Hari ini aku baca kat NST, Menteri Besar Perak mengarahkan semua pelawat perlu meninggalkan beg dan handphone kepada pegawai bertugas ketika hendak berjumpa MB atau EXCO.
Hari tu aku dah kata, Pejabat MB dan SUK dah jadi macam pasar borong. Macam-macam manusia ada kat sana. Ada yang betul-betul susah, datang nak minta bantuan, ada yang minta rekomen, ada yang datang nak duit kopi. Pasai apa semua perlu datang ke SUK nak minta tolong?
Sepatutnya, rakyat perlu diberitahu kat mana nak mengadu, yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Bayangkan ada yang datang dari Bagan Datoh, nak minta EXCO selesai masalah tanah. Ada yang datang dari Bagan Serai, nak selesai pembahagian harta. Ni semua kerja gila. Aku tau, banyak pusat khidmat masyarakat ADUN dah dibuka, tapi perlu bagi tau kat orang ramai la. Kadang-kadang kesian tengok Mak Cik yang naik bas dari Kuala Kangsar, pergi pejabat SUK nak selesai masalah dia.
Aku tau, tujuan MB mengeluarkan arahan ini adalah untuk mengelakkan sabotaj dari puak-puak Ameno, tapi jangan la bebankan makcik-makcik dan opah-opah yang betui-betui datang nak minta pertolongan. Arahan tersebut sepatutnya ditujukan kepada kutu-kutu yang cari makan kat SUK.
Sejak PR memerintah, ramai kutu-kutu yang dulunya barua-barua Umno, sekarang beralih kepada PR. Masing-masing mengaku kenal MB, kenal EXCO, kenal YB… sapa nak kontrak, nak projek, depa boleh tolong. bukan sorang dua, tapi ramai.
Kerja depa duduk kat kafetaria SUK atau kat Kluang Station Cafe.Kalau dengar sembang, boleh ambil jadi menantu. Roslan Sahat yang kena cekup BPR, dituduh bersama dengan EXCO PKR tu pun kerja macam tu jugak. Dia mengaku, dia adalah Penasihat GLC bagi PKR Perak. Sapa nak buat investment kat Perak, boleh jumpa dia. Janji jolok sikit la. Orang macam ni memang pandai cakap, sampai Usaili pun boleh kena sembelih.
Ada lagi sorang yang aku kenai. Sekejap dia mengaku Pegawai Khas MB. Pi tempat lain, dia kata dia Pegawai Khas Pengarah Penerangan Negeri. Hari tu dia tipu orang PKR kat Kuala, sapa nak beli baju korporat lambang PKR, boleh order kat dia. Duit semua dah ambil, baju masih tak sampai. Kemudian dia pi masuk kampung-kampung, bawa borang dermasiswa Yayasan Perak. Kalau bagi kat dia RM50.00, dia boleh bawa borang tu terus kat MB. Gerenti dapat…..tapi habuk pun tarak.
Tadi aku pergi kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lubuk Merbau. Ada sorang Mat Arop tu, dah jadi Pembantu Khas Hj. Zainudin, EXCO Perak. Tapi bila nampak aku, dia lari. Pasai dia pernah songlap duit aku RM130.00. Muka dia ni, sebut saja kat Kampong Station, semua orang tau kaki belit. Puih!! Masa kempen, …..aku tak mau nak ungkit lagi la… tapi malaun macam ni boleh jadi Pembantu Khas EXCO…apa dah jadi?
Malaun-malaun macam ni la yang akan menjatuhkan PR diPerak nanti. Pemimpin-pemimpin PR Perak kena tengok dulu orang yang depa ambil. Jangan sebab nak ambil hati orang Umno, hangpa pi kutip semua kutu-kutu ni masuk geng hangpa. Tukang pasang bendera, tukang bentang tikaq masa ceramah dulu, hangpa buat tak tau. Orang yang tolong menaikkan hangpa, hangpa tinggal…hangpa pi ambil geng-geng BN…kononya nak menangi undi depa. Orang ni la yang jatuhkan hangpa balik nanti.
Ada tiga lagi ADUN, yang kalau tak jaga-jaga, akan jadi macam EXCO PKR. Dua dari DAP, satu PKR. Tiga orang ni dah kena marked. Silap langkah, masuk lubang.
Pegawai-pegawai tinggi kerajaan pun ramai yang nak sabotaj PR Perak. Kena perhatikan Pengarah Perhutanan Negeri tu… tok sah kat EXCO, silap-silap MB pun tumbang. Macam mana 16 syarikat diberikan kelulusan untuk membalak? kebanyakannya diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipunyai oleh orang Umno.
Setiausaha Kerajaan Negeri tu pun, kalau boleh tukarkan saja. Hari tu, dia cadangkan supaya dua EXCO Perak ini digantung tugas! Hello brader! Dua ekoq ni bukan pegawai kerajaan, depa ni pegawai yang dilantik untuk memegang jawatan politik, yang bukan ada kuasa eksekutif!
PR Perak bukan saja menghadapi lawan diluar macam UMNO/BN, tapi ramai lagi pegawai-pegawai kerajaan yang karat dengan Umnonya.
Kutu-kutu macam ni patut dibersihkan
-PerakExpress
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?