world.

The Minister himself has given us his blessings and we stand to be able to contribute officially as an Islamic NGO and do what we can for the ummah and the nation using our collective pool of thoughts and ideas to help our fellow Muslims and Malaysians in general.

I ask that you please email me your full details as per the usual necessary details needed for registering your membership here in the MBA:
  1. Full name
  2. Full blog address
  3. Email address
  4. Contact Mobile Number
  5. Gender
  6. Age
  7. Profession
We do not have a secretary yet.

For now it is all up to me and Brother Ades has graciously set up and sponsored our main website. He himself is quite busy with his studies and I do not wish to burden him unnecessarily.

I'm okay with the setting up of this MBA on my own for now but when we are all ready to meet and set up our office in actuality, I hope that those of you who are able to will come forth and do your part by assuming ownership and taking responsibility for the running of the MBA proper.

I do not wish to see this MBA die with me. I need you to carry on after I'm no longer around or unable to if I'm to live to be old and grey in the real sense of the word. :P

Please resend me your details here to my emails :

admin@themuslimbloggersalliance.org
mahaguru58@gmail.com

Remember, keep this info contained in this email confidential.

I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE" group.
To post to this group, send email to muslim-bloggers-alliance@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to muslim-bloggers-alliance+unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/muslim-bloggers-alliance?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

blog MB KEDAH

Mari lawati dan meriahkan blog baru MB KEDAH :