Apa yang aku ada cuma pandangan peribadi aku dalam hal ni berdasarkan kepada beberapa perkara yang berlaku pada sebelah siangnya (pagi sebelum Kelantan Fiesta dilancarkan) dan juga beberapa "insiden" yang telah berlaku di Kelantan hasil kerja tangan "Puaka-Puaka" UMNO.
PAS Sabotaj Majlis Pelancaran Gilang-Gemilang Kelantan Fiesta..?
3 blog pro UMNO menceritakan secara detail (kununnya) rentetan peristiwa "sabotaj" yang "kununnya" dilakukan oleh pihak PAS pada malam kejadian. antara "sabotaj" yang "kununnya" dilakukan oleh pihaak PAS ialah -
1 - Merampas segala banner dan bunting iklan Kelantan Fiesta.
2 - Tidak memasang lampu stadium walaupun "cakap-cakap" mengatakan "kebiasaannya" lampu stadium dipasang seawal jam 6:30 petang.
3 - Power supply dibilik media tidak berfungsi (diputuskan..?)
4 - Pembesar suara dipentas utama dimatikan sebaik saja acara mahu dimulakan.
5 - Sistem elektrik di pentas utama diganggu.
6 - Segala peralatan ditapak X-treme park dibongkar.
Lebih kurang gitu la "sabotaj-sabotaj" yang pihak PAS Kelantan lakukan ("kununnya") semalam dan hari ni.
Aku tak nak susah-susah cari orang tu, cari orang ni atau sesiapa yang berkenaan untuk dapatkan pengesahan atas semua yang berlaku. aku pun malas nak tanya betul ke macam tu, betul ke macam ni..?
Kali ni aku saja jadi "berat sebelah". korang nak cakap apapun cakaplah. aku pedulik hape..?
Terus-terang aku cakap kalau betul la PAS sabotaj program "Gilang-Gemilang" semalam dan jugak pagi tadi, ianya adalah satu kerja yang amat-amat tidak profesional.
Patutnya PAS sabotaj lebih dari tu... aku ada masa majlis "Gilang-Gemilang" semalam dan aku tengok 1 persatu apa yang berlaku. sepatutnya kalau nak sabotaj, jangan bukak terus lampu stadium, semalam ada 1 lampu stadium tak ditutup masa Tok Pa tengah berucap. kalau aku la, aku padam je terus semua lampu stadium tu, biar gelap terus..!
Dengan UMNO ni bukan boleh bagi muka. elleh... baru kena sabotaj sekali dah nak kecoh, yang UMNO dok sabotaj program-program Pakatan Rakyat dari dulu, kini dan selamanya tu tak pe pulak..? tak samseng pulak..?
Program Pakatan Rakyat dari dulu, kini dan selamanya walaupun dibuat dalam kawasan persendirian korang pergi arah polis dengan FRU serang tak samseng ke..? tembak bom asap, siram orang ramai yang berhimpun dalam program-program Pakatan Rakyat dulu, kini dan selamanya yang dibuat dalam kawasan persendirian tak samseng ke..?
Ni nak bagitau... orang UMNO tolong baca betul-betul..!
Kalau betul la PAS sabotaj program Kelantan Fiesta, memang aku sungguh-sungguh 100% sokong sesokong-sokongnya kerja-kerja sabotaj ni.
Woi... bagi aku ni cara paling "lembut" nak mengajar beruk-beruk yang bersifat kurang ajar dengan Pemangku Raja dan jugak Menteri Besar Kelantan. perjanjian asal yang dah dipersetujui ialah Kelantan Fiesta akan dilancarkan oleh pemangku Raja Kelantan dan bukannya Murujib..!
Ikut perjanjian asal juga, Menteri Besar Kelantan akan berucap sebelum Kelantan Fiesta dilancarkan. 2 perjanjian yang dah dipersetujui ni telah dilanggar pada saat-saat akhir.
Baik... bab Menteri Besar Kelantan tak dibagi peluang untuk berucap bagi aku kecik punya hal, tapi bab menggantikan Pemangku Raja sebagai perasmi dengan Murujib bagi aku ialah hal yang paling besar dan paling-paling kurang ajar yang UMNO dah buat.
Kalau bercakap soal Raja-Raja, UMNO cukup-cukup hero, dalam masa yang sama, UMNO jugak la yang kurang ajar dengan Raja-Raja. masuk kali ni, dah 3 kali UMNO kurang ajar dengan Pemangku Raja Kelantan. nanti aku senang sikit aku cerita paling kurang ajar-kurang ajar yang UMNO buat pada Istana Kelantan.
Selama ni UMNO dok kecoh bila Dato' Seri Ir Nizar "mohon derhaka" dekat Sultan Perak, lepas ni kita akan bongkar pulak siri-siri penderhakaan UMNO terhadap institusi Raja-Raja di Kelantan. kes-kes yang akan dibongkarkan nanti bukan kes-kes lama zaman Annuar Musa dulu, tapi semuanya kes-kes baru yang berlaku dalam masa setahun kebelakangan ni tapi tak dikecohkan.
Tunggu je dalam 2-3 hari lagi kita akan bongkar ke pengetahuan umum. UMNO Kelantan dan Murujib jangan dok main gila. pokoknya, kalau betul PAS sabotaj program semalam, itu adalah perkara paling kecik bagi aku, perkara paling besar yang orang tak tau ialah, UMNO telah menderhaka kepada Pemangku Raja. kenapa Utusan tak hilite benda ni..?
Kenapa tak de akhbar pun laporkan yang ikut perjanjian asal, yang akan rasmikan Kelantan Fiesta ialah Tuanku Pemangku Raja..? apa pandangan blogger-blogger UMNO dalam hal ni..? apa komen menteri-menteri UMNO dalam hal melanggar perjanjian asal dan menghina Pemangku Raja yang UMNO Kelantan buat..?
Ada blogger pro KERAjaan letak gambar aku dekat stadium semalam dan quot dekat bawah gambar tu:
Dua orang petugas dari media pembangkang masuk secara haram untuk membuat fitnah, mereka masuk tampa pass media, bila di larang, mereka menjawap 'ini kelantan pas punya, so suka hati aku la' jadi nak tak nak petugas keselamatan RCW terpaksa melepaskan mereka masuk, bimbang berlaku kekecohan.Bab yang ni aku dengan member-member aku yang pergi stadium semalam bantai gelak berguling-guling lepas baca quot tu.
Gelak berguling-guling no 1 ialah sebab aku dikata "petugas dari Media Pembangkang". aik..? media mana ni beb..? aku nak tau jugak aku ni kerja dengan media pembangkang yang mana... nak claim gaji aku neh... mintak tolong "tukang lapor" tu koling-koling atau sms aku segera dengan Media Pembangkang yang mana aku kerja... dah dekat akhir bulan neh... kang tak sempat claim la kang...
Gelak berguling-guling no 2 ialah bila dia sebut "pembangkang"... oi beruk... dekat Kelantan ni "Pembangkang' ialah UMNO/BN, bila masa pulak aku kerja dengan UMNO/BN..? kalau aku kerja dengan UMNO/BN, tak kan korang tak tau..? oi..! korang ni mabuk ke..? "Pembangkang" tak sedar diri..!
Dah lebih 20 tahun jadik "Pembangkang" dekat Kelantan pun tak leh nak terima kenyataan lagi ke..? lawak la lu beb..! beb... dekat Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dengan Selangor, lu "Pembangkang" beb... korang tak tau ke korang kalah masa PRU-12 hari tu..? ni mesti sebab "naik keretapi Tok Pa" neh... tu yang lambat tu...
Gelak berguling-guling no 3 ialah bila dia sebut "masuk secara haram"... wakhakhakha..! masuk secara haram..? tak tau pulak aku nak masuk stadium semalam kena pakai pasport atau mintak kebenaran.
Masa nak masuk stadium pun tak de orang cakap pun nak kena mintak kebenaran. memang kalau program Gilang-Gemilang nak kena mintak kebenaran kalau nak masuk ek..? mesra sungguh..! patutla tak sampai 500 orang dok dalam stadium semalam... agaknya ramai yang tak dapat "kebenaran' untuk masuk dalam stadium... baru la aku tau...
Gelak-berguling-guling no 4 ialah bila dia sebut "bila di larang, mereka menjawap 'ini kelantan pas punya, so suka hati aku la' jadi nak tak nak petugas keselamatan RCW terpaksa melepaskan mereka masuk, bimbang berlaku kekecohan".
Petugas Keselamatan RCW yang mana pulak larang aku masuk..? dekat pintu masuk mana pulak yang ada Petugas Keselamatan RCW..? pintu VIP..? apa gila babi ke aku nak masuk ikut pintu VIP yang penuh dengan FRU..? apa pulak specialnya aku sampai nak masuk ikut pintu VIP..?
AKU ADA KENAL ORANG DALAM RCW ke sampai nak masuk ikut pintu VIP..? AKU ADA KENAL ORANG DALAM RCW ke..? hahaha...!!!
Pas Media..? aik..? nak masuk Majlis Gilang-Gemilang sebagai penonton memang nak kena ada "Pas Media" ke..? kiranya yang datang semalam tu semua-semuanya "Petugas Media" la ek..? kiranya orang luar atau rakyat Kelantan yang bukan "Petugas Media" tak leh pergi tengok Pelancaran Kelantan Fiesta la ye..? o... patutla tak sampai 500 orang semalam... rupa-rupanya yang datang semalam tu semua "Petugas Media"... baru la aku tau...
Yang ni lagi 1 perkara yang aku suka nak komen:
9.15 malam: Mungkin kerana jijik melihat perangai kepimpinan pas kelantan yang mensabotaj fiesta kelantan, datuk najib pulang dengan hampa, tempatnya di ambil alih oleh tok pa (mustapa mohamed) untuk merasmikan fiesta kelantan.Ni nak tanya betul-betul la... Murujib tengok dekat mana perangai kepimpinan PAS Kelantan ni..? sampai stadium pun tidak tetiba boleh "tengok"..? Murujib pakai Bomoh ke..? ada main tilik-tilik ke..?
Program Murujib semalam:
6:00 petang - Mengadap Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan.Orait... yang ni paling menarik... ada sesape nak tolong cerita apa yang berlaku masa Murujib mengadap Pemangku Sultan, Tengku Mahkota Kelantan..? sebelum tu elok aku ingatkan dekat tukang yang nak cerita 1 perkara:
9:00 malam - Merasmikan Kelantan Fiesta Di Stadium Sultan Mohammad ke-IV
14hb. Jun, 2010 - Tuanku Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan dalam 1 surat bertulis telah mengesahkan kehadirannya ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi merasmikan Kelantan Fiesta seperti yang telah dipersetujui oleh ke 2-2 pihak (PMBK dan RCW) sebelumnya.Rasa-rasa korang la... Pemangku Raja murka atau tidak atas perbuatan Murujib..? pada fikiran korang... kenapa agaknya Pemangku Raja tak hadir ke Stadium malam tu dan kenapa agaknya Murujib tak sampai-sampai ke stadium untuk rasmikan Kelantan Fiesta tapi terus "terbang" balik ke Kuala Lumpur lepas Mengadap Pemangku Raja..?
16hb. Jun, 2010 - (Jadual Murujib seperti yang disebarkan, dicetak didalam kertas aturcara dan juga diprint di banner-banner dan bunting-bunting) 9:00 malam - Merasmikan Kelantan Fiesta Di Stadium Sultan Mohammad ke-IV.
Jangan bagitau aku Murujib tak hadir sebab hujan beb... alasan tak dapat hadir atas "sebab-sebab tertentu" boleh diterima tapi apa "sebab-sebab tertentu" tu..?
Ada sesiapa nak jawab..?