Sejak Sabtu, 16 Ogos 2008 perang bendera di Permatang Pauh telah bermula dan hari penamaan calon pada tarikh tersebut juga sebagai penanda kepada bermulanya kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh menjadi cukup singnifikan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim tatkala 'hayat politiknya' tersambung semula selepas April lalu sekatan ke atasnya tamat secara rasminya.
Walaupun sekatan telah tamat, namun kerajaan Umno-BN terus menerus menggunakan pelbagai ruang terutamanya akhbar dan televisyen untuk memburuk-burukkan Anwar, dan tidak cukup dengan itu 28 Jun lalu, Anwar dihidangkan sekali lagi dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.
Gempar dan gegak gempita seluruh negara hingga ke hari ini dengan media-media cuba memomokkan kepada rakyat bahawa benar sekali Anwar meliwat Saiful, sedangkan ketika ini mahkamah pun belum memulakan perbicaraan kes tersebut.
Tidak cukup dengan itu Anwar cuba dilagakan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan segaja tulisan yang diterbitkan media arus perdana hanya semata untuk meyakinkan Pakatan Rakyat kini berpecah.
Walaupun hakikatnya Anwar mengakui ada salah faham, tetapi salah faham tersebut tidak serius dan tidak boleh menggoncang keutuhan Pakatan Rakyat.
Walhal kata Anwar, yang berpecah kini adalah Barisan Nasional dan dalaman Umno itu sendiri yang tertempias dari pergeseran dalaman yang menyebabkan kini parti nasionalis itu mula 'meroyan' mencari mangsa untuk 'dikambing hitamkan'.
Selepas sekian lama terpenjara dalam tahanan kerajaan BN, tahun 2004, Anwar bebas dengan bersyarat namun syarat itu terlerai pada April 2008 yang menyebabkan kini Anwar kembali ke persada politik menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Tarikh 26 Ogos 2008 sangat dinantikan penduduk Permatang Pauh apabila bekas ahli Parlimen mereka kini kembali menaruh harapan untuk berjuang mewakili rakyat sejak terpaksa meninggalkan posisi empuk dalam BN kerana fitnah 1998.
Kembalinya Anwar kali ini bagaimanapun masih dibayangi dengan tuduhan-tuduhan ke atasnya, dan skrip paling mencabar kematangan politik Anwar ialah pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari sehari sebelum penamaan calon pada 16 Ogos lalu.
Tatkala itu Anwar sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun beberapa hari sebelum itu dibayangi dengan tindakan kerajaan mengheret beliau ke mahkamah atas tuduhan liwat.
Dalam tinjauan di Permatang Pauh, sejak kempen bermula suasana masyarakat di sini tiada bezanya cuma sebelah malam lebih sibuk memandangkan adanya ceramah-ceramah kelompok, mesyuarat di sana-sini, program turun padang bakal wakil rakyat baru, program makan-makan memujuk hati pengundi dan program hiburan tajaan Umno-BN.
Seorang kenalan penulis, Azman Haron yang juga seorang peguam di Permatang Pauh menceritakan perihal kempen Umno-BN kali ini termasuk kempen Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Dengan yakin Azman memberitahu, kempen Najib sedikitpun tidak menjejaskan tanggapan masyarakat Permatang Pauh terhadap Anwar, malah pengundi rata-rata menolak isu fitnah yang dimainkan Umno dalam kempen di sini.
Kempen-kempen menggunakan jentera Puteri Umno dengan wajah dan pakaian seksi sekalipun tidak mampu membuka 'nafsu' pengundi di Permatang Pauh untuk menoleh pandangan kepada Umno, kata rakan penulis itu.
Kenyataan yang sama juga diberikan Adun Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman kepada penulis tatkala menziarahi beliau di pejabatnya semalam bahawa kehadiran jentera Umno di Permatang Pauh tidak mendapat sambutan penduduk.
Sebaliknya ujar Hamdan, sambutan hangat hanya berlaku dalam program-program kempen Anwar hingga jalan sesak dibuatnya.
Di kawasan Permatang Pasir sendiri, Hamdan menjelaskan kepada penulis bahawa cukup sukar bagi Umno untuk menembusi kesetiaan pengundi kepada Anwar yang pernah menjadi wira mereka sewaktu memimpin Parlimen tersebut sejak 1982 hingga 1998.
Terpelantingnya Anwar dari Umno tidak memberi kesan kepada penyokongnya dari parti asalnya itu, sebaliknya kini penyokong setianya terus menurut langkah Anwar termasuk menunjukkan taat setia dengan memilih isteri Anwar, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Parlimen tersebut selepas Anwar terpenjara hingga eddah politiknya tamat.
Walaupun didada-dadah akhbar serta dikaca-kaca televsyen, Anwar digambarkan sebagai pengkhianat, pemimpin yang rosak moralnya, dan pemimpin yang kononnya mengkhianati Melayu, namun di hati pengundi Permatang Pauh, nama Anwar dinanti sebagai mewakili hasrat mereka.
Biar pun Najib dan konco-konco Abdullah Ahmad Badawi membawa segala macam emas berlian dan permata di Permatang Pauh selain janji yang disifatkan penduduk sebagai 'janji kosong' calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah, hati pengundi tidak berganjak mahukan perubahan dilakukan Anwar.
Jalan menuju ke Putrajaya kini menjadi ayat keramat kepada penduduk Permatang Pauh yang mahukan perubahan setelah melihat 10 tahun mereka dipinggirkan arus pembangunan kerana dendam Umno-BN di parlimen ini yang diumpamakan sebagai 'ladang bakti' Anwar kepada rakyat.
Pesan Anwar kepada penduduk Permatang Pauh semasa kunjungan penulis menemubual beliau di Yayasan Aman Selasa 19 Ogos, bahawa merekalah agen kepada perubahan yang mereka impikan selama ini, dan di tangan merekalah terletak kehendak perubahan itu.
-malaysia today
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Sumpah
Apa yang hendak di herankan , BN( Barisan Nipu) Memang kuat menipu dan kata dulu suka sama suka sekarang, di paksa pulak. Pening-pening kita semua.
Biasanya orang yang dituduh akan bersumpah , tapi sekarang orang yang menuduh pula bersumpah, pening-pening
Saya baru balik dari JOHOR kubu kuat UMNO_BN , ramai tidak percaya yang DSAI meliwat saifuljambu tu
Muga kebenaran terbukti di Permatang Pauh
Dari Wong Jo Wolo
tak lama lagi dengan izin Allah kalau benar Say Fool x kene liwat...tunggulah balasan dari-Nya
hehe...kelam kabut nampak angkat sumpah !!
Jangan Main-Main dgn sumpah dek, kang kena makan balik dgn sumpah !!
Untuk lagi berita hangat tengit di
Sila lawati web di bawah :
SECRET INFORMATION
PANAS..!!
HANGAT !!
TQ
Post a Comment