*Below are letters written by lawyers Razlan Hadri b. Zulkifliand Shaikh Abdul Saleem regarding the 9 August Family Law Forum to Utusan Malaysia and Berita Harian. Neither newspaper published it.
Kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia
1. Kami menulis surat sebagai ahli-ahli biasa Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) yang beragama Islam. Seperti yang sedia maklum pada 9 haribulan Ogos lalu, jawatankuasa kecil Undang-undang Keluarga, Majlis Peguam telah menganjurkan satu Forum terbuka bertajuk “Penganutan Agama Islam: Pandangan balik kepada Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Subashini & Shamala” (selepas ini dirujuk sebagai “Forum tersebut”) yang dijadualkan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Auditorium Majlis Peguam. Dalam konteks ini Forum terbuka membawa maksud bahawa Forum tersebut dibuka kepada orang ramai yang mana peserta Forum tersebut mestilah mendaftarkan diri mereka terlebih dahulu.
2. Tujuan utama forum tersebut adalah untuk membincangkan isu-isu yang timbul terhadap sesuatu perkahwinan dan keluarga akibat penganutan agama Islam oleh salah satu daripada suami atau isteri perkahwinan tersebut. Didalam keadaan yang mana kedua-dua pihak gagal untuk bermuafakat, maka timbulah masalah berkenaan hal-hal nafkah dan saraan, hak penjagaan dan melawat anak-anak, pembahagian harta sepencarian serta perkara-perkara lain yang biasanya timbul didalam kes-kes perceraian atau pembubaran perkahwinan. Dalam hal ini, kemelut yang timbul bersangkut paut pula dengan isu bidangkuasa Mahkamah, yakni ke Mahkamah manakan pihak-pihak yang terperangkap didalam keadaan ini pergi untuk mencari keadilan? Mahkamah sivil atau Mahkamah syariah?
3. Untuk menghuraikan isu-isu ini serta mengupas atau mencari jalan keluar dari keretakan antara bidangkuasa antara mahkamah sivil dan syariah maka Majlis Peguam telah menjemput ahli-ahli panel yang terkemuka dan pakar didalam bidang masing-masing, yakni Tuan Haji Dr Naim Haji Mokhtar (Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan bekas Kadhi Mahkamah syariah), Dr Wan Azhar Wan Ahmad (Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik serta Felo Kanan, IKIM), En Ravi Nekoo dan En K. Shanmuga (kedua-duanya peguambela dan peguamcara, yang terlibat di dalam kes Subashini dan Shamala, mewakili pihak isteri) serta En Mohd Hanif Khatri Abdullah (peguambela dan peguamcara, yang juga terlibat didalam kes Subashini, mewakili pihak suami yang memeluk agama Islam). Jelas dari ahli-ahli panel yang telah dijemput (dan yang telah mengesahkan penyertaan mereka di Forum tersebut, sebelum kontroversi berkenaannya timbul), tohmahan yang Forum tersebut merupakan satu Forum untuk menghina dan membelasah agama Islam adalah satu pendustaan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali.
4. Isu pertindihan atau ketiadaan bidangkuasa dan perkara-perkara lain yang timbul dari kepincangan ini adalah satu masalah besar yang di hadapi oleh saudara atau saudari baru serta ahli-ahli keluarga mereka yang masih lagi menganut agama asal masing-masing. Kes-kes seperti Subashini dan Shamala adalah contoh-contoh jelas yang menunjukkan kelemahan yang ada pada sistem kita dewasa ini. Pihak berkuasa sedar akan kelemahan ini, sepertimana yang diakui oleh Prof Mehrun Siraj, ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada Peguam Negara, yang juga salah seorang peserta di Forum tersebut, dimana beliau dipetik berkata bahawa setelah perbincangan dijalankan selama 2 tahun, Jawatankuasa tersebut masih lagi tidak dapat menjumpai formula terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini. Oleh itu beliau menyokong mengadakan Forum dengan penyertaan orang ramai untuk membolehkan isu ini dibincang dengan terbuka dan mungkin dari situ jalan penyelesaian dapat ditemui.
5. Kewajaran atau locus standi Majlis Peguam untuk menganjurkan forum-forum seperti ini tidak harus dipertikaikan. Majlis Peguam adalah satu badan yang ditubuhkan bersandarkan Akta Profesyen Undang-Undang. Seksyen 42 Akta tersebut memperuntukkan tujuan dan tanggungjawab Majlis Peguam yang mana antara lain adalah,
“(a) untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau kepentingan ahlinya, tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau pilih kasih;
(b)…
(d) jika diminta berbuat demikian, untuk menyatakan pendapatnya atas perkara yang melibatkan perundangan dan pentadbiran dan amalan undang-undang di Malaysia;
(f)….
(g) untuk memperlindungi dan menolong orang ramai dalam semua perkara yang menyentuh, berkaitan atau bersampingan dengan undang-undang;”
Oleh itu adalah jelas Majlis Peguam telah dipertanggungjawabkan oleh undang-undang negara kita untuk membawa dan membincangkan isu-isu yang diketengahkan oleh kes-kes seperti Subashini, yakni isu bidangkuasa Mahkamah dan takrifan Artikel 121 (1A) kesetiap anggota masyarakat dan bukan sahaja dikalangan pengamal undang-undang.
6. Untuk makluman Tuan, sebelum Forum tersebut di rempuh masuk dengan biadapnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, ianya telah dijalankan dalam suasana yang aman dan berhemah dihadapan peserta yang berbilang kaum dan agama. Bahkan lebih separuh dari mereka yang menghadirkan diri di Forum tersebut terdiri dari orang Melayu. Kami berpendapat terdapat keperluan untuk mengadakan perbicangan berkenaan isu-isu ini secara terbuka. Ianya adalah penting bukan sahaja untuk membincangkan isu-isu yang timbul dari kes-kes seperti Subashini tetapi supaya kita dapat menghindari dan menangani isu-isu lain yang boleh menimbulkan salah faham antara kaum-kaum di negara kita ini. Kami percaya rakyat Malaysia (kecualilah mereka-mereka yang ingin menjadi burung kasawari – menyorokkan kepala di dalam tanah apabila menghadapi situasi yang mereka tidak faham) telah mencapai kematangan yang membolehkan kita untuk membincangkan isu-isu tersebut dengan bersopan santun, tenang dan berbudi bahasa.
7. Dalam hal ini tindakan yang diambil oleh kumpulan-kumpulan yang memprotes Forum tersebut sambil melantik diri mereka sendiri sebagai mewakili kepentingan umat Islam di negara ini amatlah dikesali. dan mendukacitakan. Tidak ada percubaan dilakukan untuk memahami tujuan Forum tersebut diadakan. Pemimpin pemimpin politik dari kedua-dua belah jurang politik, samaada dari BN atau Pakatan Rakyat nampaknya lebih suka menjadi ‘Sang Pendekar’ dari cuba menerangkan kepada umat Islam maksud dan halatuju Forum tersebut. Bahkan sesetengahnya memberikan kenyataan-kenyataan akhbar yang tidak berasas dan berbau politik perkauman yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kecuali ‘menambahkan minyak kedalam api’.
8. Apa yang lebih mengecewakan disini adalah salah satu daripada “pemimpin” protes tersebut adalah seorang pengamal undang-undang, ahli Parlimen dan bekas ahli Majlis Peguam yang sepatutnya tahu niat dan maksud Forum tersebut. Kami tidak ada masalah dengan mana-mana pihak yang ingin menyuarakan pendapat mereka walaupun dengan suara yang lantang dengan membuat perhimpunan. Ini adalah suatu hak asasi yang selama ini diperjuangkan oleh Majlis Peguam. Malangnya, apa yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas telah melepasi tahap kewajaran dan kesopanan serta kesusilaan yang menjadi teras Rukunegara. Tindakan “pemimpin” ini yang mengherdik, mengugut dan mencaci peserta Forum tersebut bukanlah cara seorang yang mengaku dirinya “pemimpin” yang kononnya mewakili serta membela kepentingan umat Islam di Malaysia. Kami juga mempertikaikan motif “pemimpin” tersebut kerana sebagai seorang peguambela dan peguamcara, beliau berhak dan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya agar suatu Mesyuarat Agung Tergempar diadakan oleh Badan Peguam Malaysia untuk mempersoalkan keputusan Majlis Peguam untuk mengadakan Forum tersebut memandangkan sebahagian besar ahli Badan Peguam Malaysia terdiri dari ahli-ahli beragama Islam. Malangnya ini tidak dilakukan.
9. Sayugia kami ingin mengingatkan disini bahawa Islam mengakui dan menerima hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Sekiranya pendapat yang dikemukakan tidak dapat diterima jawapannya bukanlah memaksa orang supaya diam dan menelan pendapat tersebut. Imam Ghazali ketika berhadapan dengan pendapat-pendapat ahli ahli kumpulan Muktazilah dan filasawuf yang pada fikiran beliau telah menyimpang dari ajaran asal Islam telah mengarang buku “the Incoherence of the Philosophers” untuk mengkritik pandangan ahli-ahli kumpulan Muktazilah dan filasawuf tersebut. Sebaliknya pula Ibnu Rushd (Averroes) dalam mempertahan pegangan Muktazilah dan filasawuf telah membalas kritikan Imam Ghazali dengan menulis buku “The Incoherence of the Incoherent”. Tidak ada ugutan untuk merempuh, tidak ada ancaman, tidak ada cabar mencabar. Kami tidaklah mencadangkan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan Forum tersebut untuk menulis buku, tetapi apa salahnya jika mereka-mereka ini hadir di Forum tersebut dan menyuarakan pendapat atau pandangan masing-masing berserta hujah-hujah yang bernas. Nampaknya kekuatan tulang empat kerat berserta suara yang lantang telah digunakan untuk menutup kedangkalan ilmu dan kecetekan pengetahuan.
10. Tuan, adalah tidak boleh di nafikan terdapat ruang untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada di dalam sistem perundangan di negara kita, sivil mahupun syariah. Sebarang kelemahan di dalam sistem perundangan syariah di Malaysia bukanlah bermakna terdapat kepincangan di dalam agama Islam. Perlaksanaan dan polisi undang-undang syariah adalah buatan manusia dalam mana, ianya boleh diperbaiki. Mengadakan forum seperti ini membolehkan pertukaran pendapat dan mendapatkan maklumbalas dari orang ramai. Di dalam membincangkan isu-isu seperti ini yang memberi kesan secara langsung kepada masyarakat umum, seringkali cadangan dan pendapat masyarakat umum (“man on the street”) tidak diberi keutamaan dan tidak diendahkan sama sekali. Selalunya, perbincangan hanya dilakukan antara ‘pakar-pakar’, (samada diiktiraf ataupun tidak) yang mungkin tidak peka kepada hasrat dan keperluan masyarakat umum. Kami berpendapat demi matlamat untuk melahirkan masyarakat matang dan berpengetahuan, adalah perlu untuk proses perbincangan bagi isu-isu sebegini ‘didemokrasikan’ melalui forum-forum terbuka yang terkawal seperti ini yang diterajui panel yang terdiri dari tokoh dan pakar bidang berkenaan di mana pertukaran pendapat dapat dilaksanakan dengan cara matang, professional dan tanpa pertelingkahan. Perbincangan sebegini adalah secocok dengan apa yang dituntut oleh Islam, Perlembagaan dan Rukunegara. Bukan dengan rusuhan, paksaan, cacian, hinaan dan keganasan.
11. Kes-kes seperti Subhasini, kepada seorang yang bukan Islam, memberikan tanggapan buruk terhadap agama Islam. Seolah-olah ianya satu agama yang membenarkan ‘kezaliman’ di lakukan ke atas seorang ibu dalam mana anaknya diambil daripadanya. Tetapi, hakikat sebenarnya, agama Islam tidak begitu. Islam tidak zalim dan Islam ada memperuntukkan hak-hak sewajarnya kepada orang bukan Islam. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk membetulkan salah tanggapan ini. Merusuh dan memberhentikan forum-forum seperti ini tidak akan membantu malah akan mengesahkan dan memaktubkan salah tanggapan ini. Dengan mengendahkan isu-isu ini dan membenarkan masyarakat beragama lain berpegang kepada tanggapan salah berkenaan agama Islam adalah suatu penghinaan yang lebih besar kepada Islam.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………………………………
Razlan Hadri b. Zulkifli & Shaikh Abdul Saleem,
Peguambela & Peguamcara.
Kepada Ketua Pengarang Berita Harian

No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?